Wazzup, everyone!
Baiklah, antara aktiviti selepas SPM yang saya dapat lakukan ialah pergi ke Johor Bahru untuk menghadiri temuduga bagi mengikuti Program Kepimpinan Tun Razak. Disebabkan Abah & Umi bekerja pada tarikh temuduga tu (13 Feb. 2012), jadi saya rasa tak salah kalau naik keretapi dari Segamat ke JB Sentral. Kemudian, saya naik teksi ke tempat temuduga tu (Wisma Persekutuan). Saya tahu tempat tu tak jauh dari JB Sentral (thanks, Google Maps..).
Sampai saja di wisma itu, saya terus ke aras 7 yang menempatkan pejabat arkib Negara Malaysia Cawangan Johor, tempat temuduga itu berjalan. Masuk saja ke pejabat itu, saya lihat suasana yang sunyi sepi; hanya ada staf pejabat... dan seorang pelajar duduk di situ. OK, tak nampak macam ada temuduga pun. Nak dipendekkan cerita, menjelang jam 10 pagi, hanya ada 6 orang pelajar sahaja, termasuk saya! OK, this is quite weird. Apa pun, proses temuduga saya berjalan dengan lancar (& amat singkat; 20 minit sahaja!)
Seusai sesi itu, saya menunggu di JB Sentral & berlibur seketika di JB City Square, tapi keadaan JBCS yang sedang dinaiktaraf membuat hajat saya untuk berada lebih lama di situ terbantut. OK, fine... Keretapi menjadi medium pengangkutan untuk saya kembali ke Segamat, pada jam 2 petang. Konklusinya, perjalanan ini amat mengujakan sebab saya bersendirian ke JB dengan keretapi; satu pengalaman baharu yang semestinya best!
Wassalam... :-)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan