Ahad, 29 Disember 2013

2013: Putar Kembali/Rewind

Seperti biasa seperti tahun-tahun sudah, akan ada slot imbas kembali terhadap segala yang telah berlaku kepada saya sepanjang 2013 ini. So, let's hit the rewind button!

JANUARI
- New year, hopefully new me.
- Meneruskan sisa-sisa hidup di PASUM.
FEBRUARI
- A night to remember: Malam Emas.
- Masih meneruskan perjuangan di Lembah Pantai.
MAC
- 6 Mac: Becoming 19 officially, alone (for 4th consecutive time).
- Bersiap siaga untuk pengakhiran Asasi UM.
APRIL
- Ending my 320-days story in PASUM.
- Memulakan sesi lepak di rumah sekali lagi.
MEI
- It's the mother of Malaysian election: PRU13.
- Menjejak tanah lahir Islam. Alhamdulillah.
JUN
- The result's are out! "Anda gagal keluar dari PASUM."
- Jerebu melanda negara, & jiwa kesepian ini.
JULAI
- Ramadan tiba untuk kesekian kalinya.
- Cuba mencari arah yang pasti.
OGOS
- Aidilfitri. Syawal. Lebaran.
- Sekadar memerhati kesiapsiagaan insan lain.
SEPTEMBER
- A step backward.
- Ubat anti-kemurungan? Taklah.
OKTOBER
- Masih mencari.
- Cuba menjadi kolumnis tak bertauliah.
NOVEMBER
- 660 rangkap pantun. Kau mampu?
- Mencari legasi puteri kepada Pandak Mayah.
DISEMBER
- "Bersama saya, Syafiq Asyraf dan juga Dina Nadzir semestinya di ERA fm."
- Bersedia untuk langkah baharu (pasca Danau Toba).

Secara keseluruhannya, jika ada satu perkataan untuk menggambarkan hidup saya pada 2013, ia adalah:
roller-coaster.
Naik dan turun silih berganti (walaupun mungkin dalam kebanyakan masa, 'turun' itu yang mendominasi). Suka dan duka erat dianyam mencipta kerencaman memori yang menjadikan 2013 suatu perbezaan tidak seperti kebiasaannya.

Praise be to God. Thank you for letting me went through 2013. I learnt my lesson.
I hope You can give me & my beloved ones the chance to live through 2014 to the fullest.
Aamiin.

Jumaat, 27 Disember 2013

Danau or Don't Know?

Alkisah...

21 DISEMBER 2013 (Sabtu)
10.00 pagi: Segamat ---> LCCT (via R&R Seremban)
4.25 petang: Take off.
4.30 petang (waktu Indonesia Barat (WIB)): Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan.
6.00 petang: Tiba di Hotel Soechi di kawasan sub-urban Medan (kota ke-3 terbesar di Indonesia). Unpack & rest.

22 DISEMBER 2013 (Ahad)
10.30 pagi: Bertolak dari hotel ke pekan Parapat berhampiran Danau Toba.
2.30 petang: Tiba di lokasi yang diingini: Danau Toba (tasik volkanik terbesar di dunia)
 .
 .
3.00 petang: Meneruskan lawatan dengan mendekati tepian tasik sambil melihat Pulau Samosir yang berada di dalam tasik itu.
6.00 petang: Makan malam ala Padang dalam pejalanan pulang.
8.00 malam: Tiba di hotel. Helo, katil.

23 DISEMBER 2012 (Isnin)
8.00 pagi: Keluar dari hotel (for good). Bermula dengan kunjungan ringkas ke Masjid Raya al-Mahsun, di tengah kota.
 .
8.30 pagi: Singgah juga di Istana Maimun, serentak dengan sesi membeli cenderamata.
9.00 pagi: Sesi membeli-belah di Pajak (Pasar) Ikan lama & Medan Mall.
 .
12.30 tengah hari: Makan tengah hari ala Padang (again).
1.00 petang: Bergerak ke lapangan terbang.
4.45 petang: Flying back home.

The End.

Ahad, 15 Disember 2013

YouTube: Star vs Stool

Siapa yang tak kenal YouTube? Sejak diperkenalkan pada 14 Februari 2005, ia menjadi medium utama perkonsian video di seluruh dunia. Macam-macam yang tersedia di dalamnya, tak kira baik atau pun buruk. Signifikasi YouTube dalam generasi kini lebih ketara dalam dua tiga tahun kebelakangan ini. Perkara yang dimuat naik ke YouTube sering kali menjadi perhatian masyarakat dunia, & semakin hari perkaranya semakin merencam serta penuh dengan kegilaan. Tak percaya? Watch this.
Apa yang boleh saya simpulkan daripada video ini?
2013 was by far the craziest year ever.

Malaysia sudah pasti tidak terlepas daripada tempias perkongsian video ini. 2013 menyaksikan beberapa individu menjadi perhatian ramai melalui video yang mereka letak di YouTube. Ada antara mereka yang enggan saya taip namanya di sini kerana itu merupakan suatu penghinaan terhadap blog saya ini. My blog has no space for uncivilised people, AT ALL.

Sudah pasti, ada input baik yang kita lihat di YouTube, seperti MatLuthfi serta Sam Tsui. Namun sayangnya, YouTube Malaysia pada 2013 didominasi oleh golongan kelas bawahan yang memperbodoh diri sendiri dengan perilaku tak bertamadun mereka. Labih malang lagi bila akhbar ternama Malaysia ingin mengiktiraf golongan 'sampah' ini. WTF?
Seperti yang anda lihat di atas (klik pada gambar untuk imej lebih jelas), saya telah suarakan pandangan tentang kategori ini, & nampaknya ada 67 orang yang menyokong pandangan saya itu (termasuk diri sendiri :P). Mengapa aksi-aksi hina ini ingin diberi anugerah? Hal ini akan mengajar anak-anak muda (terutamanya budak kecil) bahawa "jika nak popular, buatlah benda-benda bodoh, rakamkannya & muat naik ke YouTube. Kalau untung, boleh menang anugerah.". Adakah ini yang kita inginkan (generasi yang popular kerana kebodohan)? HELL NO!

Tak salah kalau nak adakan kategori ini, tapi calonnya perlulah menggambarkan nilai intelektual yang boleh dipromosi & diikut oleh orang ramai. Bukannya video memuji diri sendiri, menari macam orang gila depan CCTV & ikrar cinta monyet yang baru berusia seminggu. Dalam kes ini, saya menyokong sepenuhnya MatLuthfi. Full stop.

Moga 2014 menjadi platform kebangkitan video-video ilmiah yang membantu minda bergemerlapan, & tidak lagi ditakluk oleh golongan yang lebih 'busuk' daripada najis mughalazah, mungkin.

Harap maaf atas kata-kata yang kurang menyenangkan.
Kalau terasa, baguslah. Nak marah, marahlah.
I'll just be like, "why bother?" :P

Wassalam.

RadiOrientasi

Holla holli...! :P

Baiklah, kali ini saya berkongsi pengalaman yag rasanya tak ramai orang boleh melaluinya. Nak tahu apa? Keep scrolling!

OK, pada awal Disember saya dihubungi oleh pihak radio ERA memaklumkan saya telah memenangi peraduan anjuran mereka. Keterujaan itu agak minima pada mulanya, memandangkan ada beberapa peraduan di laman web ERA yang saya sertai, termasuk yang menawarkan hamper bijirin Nestle & tiket ke AIM20. Bila mereka memberitahu bahawa saya merupakan salah seorang pemenang peraduan RadiOrientasi, saya bagaikan, "What..?!" sambil bertambah keterujaannya. Woohoo!
Baiklah, kalau nak tahu, peraduan ini membolehkan pemenangnya untuk bersama penyampai radio ERA bekerja di konti selama sehari, mengikut waktu slot penyampai terbabit. Oleh sebab slot saya adalah bersama Dina Nadzir ketika Muzik ERAthon (10 pagi hingga 1 petang), saya diminta hadir ke Astro Bukit Jalil pada 11 Disember. OK, the date has been set!

Tibalah detik 11-12-13. Dari Segamat ke KL menaiki kereta api sambil bertemankan KakLong. LRT dari KL Sentral ke Bukit Jalil. Teksi dari stesen LRT ke Astro. Selepas selesai urusan di pos pengawal pintu masuk utaranya, masuklah kami berdua ke Astro ditemani wakil ERA.
Ketika tiba di konti, slot JoHaRa Pagi ERA masih bersiaran, tapi tempat Haniff digantikan oleh Nabil. Apa lagi, bergambarlah saya dengan mereka.
Sebaik sahaja Dina tiba, kami berdua (me & my KakLong) dibawa ke dalam konti sebelum diberi penerangan ringkas tentang selok-belok tugas di konti ini. Tak lama lepas itu, we're ON AIR.
 .

Macam-macam yang saya dapat perhati & belajar sepanjang 3 jam bersiaran. Pening kepala juga rupanya kerja sebagai penyampai radio ini, lebih-lebih lagi jika bersendirian. Ada juga beberapa 'muslihat' yang menjadikan siaran radio itu berjalan lancar. Dalam kebanyakan masa, perbualan antara saya & Dina tidak berlaku secara langsung, tetapi dirakam beberapa minit terlebih awal. Hal ini memudahkan proses suntingan perbualan itu dibuat jika ada sebarang ruang kosong (senyap yang agak panjang) terjadi, atau pun kata-kata yang 'choyy' terluah. Begitu juga dengan panggilan telefon & peraduan bersama pendengar.

Memang best rasanya, lebih-lebih lagi dengan bantuan Dina yang menjadi tutor untuk memahamkan saya tentang mesin-mesin di dalam konti & susunan lagu yang akan dimainkan.
It was certainly a great moment for KakLong & I.
Selepas slot Dina, Muik ERAthon diteruskan dari jam 1 hingga 4 petang bersama Ira Mohd Amin. Sama seperti JoHaRa, sempatlah juga bergambar dengan dia.
Kami (KakLong, Dina & I) makan tengah hari di kafe Astro. Di situ, beberapa artis terkenal turut ada di situ, termasuk Angah (Raja Lawak), Sam (Bunkface) & Amy Search. Apa lagi, snapshot please! *haha* Kau mampu? *JK* :3
 .
 .
Apa yang menariknya, kemunculan mereka di kafe itu hampir tidak disedari. Dalam erti kata lain, seolah-olah mereka sama seperti staf Astro yang bebas untuk bergerak tanpa dikerumuni oleh puluhan lensa kamera. An interesting finding, I guess.

Tibalah masa untuk pulang. Pada masa yang sama secara kebetulan, Dina ingin ke Damansara untuk meneruskan sesi rakaman albumnya. So guess who's our driver to LRT station?
Sebelum kembali ke Segamat dengan medium yang sama digunakan awal paginya, kami singgah di Pavilion KL dengan harapan untuk merasai salji palsu. 8 malam baru mula? Hmph, memang taklah kan.

Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah atas peluang keemasan ini yang jarang boleh didapati dengan mudah. Thanks so much to Umi & Abah for letting KakLong & us to go to KL (and also for sponsoring train tickets with some 'duit belanja'). Terima kasih juga kepada pihak radio ERA kerana sudi memilih saya selaku salah seorang daripada pemenang. Tak lupa juga terima kasih buat Dina Nadzir yang sudi menerima kehadiran saya ke konti pada slotnya; she's such a low profile person & a helpful guide during my time at the studio.

Jadi, teruslah mendengar ERA fm, Muzik Hit Terbaik.