Ahad, 15 Disember 2013

RadiOrientasi

Holla holli...! :P

Baiklah, kali ini saya berkongsi pengalaman yag rasanya tak ramai orang boleh melaluinya. Nak tahu apa? Keep scrolling!

OK, pada awal Disember saya dihubungi oleh pihak radio ERA memaklumkan saya telah memenangi peraduan anjuran mereka. Keterujaan itu agak minima pada mulanya, memandangkan ada beberapa peraduan di laman web ERA yang saya sertai, termasuk yang menawarkan hamper bijirin Nestle & tiket ke AIM20. Bila mereka memberitahu bahawa saya merupakan salah seorang pemenang peraduan RadiOrientasi, saya bagaikan, "What..?!" sambil bertambah keterujaannya. Woohoo!
Baiklah, kalau nak tahu, peraduan ini membolehkan pemenangnya untuk bersama penyampai radio ERA bekerja di konti selama sehari, mengikut waktu slot penyampai terbabit. Oleh sebab slot saya adalah bersama Dina Nadzir ketika Muzik ERAthon (10 pagi hingga 1 petang), saya diminta hadir ke Astro Bukit Jalil pada 11 Disember. OK, the date has been set!

Tibalah detik 11-12-13. Dari Segamat ke KL menaiki kereta api sambil bertemankan KakLong. LRT dari KL Sentral ke Bukit Jalil. Teksi dari stesen LRT ke Astro. Selepas selesai urusan di pos pengawal pintu masuk utaranya, masuklah kami berdua ke Astro ditemani wakil ERA.
Ketika tiba di konti, slot JoHaRa Pagi ERA masih bersiaran, tapi tempat Haniff digantikan oleh Nabil. Apa lagi, bergambarlah saya dengan mereka.
Sebaik sahaja Dina tiba, kami berdua (me & my KakLong) dibawa ke dalam konti sebelum diberi penerangan ringkas tentang selok-belok tugas di konti ini. Tak lama lepas itu, we're ON AIR.
 .

Macam-macam yang saya dapat perhati & belajar sepanjang 3 jam bersiaran. Pening kepala juga rupanya kerja sebagai penyampai radio ini, lebih-lebih lagi jika bersendirian. Ada juga beberapa 'muslihat' yang menjadikan siaran radio itu berjalan lancar. Dalam kebanyakan masa, perbualan antara saya & Dina tidak berlaku secara langsung, tetapi dirakam beberapa minit terlebih awal. Hal ini memudahkan proses suntingan perbualan itu dibuat jika ada sebarang ruang kosong (senyap yang agak panjang) terjadi, atau pun kata-kata yang 'choyy' terluah. Begitu juga dengan panggilan telefon & peraduan bersama pendengar.

Memang best rasanya, lebih-lebih lagi dengan bantuan Dina yang menjadi tutor untuk memahamkan saya tentang mesin-mesin di dalam konti & susunan lagu yang akan dimainkan.
It was certainly a great moment for KakLong & I.
Selepas slot Dina, Muik ERAthon diteruskan dari jam 1 hingga 4 petang bersama Ira Mohd Amin. Sama seperti JoHaRa, sempatlah juga bergambar dengan dia.
Kami (KakLong, Dina & I) makan tengah hari di kafe Astro. Di situ, beberapa artis terkenal turut ada di situ, termasuk Angah (Raja Lawak), Sam (Bunkface) & Amy Search. Apa lagi, snapshot please! *haha* Kau mampu? *JK* :3
 .
 .
Apa yang menariknya, kemunculan mereka di kafe itu hampir tidak disedari. Dalam erti kata lain, seolah-olah mereka sama seperti staf Astro yang bebas untuk bergerak tanpa dikerumuni oleh puluhan lensa kamera. An interesting finding, I guess.

Tibalah masa untuk pulang. Pada masa yang sama secara kebetulan, Dina ingin ke Damansara untuk meneruskan sesi rakaman albumnya. So guess who's our driver to LRT station?
Sebelum kembali ke Segamat dengan medium yang sama digunakan awal paginya, kami singgah di Pavilion KL dengan harapan untuk merasai salji palsu. 8 malam baru mula? Hmph, memang taklah kan.

Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah atas peluang keemasan ini yang jarang boleh didapati dengan mudah. Thanks so much to Umi & Abah for letting KakLong & us to go to KL (and also for sponsoring train tickets with some 'duit belanja'). Terima kasih juga kepada pihak radio ERA kerana sudi memilih saya selaku salah seorang daripada pemenang. Tak lupa juga terima kasih buat Dina Nadzir yang sudi menerima kehadiran saya ke konti pada slotnya; she's such a low profile person & a helpful guide during my time at the studio.

Jadi, teruslah mendengar ERA fm, Muzik Hit Terbaik.

1 ulasan:

  1. wahhh. bestnyaaa. bangga ku dengan kau weh. see, ada hikmahnya di sebalik apa yang berlaku sekarang ni :')

    BalasPadam