Ahad, 28 September 2014

Plumbum + Kristal = Seksyen 7

Tak habis lagi al-kisah merayau-rayau ni.

Kali ni, giliran saya menjadi tour guide kepada KakLong dan kawannya yang datang dari Kuala 'Ganu dan singgah di KL sebelum balik ke Johor.

Nak puaskan hati akak-akak berdua tu, macam-macam lah tempat yang dituju: tingkat 41 & 86 Menara Berkembar Petronas, Pasar Seni, dan Jalan TAR (bukan jalan bertar).

Namun, apa yang menarik dalam 'lawatan' ni ialah bila kami pergi ke Seksyen 7 disebabkan keinginan kuat KakLong untuk ke Laman Seni. Saya dah banyak dengar pasal tempat tu & bunyinya amat menarik. So, let's go!

Laman Seni ni ialah satu inisiatif kerajaan Selangor untuk mengindahkan kawasan belakang kedai perniagaan & menjadikannya suatu lokasi penuh kreativiti. Hasil mural yang ada di sini kebanyakannya dibuat oleh pelajar UiTM Shah Alam. Tak jauh dari Jakel, cuma agak tersorok sikit. Pandai-pandailah cari ea.

Bila dah sampai, banyak mural kreatif sampai tak tahu nak bergambar dengan yang mana satu dulu.
Logo Laman Seni..
Go on. Laugh at me. We'll see who's laughing in the end.
Jadi Mario versi kurus kejap.
Let me fly with you..
Dah puas berseni tu, KakLong ajak ke Kafe Kimia (Chemistry Café) juga di Seksyen 7, cuma jauh sikit dari Laman tu. Seunik namanya, unik juga konsepnya. Nampak macam kedai kopi biasa, tapi para pelayannya pakai lab coat. Nak lagi unik, makanan dan minumannya dihidangkan di dalam radas yang kita biasa guna di makmal. Never really thought of drinking a smoothies from a conical flask. Rasa macam minum campuran toksik pulak. :3
Buat pertama kali rasanya, saya dapat tahu dengan tepat isipadu air yang saya minum. :P
Dah habis tu, apa lagi.. terkejar-kejar (ala-ala The Amazing Race) untuk ke TBS sebab tiket pulang kami ialah pada 7.30 malam. Nasib baik sempat, sebab bila sampai di pintu pelepasan, bas tu dah sedia nak bergerak. Seram nih! Apa-apa pun, kami bertiga sempat naik, & the rest is history.

Huh! Penat tapi best. Unique, to be exact.
Toodles!

Team Malaysia Fan Run + Fit Malaysia

Lama tak ber'corat-coret'.
Malas nak buang masa.
Jom!

07-09-2014 (AHAD)
Pertama kali sertai larian yang berskala besar (tengok tajuk pun dah tahu, kan?). 6.15 pagi dah sampai kt Dataran Merdeka. Bersemangat, kateko..
Niat asal hantar borang penyertaan untuk larian ni cuma sebab nak T-shirt tu jer. :3
.
Ditemani oleh Ija.. & a surprise visit by Amin
Untuk permulaan, lari 5km je lah. Perlepasan jam 7.30 pagi.
Laluan larian adalah di sekitar Masjid Negara, Tugu Negara, dan Taman Tasik Perdana. Dah nama pun taman kan, tenang dan hijau rasa sambil berlari tu.
Seisi komuniti berlari
Dalam jam 8.20 pagi, sampai di garisan penamat. La, kejap jer rupanya. So next time, I'll try 10km maybe. :)
Sempat lagi berzapin. Yalah, kata 'Fun Run'..
Kira-kira 10,000 orang hadir pada hari tu, sebab serentak dengan pelancaran rasmi FitMalaysia oleh YB kita yang sado.
Pernah tengok KJ ber-zumba? Nasib baik tak 'twerk'.
Apa-apa pun, dah habis lari, dapatlah sijil dan pingat. Terharu rasanya sebagai seorang bekas penghidap asma.
My first ever sporting event medal
But first...
Pepaham je la ea..
Habis cerita di situ, tapi...

Seminggu kemudian, saudara-mara dan rakan sekelas beritahu yang saya muncul dalam Utusan Malaysia. Bila beli..
Ha, ambik kau! Sekali dengan muka KJ gitu.
Muka "whatever, I'm tired.."

Pandai betul wartawan tu edit kenyataan orang.. #Propa
Glamer gitu.

OK lah. The End.
Chao.

Khamis, 25 September 2014

Merdeka 57

OK, let's make this quick (sebab dah nak sebulan terlambat).
As usual, STTP!

30-08-2014 (SABTU)
Lepak di KL Sentral sebab cuti hujung minggu yang lama. Tengok-tengok, ada Laman KKMM sempena sambutan kemerdekaan ke-57.
Aagk terkejut juga dengan kehadiran tetamu kehormat yang datang ke situ. Apa-apa pun...
Seperti biasa la ea (kenal tak yang kt belah kiri tu?)
Banyak aktiviti, agak best.
With the one and only Lady D..
Dah penat, tidur kt TBS sebab nak datang awal ke destinasi esoknya.

31-08-2014 (AHAD)
LRT jam 6.15 pagi ke Dataran Merdeka. Itu pun, dah ramai orang.
 .
Sempat juga bersama dengan mereka yang membuat lintas langsung di situ.
Ally Iskandar in da house, y'all...!
Media asing (Russian, I guess)..
Aturcara perarakannya adalah serupa seperti tahun-tahun lepas.
.
Namun, memang amat best sebab suasananya amat meriah. It was indeed a very good time.
With the latest Malaysian Heroes jersey..
Bersama para peserta persembahan. Good job, girls!
Too bad I forgot to ask where do they come from..
Tamat.

Salam Merdeka ke-57.
Malaysia: Love Starts Here.

Khamis, 28 Ogos 2014

Face-to-face with Dr. SMS

Haluuu...

Baiklah, satu lagi cerita yang nak (& rasanya perlu) saya kongsikan. Ini berkaitan kunjungan seseorang ke KPTM KL. Ya, seseorang tokoh ternama yang menjadi antara inspirasi terbesar *cewaah* dalam hidup saya. Let me give you a hint:
Yes. The amazing Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor is here! Beliau datang untuk memberikan ceramah berkaitan pengalamannya di angkasa, sesuatu yang agak 'duuh' bagi saya, sebab sebagai seorang yang mengikuti rapat program Angkawasan ini, saya dah tahu segalanya *giteww*. Jadi motif utama saya hanyalah untuk bergambar, mendapatkan autograf, dan menyapanya.

Dalam masa yang sama, ada pameran barangan yang dibawa oleh beliau sewaktu di ISS pada 2007 dulu tu. Amat mengujakan bagi orang macam saya ni.
 .

Tibalah masa untuk Dr. SMS memberikan ceramah. Walaupun saya yakin beliau agak penat selepas tiba dari MRSM Batu Pahat, tapi kesungguhan & semangat (enthusiasm) yang ditunjukkan membawa rasa hormat saya terhadap beliau ke satu tahap yang lebih tinggi. I respect you for that, sir.
Now for the best part. Bila tiba sesi soal jawab, mustahil untuk saya lepaskan peluang tu. Saya beranikan diri untuk menanyakan soalan walaupun tengah starstruck dalam masa yang sama. :3
If only he also put on his mic, it would've look like we're having a duet in this pic
Soalan saya: "pendaratan manusia ke bulan - realiti atau konspirasi?" Jawapan yang diberikan oleh Dr. SMS ialah: "realiti". Sebabnya? Malaslah nak cerita panjang lebar kt sini. :P
Yang penting, haruslah ber-selefie. :3
Walaupun agak kabur sebab ramai beno yang bertolak-tolak, tapi.. who cares?
Yang paling best bila dapat juga melihat autograf beliau ada di dalam biografinya. :D

Mission accomplished. *kbai*

Across the Border

Hola holi...!

Fuh, dah nak bersawang blog ni rasanya. Jadi, tak nak buang masa. Let's proceed with this post's story: menjelajah ke sempadan di utara.

KHAMIS, 7 OGOS 2014
Sebaik sahaja tamat kelas, terus ke KL Sentral untuk menaiki kereta api malam (midnight train gitu) jam 9.30 ke Padang Besar. Teruja sebab pertama kali naik koc yang ada tempat tidur.

JUMAAT, 8 OGOS 2014
Tiba di Padang Besar jam 9.30 pagi.
Selepas menyiapkan diri dan bersarapan, berjalan kaki menuju ke pos kawalan sempadan kedua-dua negara (Malaysia & Thailand).
I'm in Thailand!
Motif ke seberang tu cumalah nak dapatkan cop pasport. Melampau kan? Nak lagi melampau - 5 minit jer kt Thailand tu.
1 of only 3 pics I took in the southern part of Hatyai
Dah habis tu, kembali ke Padang Besar dan meneroka Arked Niaga di situ. Banyak bebeno kedai jual jersi bola. Not my cup of tea.
Lepas Zuhur, kembali ke stesen kereta api Padang Besar & lepak di situ (sambil buat kerja sikit) sampai jam 7 malam (Padang Besar - KL).

SABTU, 9 OGOS 2014
Tiba di KL Sentral jam 6.30 pagi.

Adventurous tak? Ha, kau mampu? :P
Mungkin ini semua sebab saya minat sangat dengan The Amazing Race. Jadi nak jugalah merasa jai backpacker kejap. OK, chao.

(P.S. : To Abah & Umi, a million sorry for telling you about this journey only after a week. Just don't wanna make you feel worry. Hey, I lived & survived through it. So it's all OK. :D )