Hai...
Sekarang ini saya berada dalam keadaan yang AMAT, AMAT membosankan. Kadang kala, saya rasa bosan hidup dalam kebosanan. You get what I mean...?
Walaupun saya sudah boleh membiasakan diri dengan rutin harian di rumah selepas tamat SPM (& walaupun baru 2 bulan saya tinggalkan alam persekolahan), tapi rutin yang saya lakukan adalah terlalu...membosankan. FB, TV, kerja sambilan (itu pun menggunakan komputer), dan kerja-kerja rumah (literally..). Kemudian, ulang semula rutin yang sama berulang-ulang kali. Nak kata keluar rumah, jangan haraplah; belum ada lesen lagi ( :-[ ). Di Bandar Putra ni pun, tak ramai kenalan sebaya yang tinggal berhampiran.
Jadi secara asasnya, hidup saya selepas SPM boleh dikatakan sebagai amat menyedihkan; pathetic & miserable. Namun, saya tahu saya harus terima realiti ini & cuba menjadikan kebosanan itu sebagai keseronokan. Bila difikirkan balik, baik saya nikmati hidup di rumah ini untuk beberapa bulan akan datang sebelum saya melangkah ke alam kampus di luar negara (insya-Allah; amin...), kan..?
So, my advice to anyone who's dealing the same situation as I am: Just enjoy your days at home; one day, you'll miss home once again. :-) Chao!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan