Sabtu, 16 April 2016

MPU2412 (sangat!)

OK, here we go again. Nasib baiklah entri kali ni tak terlajak sangat (masih dalam bulan April πŸ˜…).

Bila dah nak penghujung semester 5 ni, banyak pulak subjek (padahal 2 je) yang memerlukan aktiviti luar, iaitu Language Plan/Event dan juga Khidmat Masyarakat (obviously). Jadi untuk Khidmat Masyarakat (kod: MPU2412), satu kelas kena rancang apa nak kena buat. 

Kalau yang tipikalnya, bersihkan su(rau/ngai/ka hati lah). Pensyarah kata, kalau kita sertai apa-apa aktiviti luar yang dah ada pun boleh, asalkan kita tolong mana yang patut. Jadi pada mulanya, kami rancang nak buat sesi dengan orang asli kt Broga. Namun kertas kerja yang tu ditolak atas 'faktor keselamatan' (apakah?), maka terpaksalah fikir benda lain. Nasib baik Fatin Aqilah (1 of my classmates) ada sepupu yang kerja dengan Rhythm Productions (I assume). Kebetulan pula ada sidang media sempena UEFA EURO 2016 anjuran Astro yang mereka kena uruskan. Apa lagi, tumpang sekaki lah, kan? Agak 'panas' jugalah pada mulanya sebab kertas kerja yang ni pun hampir ditolak sebab 'tak nampak macam Khidmat Masyarakat' (you know what? karenah birokrasi ni boleh GTH whatevs). Mujur kami cuma perlukan hanya satu tandatangan untuk mohon keizinan *hergh* (bukan apa, dah lah tak payah keluar duit, dapat elaun makan+pengangkutan lagi daripada penganjur.. so why not kan?).

Apa-apa pun, tibalah harinya untuk ke Sunway Pyramid pada 7 April. Sebelum tu pembahagian tugas dah dibuat - ramai yang jadi tukang sorak, ada yang jaga stesen permainan interaktif, ada yang edarkan risalah. Sebab gabung sekali dengan warga budak Corp. Comm., maka meriahlah rombongan cik Kiah.
Sampai sana, semua buat kerja masing-masing. Ceritanya macam ni: Khamis, tengah hari. Agak-agak ramai orang tak? You know the answer, right? πŸ˜“ Rasanya yang banyak pun cuma cengkerik (IYKWIM). Sudahnya, dalam kebanyakan masa, kamilah yang jaga stesen, kamilah yang main, kamilah yang menang hadiah πŸ˜‚.
Malas nak memenuhkan entri ni, maka kita kolajkan saja foto-foto ini
Walau pun jam 11.30 pagi dah mula, acara utama hanya berlaku pada jam 3.15 petang bila sesi sidang media rasmi diadakan. Masa tu lah baru penuh dengan orang ramai.
Ada Henry Tan (Ketua Pegawai Operasi Astro) dan Fernando Morientes (yeay?).
Yang kt kiri kanan tu sebenarnya nak pergi jumpa Vladimir Putin, tapi tersesat sampai ke sini.
Sekadar untuk makluman, Astro ni lah yang jadi penyiar rasmi untuk EURO 2016 ni, dengan kesemua 51 perlawanan dipaparkan dalam definisi tinggi (iklan tak berbayar). Oh ya, dah alang-alang ada Fernando JosΓ© Morientes ni, ada sesi soal jawab lah,  bertemu peminat lah. Secara jujurnya saya tak kenal pun mat Sepanyol ni (mungkin pernah dengar nama), tapi sebab tak ramai orang pun, maka marilah kita menyempatkan diri.
I don't know why, but I'm pretty sure someone's gonna get jealous out there after seeing this pic :3
Acara berakhir dalam jam 7.30 malam. Balik ke kolej & terus ke hostel, & it's a wrap! Agak penat sebab cuaca, tapi agak puas sebab suasana santai sepanjang hari tu (OK fine, the college admin did have a point).

I will end this post with a lousy pic I took at the photo booth during the event.
A very stylish mugshot compilation πŸ˜‚
As they say it in France, au revoir!

1 ulasan: