Selasa, 30 April 2013

Malaysia Memilih

Hello, guys!
Baiklah, melihat kepada tajuk kali ini & gambar di atas ni, faham-faham sahajalah apa yang saya nak kisahkan kali ini. Dah semua orang sibuk memperkatakan tentangnya, maka tak salahlah, kan? Walaupun Abah & Umi selalu pesan, "Umur macam Syafiq ni belajar jer dulu, tak payah fikir pasal benda-benda macam ni," tapi izinkan saya untuk berekspresi sebentar. :-P
(this will be my first post about the 'siasah' world)

Ketika debaran 5 Mei semakin terasa, saya mengambil kesempatan pada hari terakhir bulan April ini untuk bercerita tentang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Mahu tak mahu, saya juga selaku golongan muda (yang masih belum layak mengundi) terkesan dengan isu semasa yang satu ini. Ramai pengamal media yang mentakrifkan PRU13 ini sebagai 'ibu segala PRU' dek kerana atmosfera agresif dalam dunia politik yang berlaku mutakhir ini memungkinkan saingan sengit antara pihak yang bertanding.

Bagi saya, adalah lebih molek jika saya meletakkan diri saya di posisi yang neutral (tidak menyebelahi mana-mana pihak) agar mudah untuk saya mengekspresikan minda. Jika dilihat, kebanyakan pengundi meinginkan sebuah Malaysia yang lebih baik, selari dengan pemacuan era menuju tahun 2020. Tidak kira siapa yang memerintah, itu yang mereka harapkan; kestabilan dalam pelbagai aspek, serta intergrasi berpadu antara kaum yang lebih utuh.

Di media sosial, ramai yang sibuk mempromosikan pelbagai slogan berkaitan. Di Twitter misalnya, ada 'pertarungan' antara #IniKaliLah dan #LainKaliLah. Bagi saya, #SukaHatiLah. Jika tak suka dengan mana-mana pihak, diamkan sahaja. Zahirkannya melalui tanda pangkah di kertas undi. It's that simple. Tak perlu provokasi melampau, atau berbalas-balas kutukan yang mencerminkan kerendahan mentaliti masing-masing. Sorry to say, tapi saya rasa kata-kata kesat yang dilemparkan melalui komen-komen dalam video politik Malaysia di Youtube adalah lebih banyak daripada yang ada dalam lagu rap Amerika yang tipikal (:-P).

Ruang lingkup siasah di Malaysia ini masih belum matang sepenuhnya. Generasi muda dapat melihat perkara itu secara jelas. Namun, tak perlulah saya ulas panjang lebar tentang hal ini. Anda sendiri mampu menilai. Kepada 13 juta pengundi yang akan pangkah-memangkah pada 5 Mei, fikir secara rasional sebelum mengundi. Lebih elok kalau buat solat istikharah dulu. The youngsters are counting on you. Choose wisely.

Selepas 5 Mei 2013, adalah diharapkan agar arena siasah di bumi bertuah ini dapat matang secara total. Barulah rakyat dapat menikmati kestabilan yang diimpikan. Kepada bakal pemerintah (tak kira siapa), ingatlah bahawa rakyat merupakan raja kepada anda, bukan sebaliknya. Izharkanlah kemampuan anda selaku pihak kiani dengan penuh integriti agar Malaysia dapat terus gemilang di mata dunia. Kepada mereka yang berkenaan, hayatilah mesej ringkas ini sebaik-baiknya:
Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan