Rabu, 17 Jun 2015

Finding Nila

Wazzup!

Baiklah, ketika coretan ini ditaip, dah genap seminggu saya berkelana ke seberang tambak (alah, tengok gambar kt atas pun dah tahu kan kenapa).
Yalah, dah alang-alang masih lagi dalam cuti semester baik manfaatkan untuk menambah lagi cop kt dalam pasport. Seperti biasa, saya selaku Forever Alone Ranger.. (erm, I think that nickname explained enough about who I was travelling with)

Saya mulakan kembara pada awal pagi (special thanks to Abah for sending me to the train station).
Tren jam 2.20 pagi
Tiba di JB Sentral kira-kira jam 6.40 pagi. Agak risau juga sebab rasanya waktu tu Tambak Johor dah mula sesak. Lepas ke surau & 7-Eleven, saya terus bergerak ke tempat yang sepatutnya. Nasib baik dah selidik awal-awal kt Google. Banyak blog yang membantu pasal urusan perjalanan antara JB Sentral & Singapura.
Jadi lepas dah meninjau apa pilihan yang ada, saya putuskan untuk naik bas Causeway Link CW1 (JB Sentral - MRT Kranji). Senang sebab turun bas dah boleh terus naik MRT. Lepas pemeriksaan imigresen Malaysia, boleh terus ke tempat menunggu bas di aras bawah. Tambang cuma RM1.50. Agak ramai juga; 10 minit jugak la nak tunggu giliran naik bas. Namun sebab masa yang lama diambil untuk ke seberang (30 minit), dapatlah nak rehatkan badan kejap. Bas pun tak adalah sesak mana. Sampai di Woodlands, turun bas & terus ke tempat pemeriksaan kastam & imigresen Singapura. Turun ke bawah semula, tunggu bas. Naik sehinggalah sampai ke stesen MRT Kranji.
Dari MRT Kranji, saya ke MRT Stadium (SG$2.80), dengan pertukaran aliran dibuat di MRT Bishan. MRT Singapura ni tak payah cerita lah; memang efisien. Paling lama pun 4 minit jer tunggu. Stesennya pun cantik. Kalau berpandukan blog-blog yang saya baca, dicadangkan agar beli pas SG$12, tapi sebab saya cuma nak berulang-alik antara 3 stesen, tak payahlah kot. Jadi saya beli tiket secara manual (guna mesin macam kt LRT kita). Lepas hampir sejam perjalanan (yup, memang jauh), sampai juga.
The welcoming banner
Perancangan saya hari tu memang untuk ke dalam stadium saja, walau pun jika ikutkan saya boleh menonton 18 jenis sukan (daripada 36) secara percuma.. tapi malas nak bergerak ke sana-sini. Dah lah sebatang kara *huhuhu*. Saya terus ke pintu masuk stadium. Pemeriksaan keselamatan yang ketat menanti, tapi OKlah kan.
Kapasiti maksimum: 55,000 orang
Rasa teruja sebab inilah stadium luar negara yang pertama saya masuki. Masa di Beijing pun hanya dapat tengok dari luar. Ada beberapa acara yang berlangsung ketika itu. Nasib baik ada atlit Malaysia terlibat. Kalau tak, rasa macam pelik pulak kt situ.
Saringan 200m (L/W) & dekatlon
Stadium ni memang ohsem. Sejuk jer rasa, & kubahnya pula adalah yang terbesar di dunia. Sepanjang masa ia tertutup, jadi tak ada halangan bagi acara padang.
 .
Happy me
Lepas dah puas meneroka bahagian dalam, saya ke luar pula. Nak tengok apa yang ada. Sempat meninjau obor kejohanan yang masih membara.
Dalam kesempatan itu, saya memborong *cewaah* cenderamata rasmi yang dijual di sekitar kawasan stadium. Meriah dengan pelbagai aktiviti.
Lepas tu, saya ke Jalan Kebun (you'll know what I mean once you've translated it). Naik MRT dari stadium (SG$2.10). Bukan apa, saja nak bersiar-siar kejap.
 .
Sempat beli satu lagi barangan (sebab ada nombor kegemaran :P)
Jam 1 petang, saya dah beransur pulang ke Johor. Naik MRT ke Kranji (SG$2.60). Naik bas Causeway Link CW1 balik ke JB Sentral (SG$1). Ingatkan dah habis keterujaannya tu, tapi..
Best Malaysian athlete during the Games *OMG*
Terjumpa pulak dengan Ooi Tze Liang masa nak ke pemeriksaan imigresen di CIQ JB. Starstruck giler kateko. Yalah, 4 emas kot dia balun. Siapa tak suka, kan.

Lepas tu saya lepak di JB City Square sampai malam. Naik tren jam 12, sampai di Segamat jam 4 pagi. Penat! Kaki ni.. ya ampun, sakit yang amat.. tapi rasanya semua tu berbaloi.

Menyaksikan Sukan SEA ke-28 di Singapura ni ialah antara 'bukcet list' saya untuk tahun ni. Alhamdulillah sebab dapat lunaskannya. :)

Jadi sekarang ni, bucket list seterusnya ialah menjadi sebahagian daripada keluarga Sukan SEA bila edisi ke-29 singgah di Kuala Lumpur pada 2017 nanti. Tak sabar! :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan