Hai, semua...
Baiklah, pada kesempatan ini, saya nak mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada sesiapa jua yang meraikannya di seluruh dunia, terutamanya buat mereka yang berada di Malaysia.
Bagi tahun ini, zodiak yang diketengahkan ialah naga. Naga sudah semestinya menjadi identiti masyarakat Cina di seluruh dunia dengan adanya tarian naga. Jadi, tahun naga dianggap sebagai tahun yang paling bertuah (kiranya, banyak ong-lah...) untuk sesiapa yang ingin berkahwin atau melahirkan anak, kerana mereka dipercayai akan mendapat tuah daripada kehadiran tahun naga ini.
OK lah, rasanya tak banyak yang saya nak luahkan, cuma saya rasa sungguh gembira kerana dapat melihat jiran-jiran saya yang berbangsa Cina meraikan sambutan ini. Sesungguhnya, Tahun Baharu Cina di Malaysia saya boleh anggap sebagai yang paling harmonis di dunia. :-)
Gong X Fa Cai. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan