Khamis, 11 April 2013

320 Hari

Assalamu'alaikum. Salam sejahtera.

Ketika saya sedang menaip 'blog post' ini, Peperiksaan Akhir Semester 2 PASUM sesi 2012/2013 baru sahaja tamat beberapa jam yang lepas. Huh, tak sangka saya dapat juga mengakhiri kembara akademik saya di sini, walaupun dengan bermacam dugaan (& godaan) selama saya berada di sini.

Sekali lagi, seperti detik-detik pasca-SAMURA, saya berada dalam keadaan tidak percaya (disbelief); "betul ker dah habis PASUM ni?" Benarlah kata orang, kalau kita tiba-tiba berhenti melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, pasti akan terasa kelainannya.

Sejak hari pertama mendaftarkan diri pada 27 Mei 2012, saya sudah dapat rasakan cabaran untuk belajar di Lembah Pantai ini (teringat pula masa pendaftaran di KK12).
Namun, saya juga belajar untuk cuba gembira sambil menyesuaikan diri dengan satu lagi atmosfera baharu dalam kehidupan saya (which reminds me of Koir Tari during MHS).

Ada perkara yang akan saya rindui sepanjang berada di sini, walaupun hanya kira-kira 10 bulan saya menjadi 'orang KL' di sini.
Saya akan rindu ingin tidur di kerusi empuk di auditorium (sambil belajar banyak benda). :3
Saya akan rindu kekecohan (& kekecahan) yang mewarnai aktiviti amali di makmal.
Saya akan rindu kenangan ala-ala High School Musical semasa Malam Emas.

Namun, apa yang paling penting...
Saya akan rindu mereka yang menjadi sebahagian daripada jiwa saya di sini.
Saya akan sentiasa rindu bekas kumpulan saya, R1.
Sudah semestinya, saya akan amat merindukan gelagat rakan-rakan kumpulan P3.
They are my biggest source of laughter & joy in PASUM. :')

Sesungguhnya, tarikh 11 April 2013 menjadi pengakhiran kepada satu lagi fragmen dalam hidup saya, but as they always say, "when a door closes, another door opens." Hidup perlu diteruskan. insya-Allah, kita akan bersua lagi.

Thank you, PASUM.
Thanks for the 320 days filled with joy, sorrow, laughter & tears.
Terima kasih.
Yours truthfully,
bekas pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya,
sesi 2012/2013.

Wassalam.

3 ulasan:

  1. Seronok kan....memori tetap memori walaupun pahit tetap terindah...lg lah kalau memori itu terindah memang kekal dalam ikatan tak akan terlerai... bahkan semuanya menjadi semangat dan motivasi terbaik dan terhebat! Tahniah....teruskan perjuangan seterusnya....

    BalasPadam
  2. rindunya PASUM.. *huhu* :3

    BalasPadam