Selasa, 29 November 2016

No Happy Meal, Still A Happy Guy

Marhaba.

Pada 14 November 2012, satu siri serangan yang dikenali sebagai ''Amúd ʿAnán' dilancarkan oleh rejim Zionis (rejim Z) ke atas semenanjung Gaza & berlarutan selama 8 hari. Ratusan menjadi korban, ribuan mengalami kecederaan. Seperti lazimnya, bantahan besar-besaran diadakan di seluruh dunia bagi mengecam tindakan tersebut.
Saya juga ada mengarang puisi untuk menzahirkan simpati pada masa itu. Klik pada imej di atas untuk membacanya.
Ada juga yang menyeru supaya syarikat perniagaan pro-Zionis diboikot, terutamanya McDonald's. Saya antara individu yang terpanggil untuk menyahut seruan tersebut.
And guess what?
4 years later, I'm still on that 'boycott boat'.

Ya, sudah lebih 1460 hari saya tidak menjamah walau sekeping pun kentang goreng McD. Mesti ramai yang tak percaya, kan? Tanyalah ahli keluarga & rakan-rakan kolej saya kalau mahukan kepastian 😀. Jadi, sempena meraikan ulang tahun ke-4 saya menjadi bebas 'MekDi' ni, eloklah kiranya jika saya berkongsi perspektif berkaitan hal boikot-memboikot ni ya.
As usual, if we're not on the same page, let's agree to disagree, OK? :)

Gerakan memboikot ini sering kali kita dengar, terutamanya apabila adanya serangan ke atas Palestin oleh rejim Z. Baru-baru ni pun istilah itu diguna pakai disebabkan situasi yang lebih dekat jaraknya dengan Malaysia, sehinggakan nak main bola pun kena tanya Parlimen. Dalam isu Palestin, gerakan ini diketuai oleh BDS Movement. BDS merupakan singkatan kepada 'Boycott, Divestment, Sanctions' (boikot, menarik balik pelaburan, sekatan ekonomi) yang diharap akan memberi tekanan kepada rejim Z untuk menghentikan tindakan ketenteraan terhadap Palestin.

Dalam kalangan orang kita, ada yang menyokong usaha ini & ada pula yang bersikap waham (BI: skeptical). Oleh itu, marilah kita lihat apa yang dihujahkan oleh kedua-dua belah pihak ini (fokus kita hanyalah McD je, ea).

Pihak yang menyokong usaha boikot ini didorong oleh sentimen tanggung jawab sesama Muslim, selain membantah pencabulan hak asasi manusia yang sudah lama berlaku di bumi Palestin. Aqsa Syarif misalnya, mengemukakan bukti yang menunjukkan francais McD di Malaysia masih ada kaitan dengan gerakan pro-Zionis. Anda boleh Google sendiri apa-apa yang patut kalau kurang yakin dengan penerangan di laman sesawang mereka.

Pihak yang sebaliknya pula menegaskan kesan boikot terhadap pembangunan ekonomi serta peluang kerja orang tempatan. Anda boleh lihat hujah mereka di sini dan sini. Malah, menteri kita yang 'tall, dark, & handsome' pun ada mengeluarkan kenyataan berkaitan.
Diambil daripada Astro Awani. Klik pada imej di atas untuk berita sepenuhnya.
Ada juga yang menempelak sikap tidak konsisten orang kita dalam memboikot sehingga boleh wujud istilah 'boikot bermusim', iaitu hanya menghidari McD apabila berlaku serangan ke atas Gaza & bukan pada hari-hari biasa. Mereka juga bersikap sinis dengan bertanya, "kenapa tak boikot sekali Facebook, Starbucks, dan yang seumpama dengannya?"
Bagi soalan yang terakhir tu, pihak BDS Movement ada memberikan penerangan grafik di laman sesawang mereka.
'boikot asing-asing' vs 'boikot kolektif'
Menurut BDS Movement, adalah lebih baik jika secara kolektifnya usaha boikot ditumpukan kepada satu entiti perniagaan (semua boikot A) berbanding jika dibuat secara berasingan (kau boikot A, aku boikot B, dia boikot C) kerana tekanan kewangan itu akan lebih ketara.

OKlah. Kalau ikutkan, banyak lagi sebenarnya hujah yang boleh saya gali daripada kedua-dua belah pihak (BI: both sides of the argument), tapi saya berhenti sampai di sini sahaja; kalau nak lagi fakta, pandai-pandailah Google sendiri, ea.

Tiba masa untuk menyelitkan elemen peribadi pula. Selepas 4 tahun berlalu, saya sudah biasa dengan ketiadaan McD dalam menu mingguan/bulanan. Kalau ada kawan yang mengajak makan di McD, saya ikut sahaja & menjadi pemerhati. Lama-kelamaan mereka faham dengan polisi saya tu. Saya cuba bersikap optimis/bersangka baik - mereka makan di McD, tapi mungkin mereka taklah ketagih Milo macam saya 😂. Mungkin juga mereka lagi banyak menderma kepada Viva Palestina kalau nak dibandingkan dengan saya.
Ada kalanya juga saya dikritik kerana cuba 'membunuh' punca rezeki orang kita yang bekerja di McD. Bagi saya, rezeki itu ada di mana-mana, lagi-lagi di Malaysia ni (saya pernah nyatakan di sini dan sini). Mungkin restoran McD tu boleh ditukar kepada Marrybrown atau burger Ramly; mana tahu, kan? 

OK. Andai katalah segala fakta yang mengaitkan McD dengan rejim Z terbukti salah & palsu, adakah saya akan berhenti memboikotnya selepas lebih daripada 4 tahun?
Of course not.
Anggaplah saya ni macam dah 4 tahun berhenti daripada tabiat merokok. Takkan nak dipaksa saya untuk kembali ke tabiat tu, kan? Lagi pun kalau bukan kerana Zionis pun, boikot McD merupakan sesuatu yang logik untuk dilakukan dari segi kesihatan. Isu penghasilan makanan McD agak heboh juga 2-3 tahun yang lalu sehinggakan chef selebriti terkenal Jamie Oliver pernah membuat exposé tentangnya.
Laporan daripada CBS. Klik imej di atas untuk berita sepenuhnya.
Anda boleh tonton video penuh pendedahan tersebut di sini. Jamie juga menggesa agar acara sukan besar dunia tidak lagi menjadikan McD sebagai antara penaja utamanya.
Kalau secara umumnya pun, kita memang tahu bahawa makanan segera seperti McD ni tak elok untuk badan kita jika selalu sangat ditelan. Sebab tu lah saya tak minum Coca Cola (satu lagi jenama yang dikatakan pro-Zionis), selain daripada Starbucks (simply because I'm not a coffee person 😀).

Akhir kalam, tindakan memboikot apa-apa pun bergantung kepada diri kita sendiri secara asasnya. Beberapa persoalan harus kita jawab dalam menjustifikasikan perlakuan tersebut (mengapa? apa kesannya? ada faedahkah?). Jika kita ingin orang lain ikut serta, ajak secara elok (& berserta hujah), bukannya memaksa (& berpaksikan emosi). Dalam soal ini, saya suka untuk berkongsi coretan daripada satu blog yang saya jumpa di sini. Begitu santun kaedah yang diutarakan dalam usaha kita membantu insan yang lemah tanpa menindas insan yang lain.

Apa jua tindakan/perlakuan yang kita buat akan ada kesan terhadap diri sendiri & orang di sekeliling. Adalah penting agar kita gembira/berpuas hati dengan kesan tersebut & dalam masa yang sama tidak mengganggu, malah lebih membantu orang lain.
As a Malaysian, it would be a total lie to say that food isn't one of the sources of happiness.
But you know what would make me happier?
My passport. And a flight ticket to Europe.
*tetiba*

Here's to another 4 years (& beyond) of McD-free.
I hope by that time, it'll be Palestine's turn to be Zionist-free.

Ma'as Salama. #PrayForGaza

Tiada ulasan:

Catat Ulasan