Hello, guys...
Baiklah, kali ini saya nak bercerita tentang perkara hangat yang menjadi perbualan para lepasan SPM 2011 sekarang ini. Yes, I'm talking about scholarship. Apa kaitannya dengan Que Sera Sera nyanyian Doris Day? Nanti saya terangkan.
Segalanya jadi seakan-akan huru-hara apabila setiap agensi berkaitan mula membuka permohonan untuk biasiswa daripada mereka. Semuanya akan berhempas-pulas menyediakan esei yang sesuai, menyiapkan resume yang bagus, serta menghebahkan kepada rakan-rakan yang lain tentang biasiswa itu.
Bagi saya, pada mulanya memang agak teruja (I repeat; AGAK..) untuk mengisi permohonan untuk segala macam biasiswa yang ditawarkan. Saya pun sering katakan kepada rakan-rakan lain, "Isi, jangan tak isi. Dapat atau tidak, itu soal kedua." Namun, lama-kelamaan saya rasa kurang berminat untuk mengisinya apabila melihat kebanyakan biasiswa yang ditawarkan adalah untuk bidang kejuruteraan. Nak dapat biasiswa perubatan dah jadi makin susah sekarang, kan..?
Apa yang saya tahu, banyak biasiswa perubatan yang ditawarkan mengambil tempat di Timur Tengah. Bukannya bersikap memilih, tapi saya cuma memikirkan soal keselamatan bila terbayang suasana di rantau itu ketika ini (you know what I mean, right..). Namun saya terus mencari peluang yang ada. Akhirnya, selepas berusaha mencarinya melalui Google, saya ambil keputusan untuk tidak terlalu memikirkan tentang biasiswa & terima saja apa jua perkara yang berlaku nanti. But still, saya dah mohon beberapa biasiswa daripada agensi seperti Astro, Axiata, serta Maybank. So, it's not like I'm totally giving up, OK..
Hal itulah yang membawa saya kepada lagu Que Sera Sera. Cuba fahamkan bait-bait lirik lagunya:
Que sera sera, whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que sera sera, what will be, will be
Hakikatnya, insya-Allah saya akan merelakan apa saja tawaran yang saya peroleh. Apa yang penting, saya dapat meneruskan kehidupan ini dengan penuh gembira & mendapat kerjaya yang mampu meneruskan kegembiraan saya. For me, it's OK if I'm not rich, as long as I'm happy with my life. Macam Jessie J sebut dalam lagu Price Tag, "Money can't buy us happiness..." Wassalam. ;-)
never give up! :) everything happens for a reason!
BalasPadamthanks for the motivation... :-D
Padam