Ahad, 31 Julai 2016

Cikgu Syafiq

#TakNakCeritaPanjangSebabTakAdaMasa

Bila bermulanya semester baharu ni, macam-macam perkara bermain di fikiran. Apa yang paling penting sekarang ini ialah untuk membiasakan diri dengan panggilan yang sama selama lebih kurang 90 hari.

SK Taman Muda menjadi tempat kerja. So far so good. Alhamdulillah, walau pun dapat sesi petang (WHY?) tapi bila yakin dengan perancangan-Nya, nescaya hikmahnya tu akan datang kemudian. Guru-gurunya baik, masa mengajar pun tidak membebankan, hari sukan dah lepas (eh?)... a number of perks can be found instantly.

Mungkin terlalu awal untuk katakannya, tapi saya rasa mengajar kelas 2 Dedikasi nanti akan jadi momen yang akan saya kenang untuk jangka masa yang lama. People say, time flies when you're having fun. That's my hope - to have fun until I realize that it's time for me to bid farewell.

Buat masa ini, teruskan hidup seperti biasa (macam tragis sangat je bunyinya) & siapkan lesson plan (!). Akhir kalam, lihatlah karya pelajar 7 tahun yang hanya tersengih bila ditanya, "awak lukis gambar cikgu ea?"


Class dismissed.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan