Selasa, 24 April 2012

Rainbow Behind the Rain

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Apa yang ingin saya kongsikan kali ini adalah berkenaan keputusan SPM 2011 yang saya dah peroleh lebih sebulan yang lalu. OK, straight to the point (once again..).
21 MAC 2012
1. Tiba di SAMURA pada jam 9.30 pagi, saya ronda-ronda ke sekitar kawasan sekolah & berkenalan dengan warga 4 Cekap 2012 a.k.a. my super junior.
2. Kemudian, saya pergi ke dewan besar untuk menerima slip keputusan.
3. Saya lihat slip, & di situ tertera 6A+, 1A, 1A- dan 1B+.
4. Saya terkedu & terkaku selama 10 saat, sebelum menzahirkan kekecewaan itu melalui air mata.
5. Saya pulang ke rumah pada jam 11.30 pagi.

Baiklah, secara kasarnya saya harus akui sehingga sekarang saya masih dibayangi oleh rasa ralat kerana tidak mampu mendapat semua A untuk SPM 2011. Rasa kecewa yang teramat menjadikan saya seolah-olah hilang keyakinan untuk meneruskan kehidupan. Buktinya, saya buat endah tak endah terhadap permohonan biasiswa pasca-SPM. Secara lisannya, hati saya berkata, "Bukannya dapat straight A pun, nak buat apa.." Sebabnya mudah sahaja: B+ untuk Biologi menyukarkan saya untuk memohon biasiswa perubatan baik daripada JPA mahu pun MARA.
Acap kali saya ingatkan diri sendiri bahawa jangan jadikan perkara itu sebagai penghalang untuk terus melangkah ke hadapan. Namun, entah mengapa 8A 1B itu menjadikan saya bersikap tidak kisah dengan masa depan sendiri (which is quite jeopardizing..). Saya tahu saya patut segera bangkit daripada kekalahan ini & terus mara ke arah yang lebih baik, tapi sampai sekarang saya masih tercari-cari semangat yang saya inginkan.

NAMUN BEGITU...

Kesedihan yang saya alami itu tenggelam seketika apabila saya mendapat berita yang agak mengubat kekecewaan saya itu. Straight to the point (lagi..).
16 APRIL 2012
1. Saya menjengah ke halaman FB Cg. Ramli (guru Fizik SAMURA) tentang senarai nama pelajar yang terlibat dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan (MAK) 2012.
2. Saya dapat lihat nama saya di situ sebagai pelajar terbaik subjek Bahasa Melayu.
3. YEAY, YEAY, YEAY! Alhamdulillah...

Sejujurnya, saya tak meletakkan harapan tinggi untuk mendapat anugerah tersebut, terutamanya dalam subjek BM, sebab bagi saya kekuatan saya yang sebenar adalah dalam subjek Bahsa Inggeris. Mungkin adalah sedikit jangkaan saya untuk ke arah BM, tapi memang sasaran utama saya ialah untuk menjadi pelajar terbaik BI. But it's OK still, I'm going to have my own banner; HaHaHa..

OLEH ITU...

Saya bertandang ke SAMURA bagi mempersiapkan diri bagi majlis itu. As usual, STTP (if you know what I mean..).
20 APRIL 2012
1. Saya datang ke SAMURA pada jam 2.30 petang bagi melihat persiapan terakhir sebelum majlis itu (tak lupa juga, melihat kesibukan Kej. Ragbi MSSJ di padang..).
2. Saat yang saya nantikan; banner with my face on it!
3. Pada sebelah malam, sesi raptai berlangsung & lebih banyak sesi reunion bersama rakan-rakan RTF yang tersayang (serta dah lama tak jumpa..).
4. Peluang terhad bersama geng-geng RTF saya manfaatkan dengan bersama-sama mereka makan di warung berhampiran sekolah (I know it will be the first & last time I do that..).
5. Tak lupa juga, saya ambil kesempatan untuk mengimbau kembali kenangan sepanjang berada di SAMURA, terutamanya di ASPURA dan kawasan-kawasan yang sama signifikan dengannya.
Bagi saya, peluang keemasan itu sungguh berharga & tak mungkin akan saya tukar ganti dengan apa pun. It's just so great to remember back those days... *sigh*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
21 APRIL 2012
1. Saya menghadiri MAK 2012 dengan menggayakan pakaian pengawas SAMURA milik saya. Ramai guru yang tersenyum apabila melihat saya berpakaian sedemikian. Bagi saya, itu hanyalah manifestasi cinta & sayang terhadap SAMURA.
2. Suasana di dewan menjadi semakin meriah dengan kehadiran ahli keluarga para penerima anugerah.
3. Saya berasa bangga kerana dapat naik ke atas pentas bagi menerima anugerah tersebut dengan memakai pakaian pengawas; I can feel the spirit & soul of SAMURA at that time..
4. Rasa bangga itu berganda apabila mengetahui bahawa piala pusingan untuk pelajar terbaik setiap subjek terpapar nama pelajar tersebut. Wow, it's an honour.. :')

5. Sebaik sahaja menyanyikan lagu sekolah pada penghujung majlis, saya rasa begitu sebak & seterusnya mengalirkan air mata. It's so devastating to sing that song for the last time as student while wearing that attire.. :"(

Secara ringkasnya, saya boleh katakan bahawa sememangnya diri saya diselubungi dengan hujan lebat pada 21 Mac. Namun begitu, sebulan kemudian (21 April), hujan itu berhenti & memberi laluan buat pelangi yang berwarna-warni untuk menemani saya. Serentak dengan itu, semangat saya kembali menjelma & menjadikan saya lebih gembira serta berkobar-kobar untuk memulakan satu lagi perjalanan di alam kampus kelak. Thanks, SAMURA. Thanks, my beloved RTF friends. I Love You, forever. Wassalam. ;-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan