Selasa, 29 November 2016

No Happy Meal, Still A Happy Guy

Marhaba.

Pada 14 November 2012, satu siri serangan yang dikenali sebagai ''Amรบd สฟAnรกn' dilancarkan oleh rejim Zionis (rejim Z) ke atas semenanjung Gaza & berlarutan selama 8 hari. Ratusan menjadi korban, ribuan mengalami kecederaan. Seperti lazimnya, bantahan besar-besaran diadakan di seluruh dunia bagi mengecam tindakan tersebut.
Saya juga ada mengarang puisi untuk menzahirkan simpati pada masa itu. Klik pada imej di atas untuk membacanya.
Ada juga yang menyeru supaya syarikat perniagaan pro-Zionis diboikot, terutamanya McDonald's. Saya antara individu yang terpanggil untuk menyahut seruan tersebut.
And guess what?
4 years later, I'm still on that 'boycott boat'.

Ya, sudah lebih 1460 hari saya tidak menjamah walau sekeping pun kentang goreng McD. Mesti ramai yang tak percaya, kan? Tanyalah ahli keluarga & rakan-rakan kolej saya kalau mahukan kepastian ๐Ÿ˜€. Jadi, sempena meraikan ulang tahun ke-4 saya menjadi bebas 'MekDi' ni, eloklah kiranya jika saya berkongsi perspektif berkaitan hal boikot-memboikot ni ya.
As usual, if we're not on the same page, let's agree to disagree, OK? :)

Gerakan memboikot ini sering kali kita dengar, terutamanya apabila adanya serangan ke atas Palestin oleh rejim Z. Baru-baru ni pun istilah itu diguna pakai disebabkan situasi yang lebih dekat jaraknya dengan Malaysia, sehinggakan nak main bola pun kena tanya Parlimen. Dalam isu Palestin, gerakan ini diketuai oleh BDS Movement. BDS merupakan singkatan kepada 'Boycott, Divestment, Sanctions' (boikot, menarik balik pelaburan, sekatan ekonomi) yang diharap akan memberi tekanan kepada rejim Z untuk menghentikan tindakan ketenteraan terhadap Palestin.

Dalam kalangan orang kita, ada yang menyokong usaha ini & ada pula yang bersikap waham (BI: skeptical). Oleh itu, marilah kita lihat apa yang dihujahkan oleh kedua-dua belah pihak ini (fokus kita hanyalah McD je, ea).

Pihak yang menyokong usaha boikot ini didorong oleh sentimen tanggung jawab sesama Muslim, selain membantah pencabulan hak asasi manusia yang sudah lama berlaku di bumi Palestin. Aqsa Syarif misalnya, mengemukakan bukti yang menunjukkan francais McD di Malaysia masih ada kaitan dengan gerakan pro-Zionis. Anda boleh Google sendiri apa-apa yang patut kalau kurang yakin dengan penerangan di laman sesawang mereka.

Pihak yang sebaliknya pula menegaskan kesan boikot terhadap pembangunan ekonomi serta peluang kerja orang tempatan. Anda boleh lihat hujah mereka di sini dan sini. Malah, menteri kita yang 'tall, dark, & handsome' pun ada mengeluarkan kenyataan berkaitan.
Diambil daripada Astro Awani. Klik pada imej di atas untuk berita sepenuhnya.
Ada juga yang menempelak sikap tidak konsisten orang kita dalam memboikot sehingga boleh wujud istilah 'boikot bermusim', iaitu hanya menghidari McD apabila berlaku serangan ke atas Gaza & bukan pada hari-hari biasa. Mereka juga bersikap sinis dengan bertanya, "kenapa tak boikot sekali Facebook, Starbucks, dan yang seumpama dengannya?"
Bagi soalan yang terakhir tu, pihak BDS Movement ada memberikan penerangan grafik di laman sesawang mereka.
'boikot asing-asing' vs 'boikot kolektif'
Menurut BDS Movement, adalah lebih baik jika secara kolektifnya usaha boikot ditumpukan kepada satu entiti perniagaan (semua boikot A) berbanding jika dibuat secara berasingan (kau boikot A, aku boikot B, dia boikot C) kerana tekanan kewangan itu akan lebih ketara.

OKlah. Kalau ikutkan, banyak lagi sebenarnya hujah yang boleh saya gali daripada kedua-dua belah pihak (BI: both sides of the argument), tapi saya berhenti sampai di sini sahaja; kalau nak lagi fakta, pandai-pandailah Google sendiri, ea.

Tiba masa untuk menyelitkan elemen peribadi pula. Selepas 4 tahun berlalu, saya sudah biasa dengan ketiadaan McD dalam menu mingguan/bulanan. Kalau ada kawan yang mengajak makan di McD, saya ikut sahaja & menjadi pemerhati. Lama-kelamaan mereka faham dengan polisi saya tu. Saya cuba bersikap optimis/bersangka baik - mereka makan di McD, tapi mungkin mereka taklah ketagih Milo macam saya ๐Ÿ˜‚. Mungkin juga mereka lagi banyak menderma kepada Viva Palestina kalau nak dibandingkan dengan saya.
Ada kalanya juga saya dikritik kerana cuba 'membunuh' punca rezeki orang kita yang bekerja di McD. Bagi saya, rezeki itu ada di mana-mana, lagi-lagi di Malaysia ni (saya pernah nyatakan di sini dan sini). Mungkin restoran McD tu boleh ditukar kepada Marrybrown atau burger Ramly; mana tahu, kan? 

OK. Andai katalah segala fakta yang mengaitkan McD dengan rejim Z terbukti salah & palsu, adakah saya akan berhenti memboikotnya selepas lebih daripada 4 tahun?
Of course not.
Anggaplah saya ni macam dah 4 tahun berhenti daripada tabiat merokok. Takkan nak dipaksa saya untuk kembali ke tabiat tu, kan? Lagi pun kalau bukan kerana Zionis pun, boikot McD merupakan sesuatu yang logik untuk dilakukan dari segi kesihatan. Isu penghasilan makanan McD agak heboh juga 2-3 tahun yang lalu sehinggakan chef selebriti terkenal Jamie Oliver pernah membuat exposรฉ tentangnya.
Laporan daripada CBS. Klik imej di atas untuk berita sepenuhnya.
Anda boleh tonton video penuh pendedahan tersebut di sini. Jamie juga menggesa agar acara sukan besar dunia tidak lagi menjadikan McD sebagai antara penaja utamanya.
Kalau secara umumnya pun, kita memang tahu bahawa makanan segera seperti McD ni tak elok untuk badan kita jika selalu sangat ditelan. Sebab tu lah saya tak minum Coca Cola (satu lagi jenama yang dikatakan pro-Zionis), selain daripada Starbucks (simply because I'm not a coffee person ๐Ÿ˜€).

Akhir kalam, tindakan memboikot apa-apa pun bergantung kepada diri kita sendiri secara asasnya. Beberapa persoalan harus kita jawab dalam menjustifikasikan perlakuan tersebut (mengapa? apa kesannya? ada faedahkah?). Jika kita ingin orang lain ikut serta, ajak secara elok (& berserta hujah), bukannya memaksa (& berpaksikan emosi). Dalam soal ini, saya suka untuk berkongsi coretan daripada satu blog yang saya jumpa di sini. Begitu santun kaedah yang diutarakan dalam usaha kita membantu insan yang lemah tanpa menindas insan yang lain.

Apa jua tindakan/perlakuan yang kita buat akan ada kesan terhadap diri sendiri & orang di sekeliling. Adalah penting agar kita gembira/berpuas hati dengan kesan tersebut & dalam masa yang sama tidak mengganggu, malah lebih membantu orang lain.
As a Malaysian, it would be a total lie to say that food isn't one of the sources of happiness.
But you know what would make me happier?
My passport. And a flight ticket to Europe.
*tetiba*

Here's to another 4 years (& beyond) of McD-free.
I hope by that time, it'll be Palestine's turn to be Zionist-free.

Ma'as Salama. #PrayForGaza

Ahad, 20 November 2016

16 Jumaat Kemudian...

๐Ÿ““๐Ÿ“–๐Ÿ““

Sebelum ini saya pernah bercerita tentang tugasan saya semester ini, iaitu mengukuhkan pernyataan "itulah pentingnya English education" *angkat tangan macam saya*. (kalau rasa tak lawak, untuk kesekian kalinya: kisah pulak aku? ๐Ÿ˜›)

Baiklah. Sedar atau tak, 16 minggu berlalu & akhirnya tamatlah sudah kembara saya sebagai guru praktikum di SK Taman Muda (SKTM). Macam-macam yang dah saya tempuhi, sama ada baik mahu pun buruk. Maka, dah alang-alang ada banyak masa terluang sekarang, molek kiranya kalau saya kongsikan apa yang (mungkin) terbuku di dalam jiwa semenjak 4 bulan yang lepas ini.

Pada mulanya rasa agak terganggu sedikit emosi (#Gedik) bila dapat tahu yang saya akan mengajar pada sesi petang. Terencat jugalah perancangan nak merayap lepas sekolah, tapi lama-kelamaan rutin itu dah dibiasakan & apa yang agak mengejutkan ialah saya sukakannya sebab bila dah tak dapat nak merayap, jimat sikit fulus๐Ÿ’ฒ๐Ÿ’ฒ๐Ÿ’ฒ.

Dari segi urusan dengan guru-guru (terutamanya sesi petang), Alhamdulillah tiada masalah kerana mereka amat membantu dan sentiasa mesra dalam berinteraksi. Biasalah, kalau jadi orang baharu di sekolah, kenalah ringankan tangan membantu apa-apa yang patut. I was glad to do just that without any major complaint.

Bila berdepan dengan budak-budak pula, well... Kalau ikutkan malas nak cerita. Kalau dengan mereka yang elok perangainya, tak ada masalah pun. Kalau dengan mereka yang mentaliti dah sama tahap dengan geng baju merah *eh?*, memang taklah aku nak bagi muka, kan? Sikap garang saya di dalam kelas bukanlah suatu rahsia dalam kalangan warga 2 Dedikasi. Tak percaya? Check this out:
.
Their honest (& anonymous) opinion on my third last day in school
Secara keseluruhannya, sering kali saya nyatakan: tak ada niat untuk saya jadikan guru sebagai kerjaya tetap. Cukup-cukuplah ada 3 ahli keluarga yang tempat kerjanya ialah di sekolah. Let me choose a different path & get out of the comfort zone/safe space.

Apa-apa pun, pengalaman di SKTM sememangnya akan saya kenang, bukan sahaja kerana input yang diperoleh tetapi juga kerana suatu hakikat yang membugar takjub dalam minda. Setiap pagi, saya bangun memikirkan betapa tuhan memahukan saya berada di SKTM atas beberapa kebetulan yang akhirnya saya anggap sebagai takdir untuk saya menapak di situ:
๐Ÿ”น Bila saya dapat tahu bahawa Cg. Ruzita adalah rakan semaktab kepada Cg. Johari Marsan (kenalan Abah a.k.a. guru tuisyen Sains UPSR saya), itu mungkin satu kebetulan.
๐Ÿ”น Bila Cg. Hjh. Rohanah memaklumkan yang dia pernah berbalas-balas mesej WhatsApp dengan KakLong tentang percutian di Perth, OK... another coincidence.
๐Ÿ”น Bila Cg. Norawida minta saya bergambar dengan seorang murid darjah 3 kerana rupa kami yang agak serupa (his name is also Syafiq, BTW), I told myself "this is too much of a coincidence".
#TeamSkema
๐Ÿ”น Bila saya masuk ke kelas 2 Dedikasi buat pertama kali & mendapati salah seorang daripada mereka bernama Syafiq Ashraf, OK.. that's it. It is my destiny to be here.
Keberadaan saya di SKTM tidak dapat dinafikan lagi signifikasinya - not really the best moments in my life, but certainly not the worst either.

Buat guru-guru SKTM, terima kasih atas kesudian menerima saya dalam diari kehidupan anda sepanjang 4 bulan yang lalu ini. Segala salah silap dalam menjalankan amanah di sana amatlah saya kesali, & segala khidmat yang diberi sesungguhnya saya hulurkan dengan rasa rela & gembira.

Buat murid-murid SKTM, TBH I will try my best to forget some of you (who are definitely not worth remembering). Maaf sebab agak sadis, tapi itulah realiti yang ingin saya luahkan. At certain point, I was forced to be nice to those ignorant brats who wouldn't even bother to thank me later onKerap kali saya diingatkan oleh pensyarah, "jangan dipukul budak-budak tu kalau mereka kurang ajar, nanti parents bising". With all due respect, those 'parents' can GTH.
Banyak kisah serupa yang dah jadi viral 2-3 minggu yang sudah. Sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka sudah lama menjadi isu berbangkit & terus menjadi masalah di sekolah (SKTM included). Keadaan sebegini membuatkan saya hanya fokus kepada murid yang benar-benar ingin belajar di dalam kelas (shout-out to Hafiy, Erriana, Damia, & Seri). Budak-budak yang hanya tahu bergaduh & mencarut semasa saya mengajar? Lantak kaulah. Mak ayah suruh pergi sekolah untuk belajar, kan? Kalau disuruh siapkan kerja pun tak nak, baik jangan datang; tak payah nak menambahkan migrain cikgu-cikgu veteran kt sekolah (yang dah sedia migrain disebabkan DLP, LINUS, format UPSR, serta banyak lagi kegedikan pihak di Blok E8, Kompleks E).

16 minggu di sekolah cukup untuk saya memahami betapa kerjaya guru masih lagi diperlekeh oleh ibu bapa (tak semua, tapi ada lah beberapa) hanya kerana mereka kononnya dapat merasa banyak musim cuti. Tanpa disedari, guru lah jururawat, tukang sapu sampah, juruteknik, pengasuh & juga (ada kalanya) mesin wang kepada murid-murid ini. Namun apa yang orang luar nampak hanyalah "cikgu, anak saya tak dapat A ni sebab cikgu tak reti ajar ke?", sedangkan si anak tu setiap masa kalau boleh nak tunjuk jari tengah dekat kawan-kawan. Perkataan carut/lucah apa yang anda boleh fikirkan dalam BM? Kids as early as Year 1 know that (& maybe even more). Budak-budak yang bermasalah sebegini kebanyakannya datang daripada keluarga yang berkrisis - ayah masuk penjara lah, mak dah bercerai lah, bla bla bla. Institusi kekeluargaan itu sendiri adalah titik permulaan kepada sejauh mana anak-anak ini akan berjaya dalam pelajaran, bukannya pihak sekolah. Orang atasan pula, tak payahlah nak paksa sekolah untuk kejar NKRA lah, KPI lah, yada yada yada. Apa guna prestasi akademik tinggi ke awan tapi sahsiah murid lagi teruk daripada Sekolah Henry Gurney?

Haih, kalau ikutkan banyak lagi nak dibebelkan sebenarnya. Let's save that for later. Apa yang pasti, warga pendidik tak kira di mana jua akan terus saya sanjung & hormat, lebih-lebih lagi selepas merasa pengalaman menjadi sebahagian daripada mereka walau pun seketika. Sekali lagi, terima kasih SKTM atas pengalaman yang bermakna & menambah cabang kepada perkspektif saya berkenaan masa depan kita secara kolektifnya.

Class dismissed!

P.S.: Andai ada yang terasa hati sepanjang membaca coretan kali ini, jutaan ampun & maaf ya. I've to admit I typed this with a lil bit of overwhelming emotion.