Hello, guys!
Baiklah, apa pula yang saya nak kisahkan berkenaan elemen rubidium ini?
Jika anda cari di Wikipedia, rubidium ialah:
"unsur kimia dengan simbol Rb dan nombor atom 37. Rb adalah lembut, unsur putih keperakan berkilat dalam kumpulan logam alkali. 87Rb, isotop yang terdapat semula jadinya adalah sedikit radioaktif dengan separuh hayat pada 4.88×1010 tahun, iaitu 49 bilion tahun, lebih lama daripada umur alam semesta secara anggaran. Rubidium adalah sangat lembut dan amat reaktif, dengan ciri-cirinya menyerupai unsur lain dalam kumpulan 1 seperti pengoksidaan pantas di dalam udara."
Namun begitu, sebenarnya saya tidaklah begitu berminat untuk membebel tentang Rb ini. Sebaliknya, saya nak berkongsi simbolisme elemen ini dalam kehidupan terkini saya.
Secara ringkasnya, rubidium boleh diringkaskan sebagai Rb, manakala Rb-1 pula boleh merujuk kepada isotop elemen itu, atau pun ion bercas bagi Rb. Cuba kalau saya buangkan huruf 'b' itu, maka apa yang tinggal ialah . . .
R-1.
Apa pula signifikannya R-1 itu kepada saya? Jom dengar cerita saya. Alkisah...
Inilah warga kumpulan R-1 yang saya sertai sebagai kumpulan tutorial sepanjang setahun (insya-Allah..) saya berada di PASUM ini. 4 lelaki, 19 perempuan. Wow, nisbah yang tak munasabah. (T_T)
Apa-apa pun, saya dipilih menjadi ketua kumpulan. Oh man... Penatlah nak jadi ketua, tapi nak buat macam mana, dah orang lain sudi (peliknya ayat..). Penolong saya pula ialah Azleen Haziera; tak ingat pula asal dia dari mana. Anyway, sepanjang sebulan saya mengenali mereka, sememangnya mereka sungguh bercita-cita tinggi, namun dalam masa yang sama tahu memainkan peranan dalam menceriakan suasana dalam kumpulan. :-D
Jika anda lihat pada definisi Wikipedia tentang rubidium, ada beberapa perkataan yang saya warnakan. Bagi saya, itulah R1; lembut (a.k.a. berbudi bahasa & tahu menjaga batasan) perak berkilat (a.k.a. mampu menjadi individu yang berjaya & menyinar pada masa hadapan), serta amat reaktif (a.k.a. aktif dalam perbincangan kumpulan). Sebab itulah secara peribadinya saya menggelarkan mereka 'Rubidium-1', walau pun nama kumpulan saya ini di Facebook ialah 'Roti 1' (dah macam kt gerai mamak, kan..? LOL).
Baiklah, itu sahajalah yang saya nak ceritakan. Sesungguhnya, kesanggupan mereka untuk menerima diri saya yang serba kekurangan ini sebagai ketua mereka adalah sesuatu yang amat menyentuh hati.
Wassalam.

Thanks guys for accepting me as who I am, & for being a friend of mine. I really appreciate it a lot. :'D
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan