What's up, 2016? Akhirnya tibalah detik untuk kita mendaftar keluar (BI: check out) daripada tahun yang kedua ribu enam belas selepas Masihi. Secara amnya, jika saya boleh takrifkan 2016 dalam satu perkataan, istilah yang tepat ialah:
CABARAN // CHALLENGE.
Sememangnya pelbagai dugaan yang penduduk segenap inci dunia telah hadapi - krisis kemanusiaan, undian yang memecah-belah, serangan pengganas, tidak ketinggalan juga pemergian ramai figura terkemuka. Ramai yang menganggap 2016 sebagai tahun terburuk dalam abad ke-21 disebabkan banyaknya peristiwa yang menyedihkan/menyakitkan hati. Oh ya, perkataan 'challenge' tu juga sesuai sebab tahun ni menyaksikan berlambak-lambak 'cabaran' di media sosial - jadi patunglah, jadi My Boolah.. pening menengoknya.
Namun secara peribadinya, saya meneruskan kehidupan seperti biasa & cuba untuk terus meneroka mana-mana tempat yang termampu. Ada gembira, risau, sakit jiwa, dan macam-macam lagi emosi. Saya nak cuba ingat semula apa yang dah berlaku sepanjang 366 hari, jadi kalau nak ikut, silakan. Kalau tak nak, tutup tetingkap (BI: tab) ni lepas tu buka balik ('coz your help in increasing my blog view is highly appreciated #Desperado 😂).
JANUARI
- Kembali ke KL untuk tahun terakhir diploma
FEBRUARI
- Berjumpa dengan Mr. Langkawi
MAC
- Listening to a particular TayTay song
APRIL
- Antara Bunohan dan Pulau Pinang
- So-called Khidmat Masyarakat
- Jadi rapper kt dalam kelas Psikologi
MEI
- Jadi Dora, tapi tak ada peta
JUN
- Went to another continent
JULAI
- Memulakan praktikum di SK Taman Muda
OGOS
- Merayakan tarikh signifikan di Dataran Merdeka
SEPTEMBER
- Meraikan kepelbagaian seni tampak & kata
- Antara teknologi dan budaya
OKTOBER
- Merasai suasana ala Larkin
NOVEMBER
- Tamat sudah tugas menanda buku
DISEMBER
- Sempat singgah ke Marikh naik MRT
Selain daripada rutin harian di kolej & sekolah, secara asasnya inilah yang telah saya alami sepanjang 2016 - tak banyak mana pun, tapi tetap mengujakan. Ramai insan baharu yang ditemui, yang sudah semestinya memberi impak dalam hidup ini. Seperti biasa juga, kompilasi selfie yang glamor gitu haruslah dipersembahkan, kan? *gedik* Kali ni, disebabkan ramai sangat (a personal record breaking 19 public figures), terpaksalah saya bahagikan kepada dua kolaj:
Dari atas, kiri: Andrea Guardini, Hafizal Hamat, Dain Iskandar Said, Datuk Dr. Zurinah Hassan, Diana Danielle, Nazim Othman, Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh, Ahmad Fedtri Yahya, Jonathan Putra |
Dari atas, kiri: Sufian Suhaimi, Siti Nordiana, Junior Eldstål, Farizal Marlias, Juan Martin Lucero, Jorge Pereyra Diaz, Aidil Zafuan, Dato' Jalaludin Hassan, Matluthfi, Zarul Umbrella |
Huh, tamatlah sudah 2016. Saya yakin semua berharap/berdoa agar 2017 yang akan tiba akan membawa lebih banyak aura positif & kegembiraan yang acap kali tertangguh pada 2016. Terima kasih kepada semua, mohon maaf andai terkhilaf, & kita jumpa lagi tahun depan! 😃
Tiada ulasan:
Catat Ulasan