Apa khabar, semua? Harap-harapnya sihat belaka.
Tiba-tiba terdetik di hati saya ni nak bercerita pasal individu bernama Yunalis Zarai. Kenapa? Sebab baru-baru ini saya menonton klip video persembahan beliau (I'll elaborate on that later on), dan saya rasa Yuna sudah melangkah begitu jauh dalam industri muzik.
Bayangkanlah, hanya melalui MySpace, Yuna kini sudah mampu menjadi artis antarabangsa, bernaung di bawah David Foster (yang bekerjasama dengan Celine Dion). WOW! Saya memang tabik dengan kesungguhannya untuk menonjolkan pembaharuan dalam industri muzik di Malaysia.
Begitu juga yang saya impikan. Menjadi seorang penulis lirik kepada nama-nama besar di pentas Grammy memang antara angan-angan yang daha lama saya pasang. Cuma cepat atau lambat ia akan direalisasikan, hanya masa yang akan menentukan. Yalah, bakat dalam penulisan kreatif tak harus saya sia-siakan begitu sahaja. Dapat trofi AIM pun sudah mencukupi (insya-Allah..).
Bercakap tentang video yang saya tonton tadi, Yuna berkolaborasi dengan Adam Young dari Owl City (*double-OMG*) untuk menghasilkan lagu Shine Your Way, salah satu runut bunyi untuk filem animasi Amerika iaitu The Croods. Lebih gah lagi bila mereka berdua membuat persembahan 'live' semasa rancangan The Jay Leno Show yang disiarkan ke seluruh dunia. Malah sebelum ini, Yuna membuat persembahan semasa rancangan bual bicara yang dihoskan oleh Conan O'Brian (juga di AS). *double-WOW* Apa lagi yang saya boleh katakan, Yuna sememangnya takkan berhenti mengorak langkahnya di persada global. Tak percaya? Seek for yourself-lah.
Buat masa ini, Yuna sedang menetap di New York untuk mengukuhkan namanya di sana. Mungkin ini satu kebetulan, tapi jika kita lihat bendera Amerika Syarikat, ada bahagian berwarna biru yang dilitupi dengan 50 bintang kecil berwarna putih. Jadi tak salah kalau saya nak katakan bahawa nama Yuna secara harfiahnya (BI: literally) sedang terukir di bintang. Betul tak?
Jika dia mampu mengubah angan-angan menjadi kenyataan, orang lain pun boleh juga berbuat demikian.
"Some people will say: Stop dreaming and face the reality. Others will say: Keep dreaming and make it a reality. Which one will we listen to?"
Wassalam. ;-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan