Jumaat, 15 April 2016

Minda Otai

Halu semuanya!

Seperti biasalah, sebab tak sempat punya pasal terpaksalah ditunda segala cerita bulan lepas ke bulan ini ๐Ÿ˜‚. So, let's get straight to the point.

25 MAC 2016 (JUMAAT)
Seperti biasa kalau Jumaat pagi saya akan bermastautin di kolej 'coz I have no life sebab senang nak buat kerja & solat Jumaat, tapi hari tu lain sikit. Ada taklimat latihan industri (or in my case, teaching practicum). Dah habis tu, kembali ke rutin biasa sampailah ke petang. Lepas tu, bergeraklah saya ke Platinum Sentral sebab dah diajak Redza (my classmate) untuk menonton beberapa filem pendek anjuran Kelab Seni Filem Malaysia. Dah alang-alang tak ada nak dibuat, layankan je lah.
Sampai kt situ (& selepas menunggu dalam setengah jam), dapatlah juga mengambil tempat. Lepas tu mata saya tertancap (<--- i="">a legit word; tengok kamus) kepada satu figura ni. Muka macam kenal. Bila ditanya, betul tekaan saya (more on that later). Sesi tontonan (percuma, BTW) bermula kira-kira jam 9.15 malam. Kalau ikutkan ada 4 filem pendek yang nak ditayangkan, tapi tak sampai 10 minit filem pendek pertama (tajuknya lagi panjang daripada jangka hayat serangga) dipaparkan, terus tergendala. Wakil penganjur terus datang & memaklumkan yang sesi tontonan ni terpaksa dibatalkan sebab belum dapat kelulusan LPF. Hanya ๐Ÿ˜‘ yang mampu dizahirkan. Why lah you didn't ask for their clearance first? Nan hado. Nasib baiklah, pada penghujung acara yang 'maha' pendek tu, sempat juga saya berselfie.
Dain Iskandar Said
Ingat tak saya cakap pasal muka yang macam kenal tu? Well, this is the man behind the award-winning film Bunohan. Agak teruja bila dapat bersua muka, lagi-lagi sebab filem arahannya Interchange akan muncul tahun ni.

26 MAC 2016 (SABTU)
Paginya tu, ada kenduri di rumah saudara Syuhadah (my college friend) di Kajang. Lepas tu saya bergerak pula ke Maju Junction sebab ada Kota Kata anjuran Perbadanan Kota Buku (again, Redza yang ajak). Ada banyak jualan buku indie dan persembahan pentas. Namun, satu-satunya antara sebab utama saya datang ialah kehadiran Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan. Mendengar deklamasi sajak beliau cukup mengujakan.
I think she should be called 'Sasterawati Negara'

Dah habis segalanya, maka tamatlah hujung minggu terakhir saya untuk Mac.

Maka kesimpulannya, err... perlu ke ada kesimpulan? I don't know.
Just look at this post's title, & you might get it.
Chao.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan