Khamis, 29 November 2012

G.A.Z.A.

Gagah kau tempuhi setiap pancaroba,
Alangkah kukuhnya benteng semangat;
Zionis laknatullah tak mampu menduga,
Ampuhnya jiwamu tiada berpenamat.

Gersangnya tanah darahmu menitis,
Akibat sengsara cetusan durjana;
Zahirnya terlihat lukamu terhiris,
Apabila disingkap sehebat-hebat arjuna.

Global memerhati sengaja terkaku,
Ada yang tersenyum kerana tangismu;
Zaman-berzaman sudah berlalu,
Akhiran gembira belum kau temu.

Garisan penghujung kian menjelma,
Ayuh bangkitlah umat manusia;
Zarah nan kecil turut bersama,
Angkat senjata siap sedia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan