Isnin, 16 Ogos 2010

Terus Bebas

Lagu ini merupakan transliterasi lagu "Breaking Free" dari filem High School Musical...

(@)
Melayang, terbang
Menuju ke bintang yang pasti kita gapai
Kita cuba, dan terus bebas

(#)
Dunia memandang kita
Dari sudut yang penuh berbeza
Tercipta garis pemisah antara kita
Namun itulah kekuatan
Untukku percaya

Terus bebas

(ulang @)

Rasakan arusnya
Bagai ombak yang tiada hentinya
Terhubung melalui rasa
Dalam jiwa kita
Bangkit berdiri megah
Biar semua jadi saksi

Terus bebas

(ulang @)

(*)
Berlari, mendaki
Melangkah ke puncak gemilang yang diimpi
Inilah masanya untuk terus bebas

Bukan cuma mimpi
Ia suratan takdir
Dan bersama ia kan tiba
Bukan cuma kita
Itu yang ku pinta
Kita kan terus bebas

(ulang @ dan *)

(ulang #)



LAGU : Breaking Free (HSM)
LIRIK : Mohd. Syafiq Asyraf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan