Hello... :-)
Baiklah, untuk kali ini, biarlah saya berkongsi satu lagi luahan perasaan dalam bentuk lirik tidak bermelodi, yang saya nukil di stesen LRT Masjid Jamek. Ceriteranya berkaitan kembara baharu (buat kali ke-2) saya di Kuala Lumpur & aspirasi dalam menempuhnya.
Oh ya, kebetulan juga lirik ini saya poskan pada 1 Februari, iaitu Hari Wilayah Persekutuan. Jadi, dah alang-alang tu, sekali harunglah kan.
Oh ya, kebetulan juga lirik ini saya poskan pada 1 Februari, iaitu Hari Wilayah Persekutuan. Jadi, dah alang-alang tu, sekali harunglah kan.
Enjoy this first work of mine for 2014. ;-D
Tersungkur daku di lembah denai
Jasadku rebah ke ufuk bengal
Berdebu nilam bercebis kecai
Terpaku langkah angan disangkal
Tersedar fikir pasca igauan
Mundur sejenak sekilas jua
Membutir alur menyasar awan
Memulih luka enggan kecewa
#
Kini ku kembali ke belantara konkrit
Ingin rasanya strata jiwaku menjerit
(*chorus)
Bangkitkan semula mimpi yang terpadam
Bercambah serlah sisiku yang terpendam
Degup kencang jantungku tiada berkalis
Menongkah arus sebuah metropolis
Khilaf nan berangkai temukanlah noktah
Membujur yang lalu melintang yang patah
Di sudut kecil nan tinggi ku menulis
Gemala dan nestapa di metropolis
Kata leluhur biarkan gema
Membalik langkah andai tersimpang
Membibit senyum mata dan atma
Layah sayapku menyanggah bimbang
Coretan kelam lenyapkan dari memori
Agar tiada retak jejakku sendiri
(ulang *)
Dalam lena ku terbayang kamu
Di balik gempita kota ini
Menanti jelma detik bertemu
Pasti ceria mekar di sini
(ulang # dan *)
LIRIK : Mohd Syafiq Asyraf
LIRIK : Mohd Syafiq Asyraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan