Haluu...
Baiklah, kalau dilihat daripada tajuk kali ni, rasanya mungkin ada yang dah dapat menebak apa yang saya nak katakan.
Mungkin ini ialah isu paling kontroversi yang membabitkan komuniti sekolah rendah dalam tempoh beberapa tahun:
Need I explain more on this?
Baru beberapa hari keputusan UPSR 2014 diumumkan. Secara amnya, penurunan berlaku dari segi prestasi (surprise-nya). Macam-macam hipotesis yang diberi, tetapi yang penting (menurut Kementerian Pendidikan), ketirisan soalan bukanlah faktor penurunan prestasi ini.
Err... really?
That is so not true.
Mahu tak mahu, masalah/kontroversi/krisis kebocoran soalan BI, Matematik & Sains sememangnya memberi kesan kepada para calon & pihak yang berkaitan. Bayangkan kesedihan & kekecewaan bila terpaksa menduduki semula ujian bagi subjek yang sama, tetapi dengan set soalan yang berbeza. Kesukarannya pun berbeza. Rata-rata murid yang ditemui oleh guru besar SK Kg. Tengah, Segamat (a.k.a. Abah saya :3) mengakuinya. Ada yang terus terang mengatakan bahawa soalan semula BI adalah lebih sukar daripada soalan yang asal. See?
Sudah pasti perkara macam tu merendahkan semangat mereka untuk bersikap optimis & yakin dengan prestasi mereka nanti. Ada pula yang terpaksa korbankan subjek tertentu kerana terikat dengan pelan lain yang dah dirancang lebih awal (umrah dsb.). Lagi sedih, kan? Sepatutnya mereka dah lega & boleh fikirkan aktiviti pasca-UPSR yang ingin dibuat, tapi tangan-tangan jahanam inilah yang merosakkannya.
Malas nak cerita panjang lebar pasal tu. Moving on. Bila isu UPSR ni berlaku, soalan yang sering dibangkitkan akan berulang kembali: kenapa kita terlalu berorientasikan peperiksaan? Mungkin itu adalah ciri-ciri masyarakat Asia yang amat menitikberatkan akademik (siapa yang dah tengok 3 Idiots mesti akan faham). Namun apa yang lagi tragis ialah kebanyakan daripada kita hanya memandang kepada keputusan yang terbaik (semua A). Kalau anak-anak tu dapat 4A 1B, maknyanya dia dah gagal. GAGAL, OK.
Kita terlalu fokus dengan 1B yang kononnya mencacatkan slip keputusan, sedangkan kita lupa nak hargai 4A yang dicapai tu (I've been in a similar situation before; believe me, it's painful). Biasanya juga, anugerah kecemerlangan akan meraikan pelajar yang tinggi jumlah A nya. Pelajar lain? Raikan sendirilah - makan kt KFC ker, karok sampai tengah malam, dsb. Mungkin bila kita lihat budak bernama W dapat 3B 2C, itu keputusan yang teruk. Namun, plot twist: W tu sebenarnya pelajar pintar. Selalu dapat 5A dalam setiap ujian, tapi bila UPSR dia sakit teruk & tak dapat fokus walaupun dah sedaya upaya cuba tahan sakit tu. Jadi, adakah W tak perlu diraikan usahanya? Jawab dalam hati ea.
Dalam suasana pasca keputusan UPSR ni juga, saya tertarik dengan artikel daripada kolumnis sambilan di akhbar Sinar Harian tentang anaknya yang dapat 2A 3B. Tajuknya saja sudah membuat kita ingin mendalami kisahnya:
Klik pada tajuk di atas ni untuk membacanya. You'll understand why I'm interested with the article.
Akhir kalam *cewaah*, kepada adik-adik sekalian yang baru dapat slip keputusan kelmarin, ingatlah:
- Tak kisahlah apa jua gred yang ada pada slip tu, kalau adik dah buat yang terbaik (& you really mean it), jangan malu untuk rasa bangga dengan diri sendiri.
- Kata-kata klise: UPSR tu biasa-biasa jer. PT3 lagi penting. :3
- Dah nak masuk sekolah menengah = Dah nak menginjak remaja. Lagi banyak cabarannya.
- Dapat 5A pun, kalau dapat E dari segi akhlak pun tak guna. Kan? Biar tak pandai, jangan tak beradab.
- Teruskan kehidupan dengan menjadi insan yang menggembirakan orang sekeliling.
OK lah. Nak pergi makan kejap. Chao bella.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan