Jumaat, 29 November 2013

Teknologi: Kawan Jadi Lawan

Greetings, guys.


Baiklah, jika dilihat kepada gambar di atas, pasti anda dapat rangkumkan kesemua logo ini menjadi suatu kategori, iaitu media sosial. Rasanya tak perlulah saya perkenalkan satu-persatu logo ini, kerana saya yakin anda lebih sedia maklum mengenainya. Segala evolusi dalam komunikasi ini disumbang melalui perkembangan teknologi, & istilah 'teknologi' itu menjadi kata kunci kepada kemajuan perhubungan interpersonal mutakhir ini.

Perkataan teknologi ('technology') berasal dari perkataan Greek τεχνολογία (technología). Ia menggabungkan perkataan τέχνη (téchnē), yang bermaksud 'seni, kemahiran & rekaan', serta -λογία (-logía), yang bermaksud 'pembelajaran & kajian'. Istilah ini boleh diguna pakai sama ada secara umum atau dalam bidang tertentu. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gajet menggunakan prinsip sains dan proses terkini.


Di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia, takrifan teknologi yang diguna pakai ialah 'aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian'. Jadi, secara dasarnya, teknologi diklasifikasikan sebagai pemudah cara bagi memudahkan urusan sehari-harian. Pada awal pengenalan teknologi mudah alih seperti telefon bimbit & komputer riba, ramai yang menganggap bahawa inilah yang diperlukan bagi memperluas kemampuan manusia untuk berhubung dengan lebih maju.

Tidak dapat dinafikan, sememangnya alatan yang canggih ini banyak membantu memudahkan urusan kita. Panduan arah jalan, penterjemah & pencari artikel berilmiah adalah cuma sekelumit daripada akses yang diberikan oleh teknologi pada masa sekarang. Sudah semestinya ciri-ciri sebegini kerap kali digunakan oleh orang ramai kerana sifatnya yang mudah difahami serta dikendalikan. Dalam erti kata lain, mesra pengguna.

Namun jika kita lihat situasi di sekeliling, secara ironinya teknologi yang disangka sebagai medium utama perhubungan sesama manusia kini menjadi antara batu penghalang utama dalam perhubungan manusia secara tampak. Pandang sekeliling & anda dapat lihat buktinya.
Ternyata apa yang si Einstein ini luahkan kini menjadi realiti. Tak perlulah rasanya saya hurai dengan lebih panjang. Faham-faham sendirilah ya.

Apa yang lebih membimbangkan, penumpuan ekstrem terhadap teknologi serta aplikasi nan rencam di dalamnya membuatkan penggunanya lari daripada fokus yang sebenar dalam kehidupan - virtual world instead of real world. Lama-kelamaan ia akan menyerang & membunuh kemampuan individu untuk memenuhi tuntutan sebenar. Akhirnya, lemaslah mereka dalam bayangan piksel yang kian memecah saat mata menghampirinya.

Pasti ada yang telah lemas.
One of them would be me.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan