Isnin, 30 Julai 2012

Rubidium-1

Hello, guys!
Baiklah, apa pula yang saya nak kisahkan berkenaan elemen rubidium ini? 
Jika anda cari di Wikipedia, rubidium ialah:
"unsur kimia dengan simbol Rb dan nombor atom 37. Rb adalah lembut, unsur putih keperakan berkilat dalam kumpulan logam alkali87Rb, isotop yang terdapat semula jadinya adalah sedikit radioaktif dengan separuh hayat pada 4.88×1010 tahun, iaitu 49 bilion tahun, lebih lama daripada umur alam semesta secara anggaran. Rubidium adalah sangat lembut dan amat reaktif, dengan ciri-cirinya menyerupai unsur lain dalam kumpulan 1 seperti pengoksidaan pantas di dalam udara."
Namun begitu, sebenarnya saya tidaklah begitu berminat untuk membebel tentang Rb ini. Sebaliknya, saya nak berkongsi simbolisme elemen ini dalam kehidupan terkini saya.

Secara ringkasnya, rubidium boleh diringkaskan sebagai Rb, manakala Rb-1 pula boleh merujuk kepada isotop elemen itu, atau pun ion bercas bagi Rb. Cuba kalau saya buangkan huruf 'b' itu, maka apa yang tinggal ialah . . .
R-1.
Apa pula signifikannya R-1 itu kepada saya? Jom dengar cerita saya. Alkisah...

Inilah warga kumpulan R-1 yang saya sertai sebagai kumpulan tutorial sepanjang setahun (insya-Allah..) saya berada di PASUM ini. 4 lelaki, 19 perempuan. Wow, nisbah yang tak munasabah. (T_T)
Apa-apa pun, saya dipilih menjadi ketua kumpulan. Oh man... Penatlah nak jadi ketua, tapi nak buat macam mana, dah orang lain sudi (peliknya ayat..). Penolong saya pula ialah Azleen Haziera; tak ingat pula asal dia dari mana. Anyway, sepanjang sebulan saya mengenali mereka, sememangnya mereka sungguh bercita-cita tinggi, namun dalam masa yang sama tahu memainkan peranan dalam menceriakan suasana dalam kumpulan. :-D


Jika anda lihat pada definisi Wikipedia tentang rubidium, ada beberapa perkataan yang saya warnakan. Bagi saya, itulah R1; lembut (a.k.a. berbudi bahasa & tahu menjaga batasan) perak berkilat (a.k.a. mampu menjadi individu yang berjaya & menyinar pada masa hadapan), serta amat reaktif (a.k.a. aktif dalam perbincangan kumpulan). Sebab itulah secara peribadinya saya menggelarkan mereka 'Rubidium-1', walau pun nama kumpulan saya ini di Facebook ialah 'Roti 1' (dah macam kt gerai mamak, kan..? LOL).


Baiklah, itu sahajalah yang saya nak ceritakan. Sesungguhnya, kesanggupan mereka untuk menerima diri saya yang serba kekurangan ini sebagai ketua mereka adalah sesuatu yang amat menyentuh hati.
Thanks guys for accepting me as who I am, & for being a friend of mine. I really appreciate it a lot. :'D


Wassalam.

Ahad, 15 Julai 2012

Segamat <-----> RAMADAN <-----> London

Yoohoo! (OK, tergedik kejap.. =P)

Baiklah, tak banyak yang saya nak ceritakan kali ini. Saya cuma nak bercerita tentang keterujaan saya untuk pulang ke Segamat pada hujung minggu depan. Kenapa...? Ada dua sebab utama:

1) Tak sabar rasanya nak memulakan minggu pertama Ramadan bagi 1433H di rumah. Yalah, dah dua tahun saya memulakan Ramadan jauh dari keluarga (walaupun puasa di SAMURA tetap awesome), jadi sudah semestinya cuti pertengahan semester akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencari barakah Ramadan bersama keluarga tercinta. :-D
2) Saya menantikan tarikh 27 Julai (sebenarnya 28 Julai mengikut waktu Malaysia) bagi menyaksikan upacara pembukaan rasmi Sukan Olimpik ke-30 yang akan berlangsung di London. 9 malam di sana sama dengan 5 pagi di Malaysia, jadi dapatlah saya melihatnya melalui kaca TV di rumah sambil bersahur. :3

Itu sahajalah yang nak saya ceritakan. Harap maklum, terima kasih. ;-)

Sabtu, 14 Julai 2012

Between Past and Future

Helo & salam sejahtera, semua. Baiklah, kali ini saya nak berkongsi pengalaman ketika mengunjungi dua tarikan utama di KL: Muzium Negara dan Planetarium Negara. Yalah, takkan nak terperuk di dalam KK12 tu saja, kan..? Bosan! *no-offence-please* :-P
Baiklah, saya memulakan perjalanan dari UM pada jam 8.30 pagi (kind of..), dan menuju ke KL Sentral. Lepas itu, saya berjalan kaki ke Muzium Negara yang terletak kira-kira 500 meter dari situ. Hampir tersesat jugalah saya tadi (dahlah mengembara seorang diri pula tu..), tapi Alhamdulillah, sampai jugalah di tempat yang ingin saya tujui.
Bayaran masuk cuma RM2 untuk dewasa. Sememangnya RM2 itu berbaloi dengan pengisian yang ada di dalam muzium itu. Macam-macam info saya temui, yang kebanyakannya sudah pun saya jumpa di dalam buku teks Sejarah sewaktu di sekolah menengah. Bangunan utama muzium terdiri daripada 4 galeri (A, B, C dan D). 
Galeri A adalah berkaitan Sejarah Awal negara, yang merangkumi era prasejarah di Malaysia. Banyak artifak yang berusia puluhan ribu tahun ada di sini, termasuklah rangka manusia Perak (a.k.a. PerakMan) serta yang seangkatan dengannya.
Galeri B pula memfokuskan kepada Kerajaan-kerajaan Melayu yang mula muncul pada sekitar abad ke-10. Jurai keturunan raja-raja Melayu kini juga turut dipamerkan. Sememangnya, galeri ini memaparkan keindahan sosiobudaya & sistem feudal yang ada di bumi Malaysia suatu ketika dahulu.
Seperti mengikut aturan masa, Galeri C menjadi ruang bagi menyingkap Era Kolonial di Malaysia, bermula dengan penjajahan Portugal, Belanda, England, sehinggalah pendudukan Jepun pada 1941. Beberapa peristiwa penting turut dipersembahkan dalam bentuk diorama, seperti Perjanjian Pangkor yang dimeterai pada 1874.
Akhirnya, di Galeri D, slot berkaitan Malaysia Kini ditonjolkan. Dari era perjuangan kemerdekaan, sehinggalah ke Program Angkasawan Negara; semuanya diceritakan satu-persatu. Sudah semestinya juga, cerita tersebut dikarang oleh para Perdana Menteri yang berusaha menjadikan cerita itu sehebat mungkin.
Tak sampai sejam, saya dah menghabiskan kunjungan di muzium ini. Memang terasa satu kelainan selepas melangkah keluar dari muzium. Saya rasa saya lebih menghargai sejarah yang ada di Malaysia ini, lantas membuat hati saya terdetik untuk lebih mensyukuri nikmat bergelar rakyat Malaysia. Lupakan tentang fahaman politik, bersyukurlah kerana kita dapat hidup dengan aman & sejahtera, walaupun berada dalam antara negara yang paling pelbagai kaumnya di dunia. Syukur Alhamdulillah kerana saya menjadi anak Malaysia.

OK, my patriotism is getting higher right now. Jadi, untuk mengendurkan semangat yang terlebih-lebih itu, saya berkunjung pula ke Planetarium Negara yang dihubungkan dengan Muzium Negara melalui sebuah jejantas merentasi Jalan Travers. Teruja juga apabila menyedari inilah kali pertama saya ke sana. Apabila tiba, saya memang teruja untuk melangkah masuk ke ruang pameran.
Ketika itu, planetarium baru 2 jam dibuka, jadi belum ramai sangat pengunjung pada masa itu. BAGUS! Tak payahlah saya nak 'berebut-rebut' untuk mencuba pelbagai pameran interaktif di situ, kan..? (^_^) Namun, antara pameran yang saya paling gemari ialah bilik anti-graviti. Masuk ke dalam bilik itu membuat saya rasa seolah-olah hilang imbangan; what an awesome experience! (Dahlah tak ada orang masa itu; nyaris-nyaris saya jadi Lady Gaga di situ. LOL)
Banyak aktiviti interaktif yang dapat saya cuba, & memberikan saya peluang untuk lebih memahami prinsip sains serta kaitannya dengan bidang astronomi. It was such a mind-opening visit there.
Tak sah rasanya kalau tak bercakap tentang angkasawan bila ke sini. Sudah semestinya ada ruang pameran khas yang didedikasikan untuk itu. Pelunang merasai suasana di dalam kapsul Soyuz memang menyeronokkan. Pada masa yang sama, saya dapat memahami betapa sukarnya untuk bekerja dalam keadaan yang amat sempit & tidak selesa. So, I salute you, our Angkasawan! :-D
Dalam pada itu, sempat juga saya menggunakan kemudahan interaktif yang ada untuk menyiapkan tutorial Kimia. Nasib baik ada jadual berkala unsur berbentuk interaktif tersedia di situ; senang sikit saya nak buat pencarian jawapan. Hihi..
Oh ya, saya lupa nak beritahu. Anda tak perlu bayar apa-apa untuk melawat ruang pameran planetarium. Bayaran cuma dikenakan jika anda ingin melihat tayangan berkaitan angkasa di Teater Angkasa, iaitu sebanyak RM6 (I strongly reccomend you to watch it). Saya melihat dokumentari tentang ribut solar. WOW! Itu yang boleh saya katakan ketika melihatnya; visual 3D yang dipancarkan sememangnya menakjubkan.
Sebelum pulang ke UM, saya sempat pergi ke galeri pemandangan untuk meninjau panorama KL pada ketinggian 106.5 meter dari aras laut. Taklah sehebat berada di Menara KL, tapi ... bolehlah. =P
Saya pulang & tiba di UM pada jam 2 petang. Penat yang amat sangat, tapi sememangnya berbaloi dengan input yang saya peroleh selama lebih kurang 6 jam itu. Secara totalnya, saya belajar untuk menghayati sejarah ketamadunan bangsa Malaysia, dan dalam masa yang sama saya belajar untuk mengagumi kemajuan teknologi astronomi di Malaysia yang akan terus berkembang pada masa akan datang.

Sememangnya, saya melihat diri saya berada di antara masa silam dan masa hadapan ketika mengunjungi kedua-dua lokasi itu tadi. Satu pengalaman yang unik, bukan? Sudah pasti, saya akan ke sana lagi bersama keluarga atau rakan-rakan pula; mesti lain pula kisahnya. Apa-apa pun, berkunjunglah ke mana-mana tempat menarik di Malaysia; akan ada kisah menarik yang menunggu anda, OK? Wassalam. ;-)