Sabtu, 24 Mac 2012

Detik yang Hilang

Hello, everyone!
Baiklah, kali ini saya nak tunjukkan ciptaan a.k.a. ekspresi minda saya yang terkini. Segalanya sebab kehadiran 2 Februari yang lalu mengimbau kenangan saya bersama rakan-rakan di SAMURA, terutamanya Batch 28 [Rise With the Fallen]. Sesungguhnya, kenangan bersama mereka adalah sesuatu yang seboleh mungkin saya nak ulang kembali.
Alahai... :-( Anyway, this song I would like to dedicate to them. Detik yang hilang itu akan muncul kembali. Enjoy!

Setiap saat ku bersemuka
Dengan suatu wajah yang tak punya perasaan
Semakin lama hatiku mula berbisik
Sampai bila harusku hidup sedemikian

Hanya sang awan mengiringiku
Bertemankan bintang memandu arahku
Ingin sekali aku menjelma kembali
Ke dalam memori yang indah bagaikan pelangi

(*chorus)
Detik-detik yang hilang
Telah lama ku cari, telah lama ku intai
Namun tak ku jumpa walau apa cara
Tak mampu ku undur beribu langkah
Mahu atau terpaksa
Ku harus menuju ke hadapan

Tidur malamku tiada pernah lena
Khayalan mindaku sentiasa terbayang
Setiap tangis dan tawa yang telah tercipta
Setiap insan yang muncul dalam diari hidupku

Berjuta warna ku saksikan
Wajah-wajah ceria memancar harapan
Namun ku sedari itu hanyalah mimpi 
Terpaksa ku akur dengan gelombang realiti

(ulang *)

Kini ku rindui detik demi detik
Yang takkan pernah hadir buat kesekian kalinya
Namun hati kecilku acap kali berbisik
Kita kan terus berpadu membina bahtera
Melayari kembara terindah sekali lagi

(ulang * 2 kali)

Akan ku bawa pahlawan yang kecundang
Agar bangkit menjadi perwira terbilang

LAGU : Mohd. Syafiq Asyraf
LIRIK : Mohd. Syafiq Asyraf

Khamis, 22 Mac 2012

Ridin' Solo to JB

Wazzup, everyone!

Baiklah, antara aktiviti selepas SPM yang saya dapat lakukan ialah pergi ke Johor Bahru untuk menghadiri temuduga bagi mengikuti Program Kepimpinan Tun Razak. Disebabkan Abah & Umi bekerja pada tarikh temuduga tu (13 Feb. 2012), jadi saya rasa tak salah kalau naik keretapi dari Segamat ke JB Sentral. Kemudian, saya naik teksi ke tempat temuduga tu (Wisma Persekutuan). Saya tahu tempat tu tak jauh dari JB Sentral (thanks, Google Maps..).
Sampai saja di wisma itu, saya terus ke aras 7 yang menempatkan pejabat arkib Negara Malaysia Cawangan Johor, tempat temuduga itu berjalan. Masuk saja ke pejabat itu, saya lihat suasana yang sunyi sepi; hanya ada staf pejabat... dan seorang pelajar duduk di situ. OK, tak nampak macam ada temuduga pun. Nak dipendekkan cerita, menjelang jam 10 pagi, hanya ada 6 orang pelajar sahaja, termasuk saya! OK, this is quite weird. Apa pun, proses temuduga saya berjalan dengan lancar (& amat singkat; 20 minit sahaja!)
Seusai sesi itu, saya menunggu di JB Sentral & berlibur seketika di JB City Square, tapi keadaan JBCS yang sedang dinaiktaraf membuat hajat saya untuk berada lebih lama di situ terbantut. OK, fine... Keretapi menjadi medium pengangkutan untuk saya kembali ke Segamat, pada jam 2 petang. Konklusinya, perjalanan ini amat mengujakan sebab saya bersendirian ke JB dengan keretapi; satu pengalaman baharu yang semestinya best
Wassalam... :-)

PKTR 2011

Assalamualaikum, semua... :-)
Baiklah, straight to the point; saya akan nyatakan pengalaman unik saya ini step-by-step, OK? Malas nak tulis panjang-panjang. Just wanna keep it simple...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Saya terpilih untuk menyertai Program Kepimpinan Tun Razak (PKTR) 2011 dari 27 Feb. hingga 11 Mac 2012.
2. Pada malam perasmian (yang tak berapa nak rasmi..), ada syarahan perdana daripada Tun Dr. Mahathir di Hotel Istana. Got to greet him; AWESOME!!!
3. Saya jumpa ramai CEO, personaliti terkenal, & mereka yang seangkatan dengannya untuk mendengar pengalaman berharga daripada mereka.
4. Ada juga sesi bersama pihak Alumni Yayasan Tun Razak (AYTR) yang memang meluaskan horizon pemikiran saya. Apa yang berlaku? Biarlah rahsia... :-P
5. Saya dapat mengembara ke tempat yang tak pernah saya pergi untuk nikmati keindahan alam semulajadi. Nyamannya!
6. Saya juga dapat merasai suasana kampung bersama rakan-rakan 1Malaysia saya. Nampak jelas semangat muhibahnya...
7. Saya dapat mencuba pelbagai aktiviti ekstrem yang tak pernah dicuba sebelum ini.
8. Saya berpeluang untuk melakukan kerja-kerja amal bagi membantu mereka yang memerlukan.
9. Apa yang paling bermakna buat saya, saya dapat sambut hari lahir semasa PKTR 2011. I JUST LOVE YOU GUYS SO MUCH! THANKS FOR THE SURPRISE!
:-)
10. Saya dapat menjelajah ke sekitar KL (The Amazing Race style..) & melihat sisi unik kota raya ini yang tak pernah saya tahu. Tak lupa juga, saya dapat berinteraksi secara spontan dengan pelancong asing di situ.
Baiklah, itu secara ringkas perjalanan saya sepanjang program ini. Biarlah ringkas agar anda sekurang-kurangnya dapat tahu secara kasar aktiviti saya. Pendek kata, PKTR 2011 menjanjikan satu pengalaman yang berbeza+unik+amat bermakna kepada semua pesertanya. Jadi, siapa yang dapat sertainya, jangan tak pergi; anda akan menyesal seumur hidup, OK!

R-E-N-T-A-K-A
Memperkenalkan rakan-rakan sekumpulan yang saya sertai sepanjang PKTR 2011... They are:
Syahirah Rahim (Pulau Pinang), Grace (KL), Eu Fern (Sarawak), Seamus (Sarawak), Andrew (Melaka), Akmal (Perlis), Joey (Perlis), Sujustme (KL), SYAFIQ (Johor), Roshinee (Selangor), Prasad (Melaka)
Just one message to you guys: I AM VERY GRATEFUL TO BE IN THE SAME GROUP AS YOU GUYS!!! I Love & Miss You...
When we're up, we're up.. When we're down, we're down.. When you're up against RENTAKA, you're upside down! BOOM!!!
Itu sajalah yang nak saya ceritakan. Konklusinya, PKTR membuka satu lembaran dimensi yang baharu buat saya & akan diingati sebagai program terhebat yang boleh dialami oleh sesiapa pun lepasan SPM. Wassalam.
From, GUY GAGA. :-P