Ahad, 23 Februari 2014

10,000! (+ 1)

Yup, you see it.
Pada kira-kira jam 10.02 malam, 23 Februari 2014...
Blog saya sudah menerima 10,000 kunjungan! :D
Apa yang lebih best, ia serentak dengan tweet saya, juga yang ke-10,000.
(OK, by the time I took the above pics, the figure has increased by 1. So, there goes the exact 10K.. :'3)

Wow, sejak mula menjadi blogger & ber-tweet pada Julai 2010, dah macam-macam perkara yang saya kongsikan melalui dua media sosial itu. Entah bila saya akan berhenti menggunakan blog & Twitter. Mungkin tidak rasanya. :P

So, pada kesempatan ini, selain daripada syukur Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada anda yang sudi & sanggup (atau mungkin terpaksa :3) untuk singgah ke blog saya & membaca setiap kata yang terluah di sini, be it mini articles, melody-less lyrics, symbolical thoughts, or just my boring true life stories. Jutaan ampun & maaf juga andai ada sebarang blog post saya yang mengguris perasaan mana-mana pihak. Like I said before, I'm far from being flawless. So forgive me, please. :'3

Saya berkarya secara amatur di blog ini hanya untuk berkongsi kisah & mengharapkan mereka yang membaca di luar sana untuk mengambil input/pengajaran/iktibar daripadanya. Barangkali juga ada harapan di atma saya ini agar apa yang saya coretkan sebelum ini dapat mencetuskan inspirasi kepada walau cuma satu atau dua individu yang pernah meneliti blog saya ini.

Once again, a gizilion thanks for your attention.
Let's make it to 100,000 views, shall we?
Insya-Allah. :-D

The 'Kakak' Who's Younger Than Me

Hola holi, guys!

Baiklah, jika anda pernah baca coretan saya ketika minggu orientasi di KPTM KL, pasti anda akan tahu tentang pengalaman saya bersama dengan para fasilitator ketika itu. OK, kali ini (sebagai satu ala-ala sekuel kepada coretan tu :3) biar saya ceritakan tentang salah seorang fasilitator yang saya kenali ketika itu.

Namanya ialah 'kak' EH =bukan nama sebenar= (what's with the apostrophe? I'll tell you later). Dalam salah satu permainan ketika orientasi (kalau tak silap, permainannya ialah Mana RM1?), 'kak' EH telah membantu kumpulan saya untuk memikirkan jawapan yang sebetulnya. Jadi, semasa sesi 'mingling' dengan para fasilitator di gelanggang futsal pada malam terakhir orientasi itu, tidak sukar untuk saya mengecam wajahnya & mengenalinya dengan lebih rapat. Selepas bertukar-tukar nombor telefon, it was normal life as usual.

Tiba saja sesi kuliah, saya ada meminta bantuan 'kak' EH melalui SMS beberapa kali seperti mengetahui lokasi kelas & alamat surat-menyurat kolej. Sesekali di kolej, kami bertembung. Namun seperti biasa, tak lengkap rasanya (bagi saya) kalau tak menambah rakan baharu ke dalam FB. Jadi, sekalu seorang pencari orang yang advanced (thanks to Google), saya mencari nama 'kak' EH & terjumpa akaun FBnya. Lokasi tempat tinggal: Johor Bahru. OK, that's her (dia dah beri tahu sebelum ini yang dia orang Johor). Saya terus semak senarai rakan bersama (BI: mutual friends) kami. Ada 7 orang; ada yang sebaya dengan saya & rasanya kesemua 7 orang itu tinggal di dalam lingkungan kawasan yang sama di JB.

Pada mulanya, tiada apa yang aneh tentang hal itu walaupun ada ketikanya saya terfikir, "Could it be that..." Ah, lupakanlah. Namun, bila 'kak' EH bertanya tentang apa yang saya buat sebelum ini & saya bercerita tentang kisah di PASUM, dia bertanya umur saya memandangkan PASUM ialah program pasca-SPM selama setahun. Bila saya nyatakan angka 20 sebagai umur, dia pun sedikit terkejut. "Oh, ya ker? Tak sangka kita sama umur. XD" Namun saya sudah pun menjangkakan perkara itu. I knew such possibility might happen already. 

Kemudian, ketika saya memberitahu tarikh lahir saya iaitu 6 Mac sebagai indikator perbandingan, dia pun membalas, "haha, awak la lagi tua.. Saya 17 Disember. Malunya saya.." And ladies & gentlemen, that's how the awkwardness reached its extreme point. :O Rupanya selama ini orang yang saya bahasakan sebagai 'kak' adalah sebaya. So, there goes the 'kak' reference (which explains the apostrophe). Jadi, kini saya hanya memanggilnya dengan namanya sahaja, EH.

Sebenarnya, ada beberapa perkara yang mencetuskan hubung kait rapat antara kami berdua, tapi itu semua biarlah rahsia, ya. Don't worry, nothing intimate that happen between us OK. :3 

Satu lagi peristiwa yang menambah corak dalam hidup saya. Another funny memory that will stick to my mind. :-)

Wassalam.

Sabtu, 1 Februari 2014

Mimpi Metropolis

Hello... :-)

Baiklah, untuk kali ini, biarlah saya berkongsi satu lagi luahan perasaan dalam bentuk lirik tidak bermelodi, yang saya nukil di stesen LRT Masjid Jamek. Ceriteranya berkaitan kembara baharu (buat kali ke-2) saya di Kuala Lumpur & aspirasi dalam menempuhnya.
Oh ya, kebetulan juga lirik ini saya poskan pada 1 Februari, iaitu Hari Wilayah Persekutuan. Jadi, dah alang-alang tu, sekali harunglah kan.

Enjoy this first work of mine for 2014. ;-D

Tersungkur daku di lembah denai
Jasadku rebah ke ufuk bengal
Berdebu nilam bercebis kecai
Terpaku langkah angan disangkal

Tersedar fikir pasca igauan
Mundur sejenak sekilas jua
Membutir alur menyasar awan
Memulih luka enggan kecewa

#
Kini ku kembali ke belantara konkrit
Ingin rasanya strata jiwaku menjerit

(*chorus)
Bangkitkan semula mimpi yang terpadam
Bercambah serlah sisiku yang terpendam
Degup kencang jantungku tiada berkalis
Menongkah arus sebuah metropolis
Khilaf nan berangkai temukanlah noktah
Membujur yang lalu melintang yang patah
Di sudut kecil nan tinggi ku menulis
Gemala dan nestapa di metropolis

Kata leluhur biarkan gema
Membalik langkah andai tersimpang
Membibit senyum mata dan atma
Layah sayapku menyanggah bimbang

Coretan kelam lenyapkan dari memori
Agar tiada retak jejakku sendiri

(ulang *)

Dalam lena ku terbayang kamu
Di balik gempita kota ini
Menanti jelma detik bertemu
Pasti ceria mekar di sini

(ulang # dan *)

LIRIK : Mohd Syafiq Asyraf