Ahad, 20 November 2016

16 Jumaat Kemudian...

📓📖📓

Sebelum ini saya pernah bercerita tentang tugasan saya semester ini, iaitu mengukuhkan pernyataan "itulah pentingnya English education" *angkat tangan macam saya*. (kalau rasa tak lawak, untuk kesekian kalinya: kisah pulak aku? 😛)

Baiklah. Sedar atau tak, 16 minggu berlalu & akhirnya tamatlah sudah kembara saya sebagai guru praktikum di SK Taman Muda (SKTM). Macam-macam yang dah saya tempuhi, sama ada baik mahu pun buruk. Maka, dah alang-alang ada banyak masa terluang sekarang, molek kiranya kalau saya kongsikan apa yang (mungkin) terbuku di dalam jiwa semenjak 4 bulan yang lepas ini.

Pada mulanya rasa agak terganggu sedikit emosi (#Gedik) bila dapat tahu yang saya akan mengajar pada sesi petang. Terencat jugalah perancangan nak merayap lepas sekolah, tapi lama-kelamaan rutin itu dah dibiasakan & apa yang agak mengejutkan ialah saya sukakannya sebab bila dah tak dapat nak merayap, jimat sikit fulus💲💲💲.

Dari segi urusan dengan guru-guru (terutamanya sesi petang), Alhamdulillah tiada masalah kerana mereka amat membantu dan sentiasa mesra dalam berinteraksi. Biasalah, kalau jadi orang baharu di sekolah, kenalah ringankan tangan membantu apa-apa yang patut. I was glad to do just that without any major complaint.

Bila berdepan dengan budak-budak pula, well... Kalau ikutkan malas nak cerita. Kalau dengan mereka yang elok perangainya, tak ada masalah pun. Kalau dengan mereka yang mentaliti dah sama tahap dengan geng baju merah *eh?*, memang taklah aku nak bagi muka, kan? Sikap garang saya di dalam kelas bukanlah suatu rahsia dalam kalangan warga 2 Dedikasi. Tak percaya? Check this out:
.
Their honest (& anonymous) opinion on my third last day in school
Secara keseluruhannya, sering kali saya nyatakan: tak ada niat untuk saya jadikan guru sebagai kerjaya tetap. Cukup-cukuplah ada 3 ahli keluarga yang tempat kerjanya ialah di sekolah. Let me choose a different path & get out of the comfort zone/safe space.

Apa-apa pun, pengalaman di SKTM sememangnya akan saya kenang, bukan sahaja kerana input yang diperoleh tetapi juga kerana suatu hakikat yang membugar takjub dalam minda. Setiap pagi, saya bangun memikirkan betapa tuhan memahukan saya berada di SKTM atas beberapa kebetulan yang akhirnya saya anggap sebagai takdir untuk saya menapak di situ:
🔹 Bila saya dapat tahu bahawa Cg. Ruzita adalah rakan semaktab kepada Cg. Johari Marsan (kenalan Abah a.k.a. guru tuisyen Sains UPSR saya), itu mungkin satu kebetulan.
🔹 Bila Cg. Hjh. Rohanah memaklumkan yang dia pernah berbalas-balas mesej WhatsApp dengan KakLong tentang percutian di Perth, OK... another coincidence.
🔹 Bila Cg. Norawida minta saya bergambar dengan seorang murid darjah 3 kerana rupa kami yang agak serupa (his name is also Syafiq, BTW), I told myself "this is too much of a coincidence".
#TeamSkema
🔹 Bila saya masuk ke kelas 2 Dedikasi buat pertama kali & mendapati salah seorang daripada mereka bernama Syafiq Ashraf, OK.. that's it. It is my destiny to be here.
Keberadaan saya di SKTM tidak dapat dinafikan lagi signifikasinya - not really the best moments in my life, but certainly not the worst either.

Buat guru-guru SKTM, terima kasih atas kesudian menerima saya dalam diari kehidupan anda sepanjang 4 bulan yang lalu ini. Segala salah silap dalam menjalankan amanah di sana amatlah saya kesali, & segala khidmat yang diberi sesungguhnya saya hulurkan dengan rasa rela & gembira.

Buat murid-murid SKTM, TBH I will try my best to forget some of you (who are definitely not worth remembering). Maaf sebab agak sadis, tapi itulah realiti yang ingin saya luahkan. At certain point, I was forced to be nice to those ignorant brats who wouldn't even bother to thank me later onKerap kali saya diingatkan oleh pensyarah, "jangan dipukul budak-budak tu kalau mereka kurang ajar, nanti parents bising". With all due respect, those 'parents' can GTH.
Banyak kisah serupa yang dah jadi viral 2-3 minggu yang sudah. Sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka sudah lama menjadi isu berbangkit & terus menjadi masalah di sekolah (SKTM included). Keadaan sebegini membuatkan saya hanya fokus kepada murid yang benar-benar ingin belajar di dalam kelas (shout-out to Hafiy, Erriana, Damia, & Seri). Budak-budak yang hanya tahu bergaduh & mencarut semasa saya mengajar? Lantak kaulah. Mak ayah suruh pergi sekolah untuk belajar, kan? Kalau disuruh siapkan kerja pun tak nak, baik jangan datang; tak payah nak menambahkan migrain cikgu-cikgu veteran kt sekolah (yang dah sedia migrain disebabkan DLP, LINUS, format UPSR, serta banyak lagi kegedikan pihak di Blok E8, Kompleks E).

16 minggu di sekolah cukup untuk saya memahami betapa kerjaya guru masih lagi diperlekeh oleh ibu bapa (tak semua, tapi ada lah beberapa) hanya kerana mereka kononnya dapat merasa banyak musim cuti. Tanpa disedari, guru lah jururawat, tukang sapu sampah, juruteknik, pengasuh & juga (ada kalanya) mesin wang kepada murid-murid ini. Namun apa yang orang luar nampak hanyalah "cikgu, anak saya tak dapat A ni sebab cikgu tak reti ajar ke?", sedangkan si anak tu setiap masa kalau boleh nak tunjuk jari tengah dekat kawan-kawan. Perkataan carut/lucah apa yang anda boleh fikirkan dalam BM? Kids as early as Year 1 know that (& maybe even more). Budak-budak yang bermasalah sebegini kebanyakannya datang daripada keluarga yang berkrisis - ayah masuk penjara lah, mak dah bercerai lah, bla bla bla. Institusi kekeluargaan itu sendiri adalah titik permulaan kepada sejauh mana anak-anak ini akan berjaya dalam pelajaran, bukannya pihak sekolah. Orang atasan pula, tak payahlah nak paksa sekolah untuk kejar NKRA lah, KPI lah, yada yada yada. Apa guna prestasi akademik tinggi ke awan tapi sahsiah murid lagi teruk daripada Sekolah Henry Gurney?

Haih, kalau ikutkan banyak lagi nak dibebelkan sebenarnya. Let's save that for later. Apa yang pasti, warga pendidik tak kira di mana jua akan terus saya sanjung & hormat, lebih-lebih lagi selepas merasa pengalaman menjadi sebahagian daripada mereka walau pun seketika. Sekali lagi, terima kasih SKTM atas pengalaman yang bermakna & menambah cabang kepada perkspektif saya berkenaan masa depan kita secara kolektifnya.

Class dismissed!

P.S.: Andai ada yang terasa hati sepanjang membaca coretan kali ini, jutaan ampun & maaf ya. I've to admit I typed this with a lil bit of overwhelming emotion.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan