Ahad, 28 September 2014

An Evening with Akil

OK, last post for this year's September (I guess).

Alkisah...

Pada mulanya saya cuma lepak di Axis Pandan Indah sebab nak siapkan laporan Sains Sukan (which I done already). Saya ajak 2-3 orang kawan untuk lepak sama-sama. At last Ija jer yang datang, & dia ajak saya ke Nu Sentral sebab ada sesi ulasan buku bersama abang kacak yang bernama Redza Minhat. Disebabkan ada kelapangan masa, saya ikutkan saja.

Sampai di Nu Sentral, kami pun mengatur langkah untuk ke EspressoLab (the venue for the book review). Sewaktu berjalan di aras G, mata Ija yang super tajam ternampak seseorang. Dia kata, "Syafiq, that's him!". Saya cuba mendapatkan kepastian. Yup, that's Redza Minhat who walks alone (ALONE, OK) in front of us. Dia nampak macam sesat (tak tahu kt mana EspressoLab tu). Sambil dia bertanya dengan pak jaga, saya pun mencelah lah.
"Err.. Bang, kita orang pun nak pergi book review tu. Dekat level LG. Ikut sini." (berlagak macam tahu jalan, padahal baru tahu lepas tengok kt peta tadi)
"Oh ye ker? OK, you lead the way."
Sambil berjalan, sempatlah saya berborak dengan dia walau pun sedang dihurung starsturck yang agak ekstrem (of course lah, kan?).
"Abang baru sampai ker?"
"Ha'ah, ada event tadi. Untuk review ni pun, I tak tahulah nak cakap apa nanti. *gelak-kecil* You guys ni dari mana?" 
"Dari kolej."
"Owh, kolej apa?"
"KPTM. Kolej MARA kt Cheras."
Bila dah sampai di eskalator, apa lagi.. 
Agak 'shaky' sikit (starstruck effect :3)
Lepas tu, sambung borak kejap.
"Ini first time ker abang datang Nu Sentral ni?"
"Nu Sentral ni, no. EspressoLab ni yang first time."
Sampai di EspressoLab tu, kami biarkan dia masuk dulu sementara kami cuba relakskan diri untuk menghadapi realiti tadi tu *drama-sangat*. Sudahnya, kami pun sertai sesi ulasan tu. Pada mulanya berdiri, tapi kami dijemput untuk duduk betul-betul di depan dia. Things just get better and better.

OK, info sikit. Sesi ulasan buku tu adalah anjuran majalah Dewan Sastera dan PENA. Ulasan tu berkaitan salah satu buku kegemaran Redza sendiri iaitu The Fountainhead, karya Ayn Rand (boleh Google pasal buku ni). Nak dipendekkan cerita, ulasannya memang menampakkan pemikirannya yang 'Wow!' (yalah, ex-MCKK kot). Agak lantang (BI: outspoken), tapi itulah Redza Minhat yang ramai selalu nampak di Twitter.
One of the best front row seats for me. :P
Sempat juga tanya dia berkaitan buku tu. Agak menarik juga bila dia kaitkan buku tu dengan hidupnya dalam dunia seni. Needless to say, I truly support his words. Penuh dengan input yang memberi dimensi baharu dalam pemikiran kita terhadap kehidupan seharian *agak-hiperbola-di-situ*.

Selesai saja sesi tu... faham-faham sahajalah.
Tak puas hati sebab gambar kt eskalator tadi agak blur. So, second shot please! :3
Sempat juga dia tinggalkan pesanan.
Yup, I'll see you very soon. ;)
Sambil tu, saya borak lagi.
"Abang nak pergi mana lepas ni?"
"Ada hal sikit."
"Owh, OK. (ambil balik buku nota dari dia) OK, terima kasih, bang (salam)."
"OK. Nice to meet you." (senyum)
Tunjukkan jalan, borak, selfie, autograf, salam.
To do all the things above with Redza Minhat... Wow!

Pesanan terakhir: mohon jeles dan sentap. Lepas dah habis tu, ulangi dua benda tu ea. :P
Kbai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan