Assalamu'alaikum, semua. :-)
"Adil merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab, iaitu 'Adl (عدل) yang membawa maksud keadilan."
"Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, adil didefinisikan sebagai: 1) menyebelahi pihak yang benar. 2) meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. 3) menepati hak seseorang atau sesuatu. 4) tidak menyebelahi mana-mana pihak."
Baiklah, kenapa saya bangkitkan isu berkaitan istilah yang satu ini? Ha, adalah sebabnya yang tersendiri. Semuanya ada kena-mengena dengan situasi saya sekarang ini.
Kehidupan di PASUM ini banyak mendedahkan saya kepada perspektif pengorbanan yang lebih spesifik. Cuti akhir semester yang hanya selama 2 minggu membuatkan saya rasa amat sakit jiwa (secara simboliknya). Lagi sakit jiwa saya dibuatnya apabila mendapat tahu cuti akhir semester bagi rakan-rakan di UiTM Puncak Alam adalah selama 7 minggu! Tak cukup lagi tu; mereka bercuti sebelum saya di PASUM ini mengambil peperiksaan akhir semester 1, & mereka tamat cuti 2 minggu lepas warga PASUM memasuki semester 2. Benar-benar menduga keimanan saya (secara simboliknya juga). *:P*
Disebabkan cuti yang amat pendek, saya tak sempat nak meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Sedang mereka semua berada di rumah menonton Maharaja Lawak Mega bersama-sama (maybe-lah kot..), saya menghabiskan masa secara berseorangan. Nak kata sedih tu tak adalah, mungkin sebab dah biasa dengan keadaan yang sama semasa di SAMURA. Namun, entahlah, saya macam tak nampak rasa diadili dengan cara sepatutnya apabila mengalami situasi sedemikian. I think I'll blame the PASUM admin system for this. :P
Walaupun begitu, ibu bapa saya selalu pesan, "Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya." Kata-kata iulah yang saya pegang setiap hari. Saya cuba menerima apa jua yang berlaku & mengekstrak segala elemen baik yang termampu daripadanya. Alhamdulillah, atitud sebegitu sedikit sebanyak memberi impak positif kepada diri saya. Masuk saja semester 2, tutor pun bertukar. Memang best apabila dapat diajar oleh En. Zahurin (a.k.a. Mr. Z) untuk subjek IT serta Kalkulus & Geometri. Lagi best bila dapat tahu Dr. Izlina akan menjadi tutor Fizik.
Bagi saya, kedua-dua mereka ini adalah individu yang mampu membangkitkan mood pelajar untuk belajar. Mr. Z merupakan pensyarah bagi subjek Sains Komputer, & walaupun saya tidak belajar subjek itu, terkadang saya sempat menyelinap masuk ke dalam auditorium untuk meninjau sesi P&P seliaannya. Amat ceria, dengan gelagat beliau yang amat sempoi sewaktu mengajar, I don't think that anyone will dislike him. Dr. Izlina pula merupakan pensyarah Fizik yang tidak terlalu serius dalam penyampaiannya; tenang & bersahaja. Secara akademiknya, saya mendapat aura positif daripada berita baik ini.
Jadi, pesan saya buat para pembaca: Every cloud has its silver lining.
Wassalam. ;-)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan