Ahad, 28 September 2014

Plumbum + Kristal = Seksyen 7

Tak habis lagi al-kisah merayau-rayau ni.

Kali ni, giliran saya menjadi tour guide kepada KakLong dan kawannya yang datang dari Kuala 'Ganu dan singgah di KL sebelum balik ke Johor.

Nak puaskan hati akak-akak berdua tu, macam-macam lah tempat yang dituju: tingkat 41 & 86 Menara Berkembar Petronas, Pasar Seni, dan Jalan TAR (bukan jalan bertar).

Namun, apa yang menarik dalam 'lawatan' ni ialah bila kami pergi ke Seksyen 7 disebabkan keinginan kuat KakLong untuk ke Laman Seni. Saya dah banyak dengar pasal tempat tu & bunyinya amat menarik. So, let's go!

Laman Seni ni ialah satu inisiatif kerajaan Selangor untuk mengindahkan kawasan belakang kedai perniagaan & menjadikannya suatu lokasi penuh kreativiti. Hasil mural yang ada di sini kebanyakannya dibuat oleh pelajar UiTM Shah Alam. Tak jauh dari Jakel, cuma agak tersorok sikit. Pandai-pandailah cari ea.

Bila dah sampai, banyak mural kreatif sampai tak tahu nak bergambar dengan yang mana satu dulu.
Logo Laman Seni..
Go on. Laugh at me. We'll see who's laughing in the end.
Jadi Mario versi kurus kejap.
Let me fly with you..
Dah puas berseni tu, KakLong ajak ke Kafe Kimia (Chemistry Café) juga di Seksyen 7, cuma jauh sikit dari Laman tu. Seunik namanya, unik juga konsepnya. Nampak macam kedai kopi biasa, tapi para pelayannya pakai lab coat. Nak lagi unik, makanan dan minumannya dihidangkan di dalam radas yang kita biasa guna di makmal. Never really thought of drinking a smoothies from a conical flask. Rasa macam minum campuran toksik pulak. :3
Buat pertama kali rasanya, saya dapat tahu dengan tepat isipadu air yang saya minum. :P
Dah habis tu, apa lagi.. terkejar-kejar (ala-ala The Amazing Race) untuk ke TBS sebab tiket pulang kami ialah pada 7.30 malam. Nasib baik sempat, sebab bila sampai di pintu pelepasan, bas tu dah sedia nak bergerak. Seram nih! Apa-apa pun, kami bertiga sempat naik, & the rest is history.

Huh! Penat tapi best. Unique, to be exact.
Toodles!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan