Ahad, 23 Februari 2014

The 'Kakak' Who's Younger Than Me

Hola holi, guys!

Baiklah, jika anda pernah baca coretan saya ketika minggu orientasi di KPTM KL, pasti anda akan tahu tentang pengalaman saya bersama dengan para fasilitator ketika itu. OK, kali ini (sebagai satu ala-ala sekuel kepada coretan tu :3) biar saya ceritakan tentang salah seorang fasilitator yang saya kenali ketika itu.

Namanya ialah 'kak' EH =bukan nama sebenar= (what's with the apostrophe? I'll tell you later). Dalam salah satu permainan ketika orientasi (kalau tak silap, permainannya ialah Mana RM1?), 'kak' EH telah membantu kumpulan saya untuk memikirkan jawapan yang sebetulnya. Jadi, semasa sesi 'mingling' dengan para fasilitator di gelanggang futsal pada malam terakhir orientasi itu, tidak sukar untuk saya mengecam wajahnya & mengenalinya dengan lebih rapat. Selepas bertukar-tukar nombor telefon, it was normal life as usual.

Tiba saja sesi kuliah, saya ada meminta bantuan 'kak' EH melalui SMS beberapa kali seperti mengetahui lokasi kelas & alamat surat-menyurat kolej. Sesekali di kolej, kami bertembung. Namun seperti biasa, tak lengkap rasanya (bagi saya) kalau tak menambah rakan baharu ke dalam FB. Jadi, sekalu seorang pencari orang yang advanced (thanks to Google), saya mencari nama 'kak' EH & terjumpa akaun FBnya. Lokasi tempat tinggal: Johor Bahru. OK, that's her (dia dah beri tahu sebelum ini yang dia orang Johor). Saya terus semak senarai rakan bersama (BI: mutual friends) kami. Ada 7 orang; ada yang sebaya dengan saya & rasanya kesemua 7 orang itu tinggal di dalam lingkungan kawasan yang sama di JB.

Pada mulanya, tiada apa yang aneh tentang hal itu walaupun ada ketikanya saya terfikir, "Could it be that..." Ah, lupakanlah. Namun, bila 'kak' EH bertanya tentang apa yang saya buat sebelum ini & saya bercerita tentang kisah di PASUM, dia bertanya umur saya memandangkan PASUM ialah program pasca-SPM selama setahun. Bila saya nyatakan angka 20 sebagai umur, dia pun sedikit terkejut. "Oh, ya ker? Tak sangka kita sama umur. XD" Namun saya sudah pun menjangkakan perkara itu. I knew such possibility might happen already. 

Kemudian, ketika saya memberitahu tarikh lahir saya iaitu 6 Mac sebagai indikator perbandingan, dia pun membalas, "haha, awak la lagi tua.. Saya 17 Disember. Malunya saya.." And ladies & gentlemen, that's how the awkwardness reached its extreme point. :O Rupanya selama ini orang yang saya bahasakan sebagai 'kak' adalah sebaya. So, there goes the 'kak' reference (which explains the apostrophe). Jadi, kini saya hanya memanggilnya dengan namanya sahaja, EH.

Sebenarnya, ada beberapa perkara yang mencetuskan hubung kait rapat antara kami berdua, tapi itu semua biarlah rahsia, ya. Don't worry, nothing intimate that happen between us OK. :3 

Satu lagi peristiwa yang menambah corak dalam hidup saya. Another funny memory that will stick to my mind. :-)

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan