Ahad, 16 Disember 2012

Unexpectedly Splendid

Greetings, everyone!

Baiklah, kali ini saya ada catatan menarik yang ingin dikongsi bersama. Bagi saya secara peribadinya, memori yang nak saya ceritakan ini mungkin terlalu menarik *perasan-kejap*. Apa-apa pun, just read & enjoy... ;-)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
8 DISEMBER 2012 (SABTU)
2.22 petang
Hari itu, pelan saya adalah untuk pergi ke KL Sentral untuk membeli tiket kereta api bagi pulang ke Segamat pada 22/12. Saya memulakan perjalanan dari KK12 lepas Zuhur. Seperti biasa, saya akan menunggu bas RapidKL (T632) di hentian berdekatan Dewan Tunku Canselor untuk ke stesen LRT Universiti. Ketika berada di dalam bas yang sedang dalam perjalanan, saya menerima panggilan daripada senior Bestari 2 saya, Iqhwan (untuk kisah lebih lanjut, sila klik SINI). Walaupun tidak begitu menjangkakan panggilan itu, saya menjawab & berbual dengannya. Segalanya kelihatan seperti perbualan telefon yang biasa (walaupun dengan bunyi bising di dalam bas), sehinggalah dia berkata, "cuba pandang ke kanan." 
Alangkah terkejutnya saya (:O) apabila sebaik sahaja berbuat demikian, dia melambai dari bahagian belakang tempat duduk bas yang sama saya naiki. Stunned & speechless, itu yang mampu menggambarkan situasi saya ketika itu. I tell you, it was like a scene from one of those movie I watched *:P*. Kami terus berbual untuk 1-2 minit seterusnya melalui telefon (sambil memandang ke arah satu sama lain) sebelum turun di stesen LRT. Sebaik sahaja turun, saya menunggu dia turun & berpelukan. Sempat jugalah kami berborak dengan lebih panjang sebelum kami menuju ke destinasi masing-masing (dia nak pergi ke MidValley). Apa yang penting, kenalah ada gambar sebagai bukti pertemuan tidak sengaja kami berdua ini. :-D
Oh, alangkah bestnya detik itu. Kalau boleh, nak saja saya ulang kembali insiden itu. Anyway, saya pergi ke KL Sentral & tak berhenti tersenyum seorang diri ketika di dalam LRT. 

4.04 petang
Sekembalinya dari KL Sentral (& terus ke UM), saya mengambil keputusan untuk singgah sekejap ke auditorium PASUM untuk meninjau suasana Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia peringkat kebangsaan. Itulah kali pertama saya tahu pasal kewujudan pertandingan itu. Ketika saya masuk ke dalam, giliran peserta ke-2 terakhir membuat persembahan iaitu dari Wilayah Persekutuan Labuan. Saya tidak ambil pusing sangat dengan persembahan itu sebab hanya nak lihat transformasi yang dibuat pada auditorium itu. *:P*
Namun, apabila saya meneliti wajah salah seorang peserta dari Labuan itu, saya rasa seakan-akan kenal dengannya. Setelah selesai persembahan, pengacara majlis (emcee) memaklumkan kepada para hadirin nama peserta yang terlibat, & apabila emcee menyebut nama Mayrelyn Jane... "Yup! My instinct was right." Sebaik sahaja bertembung dengan Mayrelyn di luar auditorium, giliran dia pula untuk terkejut. *haha* Dia tidak menyangka akan berjumpa dengan rakan PKTR pada waktu itu (kalau nak tahu apa itu PKTR, klik SINI). Cepat-cepat saya hubungi Ainisya (rakan PKTR di PASUM), & terjadilah 'mini reunion' di auditorium.
Begitu mengujakan rasanya apabila perkara yang sebegini spontan berlaku. Akhirnya, saya kembali ke bilik lebih kurang jam 5.15 petang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pendek kata, 8 Disember 2012 ini merupakan hari yang takkan saya lupa sampai bila-bila. Dua pertemuan yang saya tak sangka berlaku dalam masa tak sampai 3 jam.  Wow, it was like God has planned this to make my day. Apa-apa pun, memori ini mengajar saya bahawa pelbagai kemungkinan boleh berlaku di sekeliling kita pada bila-bila masa. Terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk peka dengan situasi itu. Wassalam. ;-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan