Rabu, 12 November 2014

(Syafiq/Selfie/Sci-fi) Asyraf

Baiklah, mungkin ada yang tertanya-tanya dengan tajuk di atas ni. Apa kaitan saya dengan fotografi kendiri dan cereka saintifik? Banyak, sebenarnya. Never mind, let's go through it one by one.

Memandangkan saya banyak ber-selfie setakat ni untuk 2014, ramai yang sedar akan hakikat tu. Memanglah kan.. dah saya poskan semuanya di FB, Twitter dan Instagram, mestilah ramai yang nampak.
Sultan Ibrahim, Yuna, Dr. Sheikh Muszaphar, Redza Minhat, Dr. Mahathir, Dr. Ahmad Shabery Cheek, Khairy Jamaluddin, Didie Alias, Izzue Islam, Ally Iskandar. Who's next?
Jadi, ada la rakan FB saya yang mencadangkan saya untuk tukar nama daripada Syafiq Asyraf kepada Selfie Asyraf. Amboyh, mentang-mentanglah bunyi Syafiq dengan Selfie tu dah nak sama.. tapi mungkin tu boleh jadi nama samaran saya kot. :P

Macam mana pula dengan Sci-fi? OK, Sci-fi tu merujuk kepada 'science fiction' atau pun cerita yang berpaksikan sains. Ketika pos ni ditaip, demam sci-fi melanda dunia, mungkin disebabkan oleh filem terbaharu karya Christopher Nolan yang muncul di pawagam Malaysia pada 6 November lalu.
The best sci-fi movie I've seen in recent years. Scientific exploration that blends very well with human emotion. Saya bagi 5 bintang!
Senang kata, filem ni sedang menjadi fenomena global buat masa ni. Tak salah rasanya kalau saya nak kata bahawa sambutan Bulan Angkasa (Space Month) di Discovery Science (saluran Astro 554) pada November ni adalah semata-mata bagi meraikan filem ni, tapi tak salah pun. Memang patut kalau Interstellar ni diraikan sedemikian rupa. "W.O.W.!" Itu jer yang boleh saya komen lepas menontonnya (2 kali, OK). Tengok sendiri kalau nak tahu best ker tak (kepada peminat genre sains fiksyen, hukumnya ialah wajib, ea).

Secara amnya, jiwa saya memang terarah kepada genre sains fiksyen dalam kebanyakan perkara - filem, lagu (is there such thing as sci-fi song?), & sudah semestinya bahan bacaan. Sementelah saya dah nak habis musim peperiksaan, saya dah mula memburu apa-apa novel berkaitan untuk dibaca sepanjang 7 minggu cuti. So...
Hasil buruan di Nu Sentral.
Saya jarang beli novel dalam BI. Jadi, rasa teruja sikit bila beli novel The Eye of Minds karya James Dashner (penulis trilogi The Maze Runner) ni. Novel Ilusaniti karya Adib Zaini tu pula ialah ialah fragmen daripada empayar novel Fixi. Kedua-duanya berpaksikan kepada fiksyen yang ada berunsurkan sains di sini sana. Maka, saya rasa dalam kes ini, Syafiq Asyraf boleh ditukar menjadi Sci-fi Asyraf. *giteww*

Apa pun nama gelaran yang orang lain mungkin berikan (atau yang mungkin saya cipta sendiri :3), sudah pasti lebih afdal kalau panggil saya Syafiq. Kalau selalu disebut, orang kata makbul doanya. Kenapa? Sebab Syafiq tu maknanya 'yang penyayang'; insya-Allah. :)

End of selfie & sci-fi story. By Syafiq.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan