Terima kasih // Thank you // 谢谢 // நன்றி // شكرا // ขอขอบคุณคุณ //
ありがとう // 감사합니다 // Merci // Muchas gracias // спасибо // Danke //
Grazie // Teşekkür ederim // σας ευχαριστώ
Sepanjang saya berada di alam persekolahan selama 11 tahun (tak termasuk 3 tahun di tadika), rasanya terlalu ramai insan yang berjasa kepada saya sehingga saya dapat berada di tahap ini. Oleh itu, hanya ucapan terima kasih dalam pelbagai bahasa sahaja yang mampu saya ucapkan sebagai simbolik penghargaan bertaraf global kepada anda semua.
1998 hingga 2000 menjadi tahun permulaan buat saya memahami jiwa pelajar sekolah. Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) di bawah seliaan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menjadi tempat saya mula belajar. Terletak di Kg. Paya Pulai, memang dekat dengan tempat kerja Abah saya pada waktu itu, iaitu di SK Pogoh, Segamat. Jadi, terima kasih kepada guru-guru di sana yang banyak memahami karenah kanak-kanak seperti saya ini.
TERIMA KASIH KEPADA...
- Cg. Siti Rafeah binti Basar, guru besar
- Guru-guru TASKI ABIM Ar-Raudhah, Kg. Paya Pulai
- Rakan-rakan sekelas (OK, right now, I just don't know how you guys look like currently..)
2001 hingga 2003, tibalah masa saya merasai suasana sebenar sekolah. Jadi, saya bersekolah di tempat kerja Umi saya, iaitu SK Bukit Hampar, Segamat. Tidak sukar untuk saya menyesuaikan diri kerana dah biasa dengan suasana yang sama di tadika. So, I'm OK with that. Kawan-kawan yang baharu menjadikan saya rasa seperti kanak-kanak lain; riang & ria sentiasa. Banyak perkara yang saya pelajari sewaktu di sini, yang menjadikan saya semakin mengerti aspek-aspek penting dalam pelajaran. Thank you SKBH for that.
TERIMA KASIH KEPADA...
- Cg. Mustaffa bin Hassan, guru besar
- Cg. Norlida binti Md. Yassin, guru kelas 1 Anggerik (2001)
- Cg. Sabirah binti Ali, guru kelas 2 Anggerik (2002)
- Cg. Zarena binti Abdullah, guru kelas 3 Anggerik (2003)
- Guru-guru SKBH, Segamat
- Rakan-rakan sekelas dari 2001 hingga 2003 (I still recognize a few of you..)
2004 hingga 2006, masa untuk bergerak ke tempat yang lebih dekat dengan rumah. Umi & saya berpindah ke SK Bandar Putra, Segamat. Yalah, tak sampai 5 minit dari rumah. Di sini, lebih banyak saya pelajari dalam suasana yang serba baharu (SKBPS dibuka pada 2004). Seperti biasa, kenalan baharu saya temui & guru-guru yang agak berpengalaman menambah pelbagai ilmu dalam minda. SKBPS sudah saya anggap seperti rumah sendiri, & statusnya sebagai tempat kerja Umi saya sehingga hari ini membolehkan saya untuk terus datang ke situ pada bila-bila masa. I miss my childhood days here..
TERIMA KASIH KEPADA...
- Cg. Abdul Rahman bin Ibas, guru besar
- Cg. Wan Esah binti Wan Musa, guru kelas 4 Putra Arif (2004)
- Cg. Normeyati binti Samian, guru kelas 5 Putra Arif (2005)
- Cg. Maimanah binti Murad, guru kelas 6 Putra Arif (2006)
- Guru-guru SKBP, Segamat
- Rakan-rakan sekelas dari 2004 hingga 2006 (including Shukor, my long lost BFF..)
2007 hingga 2009, berbekalkan keputusan 5A dalam UPSR 2006, saya melangkah ke alam pendidikan menengah pula di SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat. Semakin besar ruang lingkupnya, semakin ramai individu yang saya kenali, & semakin besar cabaran yang perlu ditempuhi. Tak lupa juga, di sinilah saya menginjak dewasa & mengalami naik turun personaliti diri. Namun, ramai yang berada di belakang saya ketika diperlukan. Terima kasih, semua.
TERIMA KASIH KEPADA...
- Cg. Hj. Md. Kasim bin Md. Noah, pengetua (2007); Cg. Yasiran bin Maskom, pengetua (2008); Cg. Misman bin Satimin, pengetua (2009)
- Cg. Haliza binti Harun, guru kelas 1 RK 1 (2007)
- Cg. Chai Fee Mee, guru kelas 2 RK 1 (2008)
- Cg. Soh Siew Ching, guru kelas 3 RK 1 a.k.a. 3 Bestari (2009)
- Guru-guru SMKDBD, Segamat
- Rakan-rakan sekelas dari 2007 hingga 2009; you guys are cool! (esp. Hanafi & Mustaffa.. ;-D)
2010 hingga 2011. Dengan keputusan 8A untuk PMR 2009, saya diterima masuk ke SM Sains Muar di Ledang. Pengalaman kali pertama hidup di asrama sememangnya sukar pada mulanya, tapi pada akhirnya, saya rasa SAMURA adalah tempat yang terbaik untuk mengakhiri zaman persekolahan saya. It was the greatest alma mater of all. Saya belajar banyak perkara, termasuklah perkara yang tidak mampu diajar menggunakan buku teks. I Love You SAMURA.
TERIMA KASIH KEPADA...
- Cg. Hj. Samian bin Sawiyo, pengetua kanan
- Cg. Nor Asiah binti Mohamed & Cg. Siti Nor binti Mohd. Tahir, guru kelas 4 Cekap & 5 Cekap (2010 & 2011)
- Guru-guru SAMURA, Ledang (jasa kalian amat besar untuk saya balas..)
- Rakan-rakan sekelas a.k.a. CekaPranksterZ (esp. Jamhuri, my ultimate BFF)..
- Rakan-rakan sekerja dalam Badan Pengawas & Nuqaba'
- Rakan-rakan Batch 28 2011 a.k.a. Rise with The Fallen (RTF); you guys are the most AWESOME friends ever! :')
Namun begitu, saya harus merakamkan jutaan penghargaan kepada 2 orang guru terpenting dalam hidup saya...
TERIMA KASIH KEPADA...
- Cg. Sulaiman bin Bahrom (ABAH)
- Cg. Halimatus Saadiah binti Mahadi (UMI)
Both of you are the greatest teachers I could ever ask. I love you for the rest of my life. Thanks once again for teaching me everything I should learn.
Rasanya itu sahaja yang dapat saya coretkan di sini. Harap maklum, terima kasih. Wassalam.