Ahad, 25 Disember 2011

Small Trip, Big Deal

Wazzup, guys!

Baiklah, kali ni saya nak ceritakan pengalaman saya mengembara ke Johor Bahru. Walaupun dah banyak kali ke sana, namun pasti ada sahaja penemuan baharu yang saya lihat apabila ke ibu negeri Johor itu.


Kali ni, saya dan keluarga ke JB bagi bertandang ke rumah saudara di Senai; ada kenduri kahwin. Sehari sebelum itu, kami sempat meluangkan masa bersiar-siar ke sekitar JB. Pada waktu itu, baru saya sedar yang rupa-rupanya ada tempat yang saya tak pernah tahu pun wujud di JB.


Pada sebelah petang, kami ke Danga City Mall untuk melihat barangan komputer yang dijual pada harga yang berpatutan. Hasilnya, 2 laptop dibeli. Sebelah malam pula, pengisiannya lebih banyak.


Kami ke Bazar JB pada mulanya. Tak sangka pula ada pasar malam sebesar ni di JB. Agak 'best' juga dapat melihat sisi lain JB yang tak pernah saya lihat. Kemudian, kami ke Mydin di Bandar Baru Uda untuk membeli kelengkapan sekolah, tapi semestinya bukan untuk sayalah. Makam malam kami adalah di Hutan Bandar, berhampiran Kompleks RTM JB. 'Chicken chop' yang dijual pada harga RM5 mungkin agak terlalu murah, tapi rasanya memang terlalu sedap dan banyak pula tu. memang kekenyangan saya dibuatnya.


Sesudah itu, kami pulang semula ke tempat kami menginap: Hotel Selesa, berhampiran Stadium Tertutup MBJB. Seharian suntuk menjelajah JB memberikan satu lagi kepuasan dalam diri kerana dapat sampai ke lebih banyak lokasi di JB.


Rasanya itu sahaja yang saya nak ceritakan di sini. Satu perkara yang pasti, saya akan ke JB lagi. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan