Isnin, 16 Ogos 2010

Rentak Remaja

Lagu ini merupakan terjemahan BM bagi lagu High School Muscial dari High School Musical 3: Senior Year. Jenuh juga otak ni nak memikirkan idea untuk terjemahkan lagu ni...

Riang rasanya di hati
Apa yang ku impi
Kini satu realiti
Kita bawa bersama-sama
Sejuta impian
Dan juga oh cita-cita
Ku gembira
Bila kau di sisi
Ingin ku ulanginya
Sekali lagi

(*chorus)
Rentak remaja
Irama yang kita cipta
Memori yang sungguh indah
Penuh suka duka
Semestinya
Rentak remaja
Raikanlah melodinya
Rakan-rakan yang tersayang
Oh ya...
(#)
Rentak,... rentak... remaja...

Ceritera penuh bermakna
Dipenuhi dengan
Berjuta warna ceria
Pabila ku imbau semula
Kenangan silam
Lagu yang aku dendangkan
Tak ku lupa
Selama-lamanya
Akan ku ingat ia
Sentiasa

(ulang *)

Akhirnya kita kan sedar
Hidup bergelar pelajar
Penuh dengan dugaan berliku-liku
Namun tiada yang mustahil
Kita akan melangkah pergi
Ingin menggapai impian yang satu

Marilah kita raikan
Hidup yang penuh keriangan
Takkan pernah ada penghujungnya
Marilah kita tunjukkan
Pasti kita kan buktikan
Kepada dunia
Dengarlah...

(ulang #)
(ulang * 2 kali)

Kita bersatu
Berganding bahu
Menuju ke puncak gemilang
Alangkah indahnya hidup kita
Rentak remaja...!



LAGU : High School Musical (HSM 3)
LIRIK : Mohd. Syafiq Asyraf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan