Rabu, 16 September 2015

Kain

Setiap hari. Bangun dari tidur, nampak dua helai kain ni depan mata.
Asalnya kain tu mesti lah putih, kan? Asalnya kain tu tak ada makna, kan?
Bila dah dicetak warna, ditambah bentuk.. lain (& makin tinggi) pula nilai kain tu.

Kita pun macam tu.

Asalnya kita kosong. Bila dah dicampur aduk dengan warna budaya, baru ada nilai. Nilai yang menjustifikasikan makna kita.
A society can live without a person, but can a person live without a society?

Kain yang sehelai (& ringan) itu dengan mudahnya boleh buat kita rasa sebak, bangga, bergemuruh, dsb. Kenapa? Sebab di atas kain itu tertera sehabis murni perkenalan. Perkenalan yang membugar cinta.

Biar warna kain itu pudar, asalkan cinta itu tak pernah luntur.

My name is Syafiq Asyraf, & I'm from Segamat, Johor, MALAYSIA.
Salam 16 September.

#SaySomethingNice :)

Ahad, 30 Ogos 2015

Emoji Emosi

Seperti biasa, saya terlewat seminggu untuk kongsikan cerita kali ni. So without any further delay (but first check out the title to get a brief idea), let's go!

SABTU (22 Ogos)
"Hari terakhir Liga Super Malaysia."
Things you might unlikely hear from me.
But not for a day (at least).
Dah alang-alang Redza (my classmate) ajak ke Selayang bagi perlawanan terakhir JDT (vs Felda United) & sementelahan tak ada apa-apa kerja mustahak *ha-ha-ha*, maka saya terjebaklah sekejap dengan dunia bola ni. Namun saya sedia maklum, perlawanan ni amat penting bagi menentukan sama ada kejuaraan Liga Super tahun lepas dapat JDT kekalkan kali ni. 
Naik bas U3 dari Medan Pasar (tak jauh dari LRT Masjid Jamek) terus ke Selayang. Tiba di stadium dalam jam 12 tengah hari. Paaaaanjaaaaaang betul barisan nak beli tiket (do I need to explain more on this?). Nasib baik ada rezeki, dapatlah beli tiket. Lepas tu balik ke Masjid Jamek kejap, & lepas Asar gerak semula ke Selayang. Jalan sesak, sampai di stadium betul-betul jam 8.45 malam, cari tempat duduk, & off we go.
Walaupun tewas 1-2 pada akhirnya, tapi dek kerana kesudian Terengganu membenam Pahang 3-1, maka trofi keramat itu kekal di bumi Larkin. Oh ya, speaking of which, daripada 10,000 penonton, kira-kira 90% adalah penyokong JDT. Jadi, boleh dikatakan Stadium MPS telah pun melalui proses 'Larkinisasi'. :3 
Pandemonium. Thrill. Victory.
Emosi: Teruja.

ISNIN (24 Ogos)
Hari pertama ujian pertengahan semester. Subjek: Keusahawanan (Entrepreneurship). Disebabkan habis awal, maka dapatlah saya berjimba seketika di Midvalley (thanks to Alan). Apa lagi, baik tengok Inside Out. Ramai kata best (even the critics say so). Nak lagi umph, tengok 3D.
One word: Realism.
Memang amat terasa impaknya, walau pun setakat kertun jer. One of the most realistic animation I've ever seen, in terms of story line. Rasa amat terhubung dengan watak Riley. Tengok la ea, takkan rugi.
Fear, Disgust, Sadness, Joy, Anger
Emosi: Rojak.

SELASA (25 Ogos)
Lompong masa 2 hari sebelum ujian bagi subjek Sosiologi. Maka (sekali lagi), berliburlah saya; kali ni ke Sunway Pyramid. Dah alang-alang ada kupon promosi RM10, nak juga merasa bermain luncur ais. Best bila ada beberapa rakan sekelas jadi peneman. Kali ke-2 main (my 1st time was at IOI City Mall), rasa kurang sikit takut, tapi ais di Sunway ni agak lebih licin & kasutnya lagi menyakitkan.
I need a Thai foot masseur. NOW.
Acah-acah nak pergi temu janji :P
Emosi: Cuak sedikit.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
That's it. I'm signing off.

Jumaat, 31 Julai 2015

ALA - KUL - PEK

Sementara pengalaman masih lagi segar-bugar dalam ingatan, baik saya kongsikan sekarang (selain daripada nak penuhkan kuota blog ni). :3

Petang tadi, saya ke Pusat Konvensyen KL (KLCC) bagi meninjau suasana Sesi ke-128 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Sejak tahun lepas lagi saya dah 'usha' acara ni, dengan niat konon nak jadi sukarelawan. Namun, entah kenapa Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tak uar-uarkan pasal hal ni (or am I being ignorant all this while?), terlepaslah peluang itu. Jadi sudahnya tengok dari jauh sajalah. (T_T)
Agenda utama sesi kali ini ialah pemilihan tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk pada 2022. Bidaan yang datang ialah daripada Almaty & Beijing (which explains the codes in this post's title). Selain itu, salah satu daripada bidaan Lausanne & Brasov (Google sendiri kalau nak tahu kt mana) akan dipilih bagi menganjurkan Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk pada 2020.
Suasana di pekarangan KLCC
Sejak awal lagi, sokongan saya adalah terhadap Almaty, Kazakhstan. Yalah, pernah hoskan benda yang sama di peringkat Asia pada 2011. Mesti ada pengalaman, kan. Banyak lagi sebenarnya faktor yang membuat saya berpaksikan #TeamAlmaty.
Agak janggal selfie ni sebab mereka ni pemalu (& tak faham BI *hergh*)
Lokasi KLCC tu pula memang dekat dengan menara yang kembar dua tu. Ramailah pelancong yang lalu-lalang ingin tahu apa yang berlaku. Sudahnya, jadi pemandu pelancong kejap.
A friendly selfie between The Netherlands & Malaysia :)
Di kawasan pekarangan ni tak ada TV (mahu pun sistem audio) untuk memaparkan pengumuman rasmi daripada Presiden IOC, Thomas Bach. Jadi, mereka kt sini agak lambat sikit rahu apa keputusannya.
Amek kau! Berkerumun keliling mobile YouTube
Bila diumumkan, Beijing mengatasi Almaty dengan undian 44-40. A very thin margin, definitely. Rasa ralat sikit lepas tahu tu. Tak ada rezeki la tu, kata orang. To Almaty, I wish you all the best & please try again for the 2026 Games, OK? :)

To Beijing, chaiyok! & prove that you earn this right; fix all the issues so all of us can enjoy the same thing as what we had in 2008.

OK, dah. Jom tidur. (z_z)

Jumaat, 24 Julai 2015

Aidilfitri 1436H

Assalamu'alaikum, semua...
Baiklah, seperti biasa disebabkan kesibukan, maka tidaklah dapat saya mengemas kini blog yang dah siap sedia untuk masuk ke dalam Arkib Negara. Namun pada kesempatan cuti raya ni (YASSS, IT'S RAYA ALREADY!!! :D), jadi apalah salah kalau mencoret sedikit yang termampu di sini.

Oleh yang demikian, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada mereka yang meraikannya. Mohon maaf andai ada terguris perasaan/fizikal selama ini. Halalkan segala yang pernah saya ambil secara sengaja mahu pun tidak, ya. :)

Baiklah, seperti biasa sesi balik kampung tu sudah mesti lah, kan. Apa yang uniknya kali ni ialah saya menerima tetamu di rumah. Ya lah, biasanya memang jarang ada rakan-rakan yang bertandang semasa musim raya ni. Dah rumah semuanya jauh. Ditambah pula dengan status saya sebagai seorang introvert, lagilah nan hado.

Namun raya kali ini membawa sedikit aura positif apabila saya dapat menerima kunjungan rakan-rakan. Lebih bermakna apabila yang datang tu (setakat ni) ialah mereka yang amat dekat dalam hati. ;)
Tetamu pertama pada raya kedua; menghilang rindu lepas kali terakhir jumpa kt KLIA2
Trio lejen pada raya keempat

Hmm.. apa lagi nak cerita? Entahlah.

Dah. Pergi sambung beraya.

*kbai*

Rabu, 17 Jun 2015

Finding Nila

Wazzup!

Baiklah, ketika coretan ini ditaip, dah genap seminggu saya berkelana ke seberang tambak (alah, tengok gambar kt atas pun dah tahu kan kenapa).
Yalah, dah alang-alang masih lagi dalam cuti semester baik manfaatkan untuk menambah lagi cop kt dalam pasport. Seperti biasa, saya selaku Forever Alone Ranger.. (erm, I think that nickname explained enough about who I was travelling with)

Saya mulakan kembara pada awal pagi (special thanks to Abah for sending me to the train station).
Tren jam 2.20 pagi
Tiba di JB Sentral kira-kira jam 6.40 pagi. Agak risau juga sebab rasanya waktu tu Tambak Johor dah mula sesak. Lepas ke surau & 7-Eleven, saya terus bergerak ke tempat yang sepatutnya. Nasib baik dah selidik awal-awal kt Google. Banyak blog yang membantu pasal urusan perjalanan antara JB Sentral & Singapura.
Jadi lepas dah meninjau apa pilihan yang ada, saya putuskan untuk naik bas Causeway Link CW1 (JB Sentral - MRT Kranji). Senang sebab turun bas dah boleh terus naik MRT. Lepas pemeriksaan imigresen Malaysia, boleh terus ke tempat menunggu bas di aras bawah. Tambang cuma RM1.50. Agak ramai juga; 10 minit jugak la nak tunggu giliran naik bas. Namun sebab masa yang lama diambil untuk ke seberang (30 minit), dapatlah nak rehatkan badan kejap. Bas pun tak adalah sesak mana. Sampai di Woodlands, turun bas & terus ke tempat pemeriksaan kastam & imigresen Singapura. Turun ke bawah semula, tunggu bas. Naik sehinggalah sampai ke stesen MRT Kranji.
Dari MRT Kranji, saya ke MRT Stadium (SG$2.80), dengan pertukaran aliran dibuat di MRT Bishan. MRT Singapura ni tak payah cerita lah; memang efisien. Paling lama pun 4 minit jer tunggu. Stesennya pun cantik. Kalau berpandukan blog-blog yang saya baca, dicadangkan agar beli pas SG$12, tapi sebab saya cuma nak berulang-alik antara 3 stesen, tak payahlah kot. Jadi saya beli tiket secara manual (guna mesin macam kt LRT kita). Lepas hampir sejam perjalanan (yup, memang jauh), sampai juga.
The welcoming banner
Perancangan saya hari tu memang untuk ke dalam stadium saja, walau pun jika ikutkan saya boleh menonton 18 jenis sukan (daripada 36) secara percuma.. tapi malas nak bergerak ke sana-sini. Dah lah sebatang kara *huhuhu*. Saya terus ke pintu masuk stadium. Pemeriksaan keselamatan yang ketat menanti, tapi OKlah kan.
Kapasiti maksimum: 55,000 orang
Rasa teruja sebab inilah stadium luar negara yang pertama saya masuki. Masa di Beijing pun hanya dapat tengok dari luar. Ada beberapa acara yang berlangsung ketika itu. Nasib baik ada atlit Malaysia terlibat. Kalau tak, rasa macam pelik pulak kt situ.
Saringan 200m (L/W) & dekatlon
Stadium ni memang ohsem. Sejuk jer rasa, & kubahnya pula adalah yang terbesar di dunia. Sepanjang masa ia tertutup, jadi tak ada halangan bagi acara padang.
 .
Happy me
Lepas dah puas meneroka bahagian dalam, saya ke luar pula. Nak tengok apa yang ada. Sempat meninjau obor kejohanan yang masih membara.
Dalam kesempatan itu, saya memborong *cewaah* cenderamata rasmi yang dijual di sekitar kawasan stadium. Meriah dengan pelbagai aktiviti.
Lepas tu, saya ke Jalan Kebun (you'll know what I mean once you've translated it). Naik MRT dari stadium (SG$2.10). Bukan apa, saja nak bersiar-siar kejap.
 .
Sempat beli satu lagi barangan (sebab ada nombor kegemaran :P)
Jam 1 petang, saya dah beransur pulang ke Johor. Naik MRT ke Kranji (SG$2.60). Naik bas Causeway Link CW1 balik ke JB Sentral (SG$1). Ingatkan dah habis keterujaannya tu, tapi..
Best Malaysian athlete during the Games *OMG*
Terjumpa pulak dengan Ooi Tze Liang masa nak ke pemeriksaan imigresen di CIQ JB. Starstruck giler kateko. Yalah, 4 emas kot dia balun. Siapa tak suka, kan.

Lepas tu saya lepak di JB City Square sampai malam. Naik tren jam 12, sampai di Segamat jam 4 pagi. Penat! Kaki ni.. ya ampun, sakit yang amat.. tapi rasanya semua tu berbaloi.

Menyaksikan Sukan SEA ke-28 di Singapura ni ialah antara 'bukcet list' saya untuk tahun ni. Alhamdulillah sebab dapat lunaskannya. :)

Jadi sekarang ni, bucket list seterusnya ialah menjadi sebahagian daripada keluarga Sukan SEA bila edisi ke-29 singgah di Kuala Lumpur pada 2017 nanti. Tak sabar! :D