Wazzup, guys?
Ha, kali ini saya nak berkongsi karya terbaharu yang sememangnya lain daripada yang lain. Buat pertama kalinya, saya bereksperimen dengan genre rap. Bukan apa, sejak lagu ciptaan Malique (Too Phat) sering diputarkan di media massa, saya berasa tertarik dengan seni katanya yang begitu tinggi standard bahasanya. Jadi, saya rasa tak salah kalau nak cuba sesuatu yang berbeza.
Tajuknya ialah 'Canto Lamento', yang bererti 'Lagu Sedih' dalam bahasa Itali. Saya juga turut menggunakan bahasa Itali dalam permulaan & juga chorus lagu ini, untuk menambah keunikkannya. So, as they say it in Italy, "Godetevi la canzone!"
(* Intro/Chorus)
Canto lamento, canto lamento
In questo momento mi narrare
Ascolta il ritmo del mio cuore
Tiba saat untukku bersenandika
Merungkai kisah di sebalik tirai atma
Telah lama ku sembunyi rasa duka
Bagai korpora alata di lapangan
Di garis mula tiada kurang sempurna
Satu-persatu langkah dirias indah
Namun diriku gemuruh tiba-tiba
Lemah longlai, terpaku dan terkesima
Telah jitu titik hulu psikodrama
Tersulam sudah tinta penuh berkaca
Tak mungkin sukar untuk aku berkata
Secara praktiknya ku terus tercabar
(ulang *)
Pabila bertentang mata acap kali
Ku biar saja jasad bungkam sendiri
Di tengah rona dunia penuh ekspresi
Terkurung ku dalam alam introversi
Tak pernah sekali ku menuding jari
Kau bukanlah intipati konotasi
Kerana ku tahu asal deformasi
Kuboid jiwa masih terpendam misteri
Umpama lalang dihempas ribut salji
Terkadang ku selalu berwarawiri
Walau rempuh denai eskapisme ini
Ku kan kembali bertembung realiti
(ulang *)
Bergelandangan di luar ruang lingkup
Kehidupan yang didepani selalu
Bukanlah penamat untuk ceritaku
Akan ku pecut sejauh yang termampu
Pastikan jiwa raga sentiasa ampuh
Menepis katastrofa yang haru-biru
Membenam negativiti yang mengganggu
Agar tak perlu aku dihurung syahdu
Pengakhiran dolente nukilan daku
Tertulis bila masa terus berlalu
Pasang telinga pejamkanlah matamu
Selamilah gelora isi hatiku
(ulang *)
LIRIK : Mohd. Syafiq Asyraf
LAGU: Mohd. Syafiq Asyraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan