Rabu, 12 Oktober 2011

Kembara di Kota Singa

Assalamualaikum....
Baiklah, kali ini, saya akan menceritakan pengalaman saya semasa mengikuti program Pengantarabangsaan ke Singapura pada 13 Oktober yang lepas. Apa yang 'best'nya, semua perbelanjaan dibiayai sepenuhnya menggunakan peruntukan SBT yang diberi kepada SAMURA. Hihihi... :-P

7.00 PAGI
Para pelajar berkumpul di hadapan Bilik Gerakan Warden. Turut kelihatan 4 orang guru serta 4 orang staf sokongan yang mengikuti lawatan ini.

Kami memulakan perjalanan kira-kira setengah jam kemudian menaiki bas dua tingkat (double-decker). Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di kawasan R&R Pagoh.

10.30 PAGI
Kami tiba di Kompleks Imigresen Sultan Abu Bakar yang terletak di LinKedua, sebelum menyeberangi jambatan yang merentasi Selat Tebrau. Selesai urusan imigresen di Kompleks Imigresen Singapura, kami terus menuju ke Madrasah al-Junied al-Islamiah yang terletak di Victoria Lane. Dalam perjalanan ke sana, mata kami tidak lekang daripada melihat keunikan seni bina bangunan di Singapura yang begitu moden dan futuristik.


11.45 PAGI
Kami tiba di Madrasah al-Junied.

Ketibaan kami disambut oleh Penolong Timbalan Pengetua sekolah itu, Cik Khairina Zainal Abidin yang turut memberi penerangan secara ringkas dan terperinci tentang perjalanan pengurusan sekolah itu. Selepas itu, Tn. Hj. Jaaffar selaku Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum SAMURA menyampaikan ucapan balas serta menyampaikan rasa penghargaan kepada pihak pentadbiran Madrasah al-Junied kerana sudi menerima kehadiran rombongan dari SAMURA.
Selepas upacara pertukaran cenderamata dan makan tengah hari, kami dibawa melawat ke sekitar sekolah tersebut.

Kami berasa kagum dengan kemajuan infrastruktur yang terdapat di sekolah itu, malah kami berasa lebih kagum apabila dimaklumkan bahawa kemudahan yang terdapat di situ adalah hasil sumbangan daripada ibu bapa pelajar sendiri. Pujian seharusnya diberikan kepada mereka kerana sanggup berkorban dari segi masa dan tenaga demi memastikan syiar Islam terus subur dalam kalangan generasi muda Melayu di bumi Temasik ini.


Sebelum melangkah keluar, kami tidak melepaskan peluang untuk merakamkan foto untuk dijadikan sebagai bukti kunjungan ke Madrasah al-Junied ini. Andai ada peluang, ingin sekali kami bertandang ke sekolah ini lagi.



2.30 PETANG
                Sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, kami singgah di Masjid Sultan untuk menunaikan solat. Kemudian, kami dibawa ke The Merlion bagi merakamkan lebih banyak gambar untuk menjadi tatapan keluarga dan rakan apabila kembali ke Malaysia.




Kemudian, kami terus menuju ke destinasi terakhir: Universal Studios Singapura (USS) di Pulau Sentosa.

3.45 PETANG
                Di USS, para pelajar, guru dan staf sokongan melakukan aktiviti secara individu. Ada yang mengambil lebih banyak gambar, termasuklah gambar glob Universal Studios yang masyhur itu, manakala ada pula yang membeli cenderamata tanda kenang-kenangan untuk dibawa pulang.




Terbit suatu rasa kepuasan dalam hati kerana walaupun tidak dapat memasuki kawasan USS, pengalaman berada di pekarangan USS tetap mengujakan dan tidak mampu kami lupakan. Jika tiada aral melintang, pasti USS akan menjadi destinasi wajib kunjung pada masa yang akan datang.

5.00 PETANG
                Setelah puas menghabiskan masa di pekarangan USS yang begitu luas itu, akhirnya kami memulakan perjalanan pulang ke SAMURA. Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di kawasan R&R Machap untuk menjamu selera serta menunaikan solat. Sungguhpun berasa amat letih kerana seharian mengembara, namun sebahagian besar daripada kami tetap gembira kerana dapat memijakkan kaki ke Kota Singa buat kali pertama. Semoga kunjungan ini bukanlah yang pertama dan terakhir buat kami. Kami tiba di SAMURA pada kira-kira jam 10.00 malam.

Jumaat, 23 September 2011

Wake Me Up When September Ends

I wanna sleep,
But the sun just keep shining.

I wanna eat,
But there's nothing in the kitchen.

I wanna learn,
But I don't have any book.

So, let me sleep,
Let me have a sweet dream,
About my future.

Let me sleep,
But not for a long time,
Just wake me up,
When September ends.

Jumaat, 16 September 2011

16 September = 1Malaysia

Johor.
Kedah.
Kelantan.
Melaka.
Negeri Sembilan.
Pahang.
Perak.
Perlis.
Pulau Pinang.
Sabah.
Sarawak.
Selangor.
Terengganu.
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya).

Kita semua di bawah satu bendera yang sama.
Jalur Gemilang.
Kita semua adalah satu.
Satu Malaysia.

Happy Malaysia Day, my lovely country!!!

Isnin, 12 September 2011

FUTURE is Much Better!

Assalamualaikum...
Kali ini saya nak bercerita tentang keputusan Peperiksaan Percubaan SPM selaras SBP yang baru sahaja saya duduki pada Ogos lepas. Alhamdulillah, dapatlah 6A 3B; peningkatan yang agak sedikit berbanding keputusan peperiksaan setengah tahun. Tapi, apa yang membuat saya rasa amat gembira kali ini adalah kerana kejayaan saya menjadi yang terbaik untuk subjek Bahasa Inggeris. Nak tahu ceritanya..? Jom. Alkisah...

Sewaktu kelas BI bersama Mdm Suhanawati, saya menanti dengan sabar hasil yang akan ditunjukkan nanti. Daripada apa yang saya dengar dari kelas yang lain, markah tertinggi ialah 87, manakala bagi pelajar lelaki, markahnya ialah 84. Jadi, saya berdebar-debar; mampukah saya mengatasi markah tersebut..?

Sebaik sahaja Mdm Su menyerahkan kertas jawapan saya, say tersentak selama lebih kurang 10 saat sambil ternganga melihat markah yang saya peroleh. Nak tahu berapa markah saya untuk BI?
93.
I did it!!! Saya dah berjaya memecahkan rekod yang tak pernah dicapai oleh pelajar lain sepanjang tahun ini, iaitu memperoleh A+ untuk BI. Saya rasa sungguh gembira kerana akhirnya usaha saya selama ini berbaloi juga akhirnya. Nak-nak lagi, karangan Bahagian B saya adalah mengenai 'Future'. Jadi, saya ceritakan impian saya pada masa hadapan, dan ia memang berbaloi-baloi untuk diceritakan. So, just be cool & think that you're a great person, OK?
Wassalam.

Rabu, 31 Ogos 2011

Merdeka!!! It's 54 Already...

Assalamualaikum...
Baiklah, dalam kesibukan umat Islam di Malaysia menyambut Aidilfitri, jangan sesekali kita lupa kepada perayaan yang satu ini: Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-54. MERDEKA!!!

Sebagai seorang anak Malaysia yang berjiwa patriotik, sememangnya saya berasa amat bangga dengan pencapaian yang telah kita kecapi dalam masa hanya setengah abad, walaupun hakikatnya bahawa 500 tahun dahulu, kita pernah mula dijajah. Ya, 2011 menandakan ulang tahun ke-500 permulaan penjajahan kuasa asing di bumi Malaysia, bermula pada tarikh 15 Ogos 1511 di Melaka, apabila tentera Portugis menguasai kerajaan kesultanan tersebut.

Kini, segalanya telah berubah; Malaysia semakin dikenali & menjadi contoh/model terbaik kepada kebanyakan negara lain. Perkara penting yang mereka ingin contohi ialah cara kita semua bersatu dalam kepelbagaian kaum, bangsa, & agama. Penyatuan bangsa Malaysia seperti yang kita lihat sekarang ini merupakan sesuatu yang masih dicari-cari oleh negara luar. Oleh itu, ucapkanlah terima kasih kepada pemimpin terdahulu yang bersusah-payah memastikan kelangsungan perpaduan nasional sehingga ke detik ini.

Sesungguhnya, apa yang kita capai sekarang harus dikekalkan demi menjamin masa hadapan negara yang terus gemilang. Ingatlah; bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. I Love You, Malaysia. .forever. Wassalam.