Sabtu, 24 Mac 2012

Detik yang Hilang

Hello, everyone!
Baiklah, kali ini saya nak tunjukkan ciptaan a.k.a. ekspresi minda saya yang terkini. Segalanya sebab kehadiran 2 Februari yang lalu mengimbau kenangan saya bersama rakan-rakan di SAMURA, terutamanya Batch 28 [Rise With the Fallen]. Sesungguhnya, kenangan bersama mereka adalah sesuatu yang seboleh mungkin saya nak ulang kembali.
Alahai... :-( Anyway, this song I would like to dedicate to them. Detik yang hilang itu akan muncul kembali. Enjoy!

Setiap saat ku bersemuka
Dengan suatu wajah yang tak punya perasaan
Semakin lama hatiku mula berbisik
Sampai bila harusku hidup sedemikian

Hanya sang awan mengiringiku
Bertemankan bintang memandu arahku
Ingin sekali aku menjelma kembali
Ke dalam memori yang indah bagaikan pelangi

(*chorus)
Detik-detik yang hilang
Telah lama ku cari, telah lama ku intai
Namun tak ku jumpa walau apa cara
Tak mampu ku undur beribu langkah
Mahu atau terpaksa
Ku harus menuju ke hadapan

Tidur malamku tiada pernah lena
Khayalan mindaku sentiasa terbayang
Setiap tangis dan tawa yang telah tercipta
Setiap insan yang muncul dalam diari hidupku

Berjuta warna ku saksikan
Wajah-wajah ceria memancar harapan
Namun ku sedari itu hanyalah mimpi 
Terpaksa ku akur dengan gelombang realiti

(ulang *)

Kini ku rindui detik demi detik
Yang takkan pernah hadir buat kesekian kalinya
Namun hati kecilku acap kali berbisik
Kita kan terus berpadu membina bahtera
Melayari kembara terindah sekali lagi

(ulang * 2 kali)

Akan ku bawa pahlawan yang kecundang
Agar bangkit menjadi perwira terbilang

LAGU : Mohd. Syafiq Asyraf
LIRIK : Mohd. Syafiq Asyraf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan