Rabu, 28 Disember 2011

Imbasan 2011 = 2011 in Review

Januari
- Jadi pengawas, lepas tu naik pangkat lagi...Penolong S/U Pengawas.
- Hampir-hampir ke Tokyo; jadi calon akhir sekolah untuk JENESYS, tapi tak jadi...
- Kerja sebagai S/U untuk 4 organisasi bermula...
Februari
- Terima 'junior'... I mean, From 4-ers. Jadi 'senior'...
- Sambut ulang tahun pertama selaku warga SAMURA (perlu ke...?)
- Mula tinggal di BGP; eksklusif gitu!
Mac
- I'm 17!!!
- Jadi satu-satunya senior sertai Pesta Pantun sekolah.
- Dapat masuk TV (MHI TV3).
- Beraksi lagi di atas pentas untuk drama BI Bestari, tapi kalah...
- Joined English debate for the first time at KDU Damansara Utama.
April
- Berlambak-lambak kerja S/U menambah tekanan...
- Tekanan nak SPM makin memuncak; HELP!!!
- Konflik diri datang balik. Huhuhu...
Mei
- Peperiksaan Setengah Tahun; boleh la...
- Jadi antara orang penting mempersiapkan Hari Guru...
- Pergi kem kepimpinan pengawas, lari kejap untuk pasukan teater Bestari, lepas tu pergi balik kem. Pelik, kan...? Boleh pula macam tu.
Jun
- Kelas tambahan waktu cuti; banyak input berharga diperoleh...
- Having some dark moments in JB (don't wanna think about that again).
Julai
- Pert. Ghazal Terbuka Johor...
- Pert. Pidato SICSEF ...
- Persembahan ghazal di KLCC...
- Pert. Koir daerah Muar/Ledang...
Ogos
- Ramadan terakhir di SAMURA.
- Peperiksaan Percubaan SPM; dapat 6A 3B. :-[
- Dapat 93% untuk BI; the highest in SAMURA!
- Aidilfitri bersama-sama...
September
- Peralihan kuasa kepada 'junior'; finally! So long, S/U jobs!!!
- Terus belajar untuk SPM...
- Belajar secara santai di King's Hotel, Melaka. Thanks, PIBG!
Oktober
- My first oversea trip to Singapore; cool!
- Terus mengembara lagi; Jogjakarta & Solo...
- Dapat naik pentas waktu MRS; bergaya! :-P
November
- Penantian selama ini berakhir; it's SPM!
- Terpaksa berpisah dengan rakan-rakan SAMURA... :'(
Disember
- It's a start of new life for me into a real world.
- Dapatkan lesen memandu...
-Kerja sambilan: Penulis buku karangan; TQ Cg. Zainudin...


Kesimpulan:
2011 is the year to remember. So long, 2011. Laughter and tear, joy and sorrow, will always be in my mind and heart forever. 

Ahad, 25 Disember 2011

Small Trip, Big Deal

Wazzup, guys!

Baiklah, kali ni saya nak ceritakan pengalaman saya mengembara ke Johor Bahru. Walaupun dah banyak kali ke sana, namun pasti ada sahaja penemuan baharu yang saya lihat apabila ke ibu negeri Johor itu.


Kali ni, saya dan keluarga ke JB bagi bertandang ke rumah saudara di Senai; ada kenduri kahwin. Sehari sebelum itu, kami sempat meluangkan masa bersiar-siar ke sekitar JB. Pada waktu itu, baru saya sedar yang rupa-rupanya ada tempat yang saya tak pernah tahu pun wujud di JB.


Pada sebelah petang, kami ke Danga City Mall untuk melihat barangan komputer yang dijual pada harga yang berpatutan. Hasilnya, 2 laptop dibeli. Sebelah malam pula, pengisiannya lebih banyak.


Kami ke Bazar JB pada mulanya. Tak sangka pula ada pasar malam sebesar ni di JB. Agak 'best' juga dapat melihat sisi lain JB yang tak pernah saya lihat. Kemudian, kami ke Mydin di Bandar Baru Uda untuk membeli kelengkapan sekolah, tapi semestinya bukan untuk sayalah. Makam malam kami adalah di Hutan Bandar, berhampiran Kompleks RTM JB. 'Chicken chop' yang dijual pada harga RM5 mungkin agak terlalu murah, tapi rasanya memang terlalu sedap dan banyak pula tu. memang kekenyangan saya dibuatnya.


Sesudah itu, kami pulang semula ke tempat kami menginap: Hotel Selesa, berhampiran Stadium Tertutup MBJB. Seharian suntuk menjelajah JB memberikan satu lagi kepuasan dalam diri kerana dapat sampai ke lebih banyak lokasi di JB.


Rasanya itu sahaja yang saya nak ceritakan di sini. Satu perkara yang pasti, saya akan ke JB lagi. Wassalam.

Khamis, 22 Disember 2011

Still Standing ... in Boredom


Almost...

A little bit more...

Getting closer...

One more second...

Aha!

I'm still standing, but still bored.

Why?

This blog post proves it.

Ahad, 11 Disember 2011

Shut Up and Drive

Wazzup, guys?
Baiklah, hari ini merupakan hari pertama bagi saya untuk melalui pelbagai kelas teori dan amali, serta ujian praktikal bagi membolehkan saya mendapatkan lesen memandu.
Pada mulanya, saya menjangkakan akan menghadapi kesukaran untuk melaluinya, tapi saya dapat rasakan bahawa tiada masalah bagi saya untuk mendapatkan sekurang-kurangnya lesen P nanti.
Kebiasaannya, proses ini bermula dengan program ceramah Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang harus dilalui selama 5 jam sebagai salah satu syarat untuk menjalani ujian. Bagi saya, rasanya ceramah itu hanya berlangsung tak sampai 4 jam, manakala masa selebihnya adalah waktu rehat. Penceramahnya pula amat 'sporting' dan itu memudahkan lagi saya untuk menumpukan perhatian (ye lah tu...). Lama-kelamaan, nak mengantuk saya dibuatnya sebab ceramah yang meleret-leret, tapi saya tahankan juga. 
Selesai sesi ceramah, saya harus melalui ujian berkomputer dan betul 42 daripada 50 soalan untuk lulus. Saya harus akui yang saya mengambil mudah soal ujian itu. But hey, I did it well. Jadi, teruskan sajalah prosesnya.
Sekarang ini saya baru selesai dengan kelas teori 3 Jam (yang tak berapa macam 3 jam..) & nak meneruskan dengan kelas praktikal nanti. Apa yang penting, hari-hari pertama saya pada 2012 nanti akan dipenuhi dengan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat duduk pemandu. OK lah, bye for now.