Ahad, 31 Julai 2016

Jom Heboh (?)

#KisahPendek

Sejak 2003, benda alah ni dah wujud. Dulu namanya lain; bila ada orang bahasa bising, ditukar pula kepada yang lebih Melayu. Seantero Malaysia dah dijelajah - atas, bawah, kiri & kanan.

Berbelas tahun lepas tu, baru-baru ni dapatlah juga akhirnya saya menyinggah di situ. Bukit Jalil je kot, nasib baik tak jauh. Kali pertama datang, rasa macam pesta buku (without the buku lah) & sememangnya panas (!).

Agak hambar jugalah sebab tak banyak gerai yang menarik, & kalau ada pun yang jual makanan, banyak yang dah siap bungkus. Tak bagi nak pilih sendiri perisa yang berkenan di hati (cc: Tasto & Jacker).

Dalam pada tu, sempat juga melunas dendam di Perdanasiswa 2 tahun lepas.

...
& I'm done.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan