Khamis, 15 Mei 2014

Unprecedented Access

OK, tajuk kali ini mungkin agak terlalu grand & melebih-lebih (BI: exaggerated). Namun bagi individu seperti saya, ia agak boleh diterima. :3 Kenapa? Alkisah...

ISNIN (12 Mei 2014)
Sebaik sahaja tiba di KL dari Segamat pada jam 5.30 petang, saya berehat sebentar di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hingga jam 6.30 petang. Kemudian, saya menaiki ERL terus ke KLIA2. Tiba di sana kira-kira jam 8.00 malam. Tanggapan pertama saya terhadap KLIA2 yang baru berusia satu setengah minggu? Besar!
Hmm, mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya datang ke sini. Bukan apa, menantikan penerbangan dari Kathmandu untuk tiba di KL. Sementara itu, sempatlah saya meneroka KLIA2 ni. Bagi saya, jika anda berada di aras balai ketibaan, anda takkan rasa yang anda berada di lapangan terbang. Rasa macam di KLCC, Pavilion atau MidValley. Sebabnya, laluan dari balai ketibaan ke pintu keluar dipenuhi dengan macam-macam kedai jualan di kiri kanan.
Bila dah rasa penat, saya lepak (& tertidur) di surau aras 3, berhampiran pintu perlepasan. Sedikit teruja sebab kali pertama tidur di lapangan terbang. Rasa macam seorang backpacker. :P

SELASA (13 Mei 2014)
2.30 pagi. Saya dah mula menunggu di hadapan pintu ketibaan antarabangsa KLIA2. Penerbangan AirAsiaX dengan kod D7 0197 dijangka tiba pada 4 pagi, tetapi mendarat lebih awal iaitu dalam 3.30 pagi. 45 minit selepas itu, barulah nampak kelibat mereka: wira & wirawati Himalaya dari dewan kuliah di Skudai.
Sepatutnya, para peserta Misi Perdana UTM Everest (MPUTME) ini pulang ke Malaysia pada awal Jun. Namun tragedi runtuhan salji yang berlaku pada hujung April memaksa mereka menunda misi ke puncak Everest itu ke tahun hadapan. (T_T) As frustrating as it seems, pasti ada hikmah di sebaliknya. Keep calm & trust Allah. :-) Ada peserta yang masih di Kathmandu, & ada pula yang pulang dengan ahli keluarga sejurus tiba di KL.
Usai selesai bersama & semasa mengiringi mereka ke bas untuk kembali ke UTM KL, pelan saya ialah untuk kembali ke hostel di Taman Len Sen dengan ERL dan LRT selepas itu, tetapi... *jeng-jeng-jeng* salah seorang staf UTM yang terlibat, En. Sabri Ahmad berkata, "awak, jom ikut kami." Hah? Saya cuba mendapatkan kepastian (boleh ker?), & apabila rakan sepasukan Jamhuri mengiyakannya (alah, tak ada hal lah), saya terus rasa teruja. Dalam masa yang sama rasa amat berbesar hati. Yalah, stick to the reality: saya takkan dapat masuk UTM pada masa depan. Jadi ini peluang keemasan, kan? :P
Tiba di Kediaman Siswa Jaya (KSJ), 3 orang peserta yang tinggal & saya pergi ke bilik hostel & sarapan. Sempatlah juga berkenalan sedikit secara lebih rapat dengan Sabri & Aidib (peserta MPUTME). Kemudian... faham-faham sahajalah. (z_z) Makan, solat & tidur silih berganti sepanjang hari.

RABU (14 Mei 2014)
Ulang kaji kendiri pada awal pagi. Jika diikutkan saya nak pulang ke kolej hari ini untuk membuat pengesahan slip masuk ke dewan peperiksaan bagi ujian terakhir bagi Sem 1. Tapi... saya mengambil keputusan untuk tinggal lagi sehari di KSJ kerana ada rancangan impromptu untuk diadakan sesi perjumpaan dengan beberapa rakan se-Cekap di KLCC (walaupun cuma 4 orang saja). :'3
Kemudian, sesi filem (courtesy of Jamhuri) & lepak di Taman KLCC. Jam 10.30, kembali ke KSJ. Dah habis ker aktiviti hari ni? Belum. *heheheh* Satu lagi sesi filem, kali ni melalui laptop. Disebabkan ada banyak filem dalam laptop tu, saya nak sangat tengok satu filem ni sejak 2011. Akhirnya dapat juga tengok & faham apa sebenarnya jalan cerita filem ni, walaupun ia dah lama ditayangkan. :D
Apa yang penting (& lebih bermakna), saya dapat menontonnnya bersama rakan karib sendiri. :D Dah habis, tengok jam: 2.45 pagi. OK, chao.

KHAMIS (15 Mei 2014)
Bangun pagi. Bersiap. Sarapan. Gerak ke Wangsa Walk sekejap. Sempat lagi beli gitar tu (not me, obviously). 
Makan tengah hari, & ke stesen LRT. After bidding farewell to each other, it's life as usual for me. Haih, mengantuknya.

Namun, apa yang menggembirakan saya ialah kesudian warga MPUTME untuk mengizinkan saya berada di KSJ biar pun sejenak cuma. Satu penghormatan yang agak besar juga bila dapat terlibat secara tidak langsung dengan individu-individu yang bakal mencipta sejarah tersendiri kelak; insya-Allah.

Buat warga MPUTME 2014, jutaan terima kasih atas kesudian anda untuk menerima saya sebagai sebahagian daripada anda secara tidak langsung. I really appreciate it. :')

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan