Jumaat, 23 Disember 2016

55 Jam di Kay-Elle

Anyeong! (or should I say, annoyed!)

Apabila dah 3 tahun bermastautin di KL, memang susah nak tinggalkan tempat ni. Nak-nak lagi bila dah penghujung tahun ni lah banyak pula benda yang baru nak dibuka. Jadi, demi memuaskan nafsu kembara saya yang takkan pernah berkesudahan ni (that doesn't sound right), maka digagahkan jua jasad ni untuk ke sana pada penghujung minggu lepas. Macam-macam jugalah agenda yang nak dilunaskan antara Jumaat dan Ahad.

********************
JUMAAT (16 Disember 2016)
Dari Segamat jam 7.45 pagi. Tiba di TBS, terus ke KL Sentral menggunakan LRT. Dari situ, naik bas perantara percuma ke stesen MRT Pusat Bandar Damansara (PBD).
.
Yup, agenda pertama hari ini di KL: naik MRT (yang kebetulan mula beroperasi untuk orang awam mulai jam 6 pagi tadi). Bagi Fasa 1, laluan yang dibuka ialah Sungai Buloh - Semantan merangkumi 12 stesen. Dah alang-alang boleh naik secara percuma selama sebulan, saya menggunakan kesempatan ini untuk naik MRT dari PBD ke Semantan, seterusnya ke Sungai Buloh sebelum pulang ke PBD.
Saya pernah berada di dalam gerabak prototaip MRT masa ia berada di KL Sentral 2 tahun lepas; waktu tu pun memang dah kagum dengan keluasannya. Sekarang bila MRT dah boleh bergerak di atas landasannya, haruslah cuba merasai suasana bila ia bergerak, kan?
Ternyata keluasannya tak dapat nak ditandingi mana-mana pengangkutan awam rel yang lain. Nak lagi best? Trennya laju dan senyap - tak ada apa-apa bunyi geseran antara tren & trek; kepantasannya boleh membuatkan KTM Komuter tampak seperti kura-kura baru nak belajar bergerak. Cuma kalau ada ralat sikit, mungkin suara pengumuman di dalam tren boleh dikuatkan lagi. Papan tanda nama stesen juga kalau boleh diperbanyakkan di platform sebab tak berapa jelas sangat lokasinya. Selain daripada tu, MRT memang berada pada kelasnya yang tersendiri.

OK, jangan lengahkan masa. Saya kembali ke KL Sentral (& singgah makan sekejap) sebelum ke PWTC pula, sebab agenda saya seterusnya: Ekspo Buku Malaysia. Pada mulanya saya agak musykil dengan kurangnya hebahan/promosi untuk ekspo ni, & bila sampai di PWTC dapatlah saya lihat kenapa/kesannya - agak hambar suasananya.
Saya tiba kira-kira jam 3.30 petang, & boleh dikatakan tak ada orang sampai saya terfikir yang saya dah salah tarikh. Kesemua gerai menjual buku hanya berada di satu aras & memang tak segempak pesta buku yang biasa dibuat di sini. Apa-apa pun, sempat jugalah saya beli 2 buah buku fiksyen BI yang bakal menyesakkan lagi rak buku kt rumah tu.

Sebelum pulang ke Ampang untuk berehat sebab dah penat sangat, saya ke Sunway Putra di hadapan PWTC untuk mencari makan malam (& apa-apa yang boleh dibeli). Nak dijadikan cerita, semasa di surau sementara menanti Maghrib, boleh pula saya terjumpa dengan abang hensem yang seorang ini. Apa lagi, berselfie lah kita!
Jangan cakap abang tak 'Umbrella' ea?
(gambar ni berGegar sebab memang disengajakan demi menyeru aura GegarVaganza gitu *alasan*) 
Dah puas mencari sesuap nasi (or in my case, sesuap mi), pulanglah saya ke Ampang untuk melelap mata.

SABTU (17 Disember 2016)
Saya ke Petrosains KLCC untuk agenda ke-3: pameran interaktif Experience Mars. Tarikan utamanya ialah simulasi berjalan dalam atmosfera Marikh. Disebabkan obses nak jadi orang pertama hari ni yang mencubanya, sanggup saya datang awal (setengah jam sebelum pintu dibuka, like seriously).
Abang Petrosains ni cakap, "graviti Marikh ni 38% daripada graviti Bumi"
Benar seperti diduga, tak ada orang yang menunggu. Jadi dapatlah saya menjadi 'bahan uji kaji' kepada pengunjung yang lalu-lalang. Agak tak selesa jugalah bila masuk kt dalam ruang vakum tu (senak perut ni!). Mesinnya agak kompleks, tapi bila diguna sekali dengan alatan realiti maya (ya ampun, skemanya ayat), agak terasa jugaklah suasana Marikhnya tu. Bila dah habis, berpusu-pusu budak terus nak cuba juga; rasa riak sikitlah masa tu :3. Selain daripada tu, tak ada apa-apa yang memukau sangat kt Petrosains ni (tolonglah naik taraf pamerannya; tayangan waktu naik 'topi keledar' tu tak pernah berubah (suasana KL pertengahan 90'an)). Nasib baik dalam tu tetiba boleh ada kafe. Sempatlah juga nak hilangkan lapar.


Dah puas di situ, agenda ke-4: singgah di Sunway Velocity yang baru seminggu dibuka. Terletak cuma 5 minit dari kolej, saya rasa kewujudannya boleh membuatkan 1Shamelin hanyalah sekadar tempat pembiakan burung walid kelak (OK, that was quite mean 😛). Agak besar jugalah, & serba-serbi lengkap. Cuma disebabkan baru 8 hari beroperasi, ada lagi kedai yang belum siap sedia (biasalah tu). Other than that, nothing else to say.

Oh ya, saya ke Pavilion pula lepas tu *cewaah* untuk menonton filem animasi Sing. Sebagai seorang yang minat High School Musical, filem ni memang menghiburkan. Jalan ceritanya boleh dikatakan klisé, tapi keunikannya sebagai karya animasi tidak boleh dinafikan. Para pelontar suara pun hebat-hebat belaka (who would've thought a British spy can be the next Sam Smith, ey?).

AHAD (18 Disember 2016)
Hari terakhir di KL saya habiskan dengan ke jualan buku paling popular di Malaysia. Agenda terakhir: Big Bad Wolf.
My kind of heaven/paradise
Kalau ikutkan hati, malas nak ke sini sebab entah berapa banyak lagi buku kt rumah yang belum terusik pun. Namun, apa boleh buat.. dah nama pun ulat buku. Dalam keadaan penat membawa beg, saya ronda-ronda jugalah untuk mencari apa-apa yang berkenan di hati. Lepas dah jumpa yang dicari, saya ke TBS semula & pulang ke Segamat jam 6 petang.
********************

Rasanya dalam 2-3 minggu lagi saya akan kembali meneroka KL, tapi buat masa ini, kita rehatlah dulu, ya. Dah habis berblog, marilah tidur dulu. Chao.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan