Wazzup, guys?
Baiklah, hari ini merupakan hari pertama bagi saya untuk melalui pelbagai kelas teori dan amali, serta ujian praktikal bagi membolehkan saya mendapatkan lesen memandu.
Pada mulanya, saya menjangkakan akan menghadapi kesukaran untuk melaluinya, tapi saya dapat rasakan bahawa tiada masalah bagi saya untuk mendapatkan sekurang-kurangnya lesen P nanti.
Kebiasaannya, proses ini bermula dengan program ceramah Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang harus dilalui selama 5 jam sebagai salah satu syarat untuk menjalani ujian. Bagi saya, rasanya ceramah itu hanya berlangsung tak sampai 4 jam, manakala masa selebihnya adalah waktu rehat. Penceramahnya pula amat 'sporting' dan itu memudahkan lagi saya untuk menumpukan perhatian (ye lah tu...). Lama-kelamaan, nak mengantuk saya dibuatnya sebab ceramah yang meleret-leret, tapi saya tahankan juga.
Selesai sesi ceramah, saya harus melalui ujian berkomputer dan betul 42 daripada 50 soalan untuk lulus. Saya harus akui yang saya mengambil mudah soal ujian itu. But hey, I did it well. Jadi, teruskan sajalah prosesnya.
Sekarang ini saya baru selesai dengan kelas teori 3 Jam (yang tak berapa macam 3 jam..) & nak meneruskan dengan kelas praktikal nanti. Apa yang penting, hari-hari pertama saya pada 2012 nanti akan dipenuhi dengan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat duduk pemandu. OK lah, bye for now.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan