Khamis, 15 Ogos 2013

1 Syawal 1434 H


Berlabuh layar kelana al-Mubarak,
Amarah dirintang keringat berselari;
Bertunas Syawal penuh semarak,
Senyum terukir berganda nan seri.

Sedar tak sedar menerus gerayu,
Pasti terkhilaf kepada tuan hamba;
Ampun dan maaf tulus dirayu,
Ukhwah nan utuh itu didamba.

Merintih bayu rindu terpuput,
Mengharap di sana serupa merasa;
Silaturahim tiadalah diluput,
Salam takzim menyeri nuansa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan