Jumaat, 28 November 2014

UPS R (Oops Argh)!

Haluu...

Baiklah, kalau dilihat daripada tajuk kali ni, rasanya mungkin ada yang dah dapat menebak apa yang saya nak katakan.
Mungkin ini ialah isu paling kontroversi yang membabitkan komuniti sekolah rendah dalam tempoh beberapa tahun:
Need I explain more on this?

Baru beberapa hari keputusan UPSR 2014 diumumkan. Secara amnya, penurunan berlaku dari segi prestasi (surprise-nya). Macam-macam hipotesis yang diberi, tetapi yang penting (menurut Kementerian Pendidikan), ketirisan soalan bukanlah faktor penurunan prestasi ini.

Err... really?
That is so not true.

Mahu tak mahu, masalah/kontroversi/krisis kebocoran soalan BI, Matematik & Sains sememangnya memberi kesan kepada para calon & pihak yang berkaitan. Bayangkan kesedihan & kekecewaan bila terpaksa menduduki semula ujian bagi subjek yang sama, tetapi dengan set soalan yang berbeza. Kesukarannya pun berbeza. Rata-rata murid yang ditemui oleh guru besar SK Kg. Tengah, Segamat (a.k.a. Abah saya :3) mengakuinya. Ada yang terus terang mengatakan bahawa soalan semula BI adalah lebih sukar daripada soalan yang asal. See?

Sudah pasti perkara macam tu merendahkan semangat mereka untuk bersikap optimis & yakin dengan prestasi mereka nanti. Ada pula yang terpaksa korbankan subjek tertentu kerana terikat dengan pelan lain yang dah dirancang lebih awal (umrah dsb.). Lagi sedih, kan? Sepatutnya mereka dah lega & boleh fikirkan aktiviti pasca-UPSR yang ingin dibuat, tapi tangan-tangan jahanam inilah yang merosakkannya. 

Malas nak cerita panjang lebar pasal tu. Moving on. Bila isu UPSR ni berlaku, soalan yang sering dibangkitkan akan berulang kembali: kenapa kita terlalu berorientasikan peperiksaan? Mungkin itu adalah ciri-ciri masyarakat Asia yang amat menitikberatkan akademik (siapa yang dah tengok 3 Idiots mesti akan faham). Namun apa yang lagi tragis ialah kebanyakan daripada kita hanya memandang kepada keputusan yang terbaik (semua A). Kalau anak-anak tu dapat 4A 1B, maknyanya dia dah gagal. GAGAL, OK.

Kita terlalu fokus dengan 1B yang kononnya mencacatkan slip keputusan, sedangkan kita lupa nak hargai 4A yang dicapai tu (I've been in a similar situation before; believe me, it's painful). Biasanya juga, anugerah kecemerlangan akan meraikan pelajar yang tinggi jumlah A nya. Pelajar lain? Raikan sendirilah - makan kt KFC ker, karok sampai tengah malam, dsb. Mungkin bila kita lihat budak bernama W dapat 3B 2C, itu keputusan yang teruk. Namun, plot twist: W tu sebenarnya pelajar pintar. Selalu dapat 5A dalam setiap ujian, tapi bila UPSR dia sakit teruk & tak dapat fokus walaupun dah sedaya upaya cuba tahan sakit tu. Jadi, adakah W tak perlu diraikan usahanya? Jawab dalam hati ea.

Dalam suasana pasca keputusan UPSR ni juga, saya tertarik dengan artikel daripada kolumnis sambilan di akhbar Sinar Harian tentang anaknya yang dapat 2A 3B. Tajuknya saja sudah membuat kita ingin mendalami kisahnya:
Klik pada tajuk di atas ni untuk membacanya. You'll understand why I'm interested with the article.

Akhir kalam *cewaah*, kepada adik-adik sekalian yang baru dapat slip keputusan kelmarin, ingatlah:
- Tak kisahlah apa jua gred yang ada pada slip tu, kalau adik dah buat yang terbaik (& you really mean it), jangan malu untuk rasa bangga dengan diri sendiri.
- Kata-kata klise: UPSR tu biasa-biasa jer. PT3 lagi penting. :3
- Dah nak masuk sekolah menengah = Dah nak menginjak remaja. Lagi banyak cabarannya.
- Dapat 5A pun, kalau dapat E dari segi akhlak pun tak guna. Kan? Biar tak pandai, jangan tak beradab.
- Teruskan kehidupan dengan menjadi insan yang menggembirakan orang sekeliling.

OK lah. Nak pergi makan kejap. Chao bella.

Rabu, 12 November 2014

(Syafiq/Selfie/Sci-fi) Asyraf

Baiklah, mungkin ada yang tertanya-tanya dengan tajuk di atas ni. Apa kaitan saya dengan fotografi kendiri dan cereka saintifik? Banyak, sebenarnya. Never mind, let's go through it one by one.

Memandangkan saya banyak ber-selfie setakat ni untuk 2014, ramai yang sedar akan hakikat tu. Memanglah kan.. dah saya poskan semuanya di FB, Twitter dan Instagram, mestilah ramai yang nampak.
Sultan Ibrahim, Yuna, Dr. Sheikh Muszaphar, Redza Minhat, Dr. Mahathir, Dr. Ahmad Shabery Cheek, Khairy Jamaluddin, Didie Alias, Izzue Islam, Ally Iskandar. Who's next?
Jadi, ada la rakan FB saya yang mencadangkan saya untuk tukar nama daripada Syafiq Asyraf kepada Selfie Asyraf. Amboyh, mentang-mentanglah bunyi Syafiq dengan Selfie tu dah nak sama.. tapi mungkin tu boleh jadi nama samaran saya kot. :P

Macam mana pula dengan Sci-fi? OK, Sci-fi tu merujuk kepada 'science fiction' atau pun cerita yang berpaksikan sains. Ketika pos ni ditaip, demam sci-fi melanda dunia, mungkin disebabkan oleh filem terbaharu karya Christopher Nolan yang muncul di pawagam Malaysia pada 6 November lalu.
The best sci-fi movie I've seen in recent years. Scientific exploration that blends very well with human emotion. Saya bagi 5 bintang!
Senang kata, filem ni sedang menjadi fenomena global buat masa ni. Tak salah rasanya kalau saya nak kata bahawa sambutan Bulan Angkasa (Space Month) di Discovery Science (saluran Astro 554) pada November ni adalah semata-mata bagi meraikan filem ni, tapi tak salah pun. Memang patut kalau Interstellar ni diraikan sedemikian rupa. "W.O.W.!" Itu jer yang boleh saya komen lepas menontonnya (2 kali, OK). Tengok sendiri kalau nak tahu best ker tak (kepada peminat genre sains fiksyen, hukumnya ialah wajib, ea).

Secara amnya, jiwa saya memang terarah kepada genre sains fiksyen dalam kebanyakan perkara - filem, lagu (is there such thing as sci-fi song?), & sudah semestinya bahan bacaan. Sementelah saya dah nak habis musim peperiksaan, saya dah mula memburu apa-apa novel berkaitan untuk dibaca sepanjang 7 minggu cuti. So...
Hasil buruan di Nu Sentral.
Saya jarang beli novel dalam BI. Jadi, rasa teruja sikit bila beli novel The Eye of Minds karya James Dashner (penulis trilogi The Maze Runner) ni. Novel Ilusaniti karya Adib Zaini tu pula ialah ialah fragmen daripada empayar novel Fixi. Kedua-duanya berpaksikan kepada fiksyen yang ada berunsurkan sains di sini sana. Maka, saya rasa dalam kes ini, Syafiq Asyraf boleh ditukar menjadi Sci-fi Asyraf. *giteww*

Apa pun nama gelaran yang orang lain mungkin berikan (atau yang mungkin saya cipta sendiri :3), sudah pasti lebih afdal kalau panggil saya Syafiq. Kalau selalu disebut, orang kata makbul doanya. Kenapa? Sebab Syafiq tu maknanya 'yang penyayang'; insya-Allah. :)

End of selfie & sci-fi story. By Syafiq.

Ahad, 2 November 2014

Road to Bukit Jalil

Alright. So, I will divide this post into 2 parts: Descriptive & artistic.

PART 1
It's a very complicated story. Bila dapat tahu bahawa MB Johor menyediakan 2000 tiket begi perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 (JDT vs PAH), saya pun tak berlengah. Daftarkan diri, & tunggu. Bila dimaklumkan yang saya dapat tiket tu, memang terujalah. But there was a catch: Saya kena tuntut tiket tu di KL pada hari yang sama saya ke Banting untuk Hari Keluarga. To make things short, bye-bye tiket. (T_T)
Tapi, dalam perjalanan balik ke (hostel di) KL, ada rakan RTF (Shazlien Aini a.k.a. Junpey) telefon. Dia kata dia ada tiket lebih. Pucuk dicita ulam mendatang katekooo...
Jadi, destinasi LRT saya bertukar dari Cempaka ke Bukit Jalil. Tiba di sana, masuk stadium la jawabnya. Huh, memang gempaklah.
I was 4 when I last came into this place.
Ingatkan banyak lagi tempat duduk, rupanya hampir-hampir terpaksa berdiri. Nasib baik ada tempat kosong.
Geng ex-SBP Johor (SAMURA, SAKTI, SMSJ)
Memang mendebokan *bunyi-Johor* setiap kali aksi menarik berlangsung. Nak dipendekkan cerita, saya keluar dari stadium selepas tamat 90 minit perlawanan (with the 2-2 score at that time) sebab tak nak bersesak nak balik, & sebab memang tak sanggup nak lihat masa tambahan. >_< 
Kesudahannya, dalam ketenangan bilik hostel, saya dapat tahu skor akhir melalui Twitter. Needless to say, we lost (the haters are gonna be extremely ecstatic, I'm sure). Huh, tapi nasib baik saya dah balik, kalau tak memang ala-ala drama sedih la sepanjang perjalanan nak balik hostel. Tahniah la ea Pahang.

PART 2
23 years. That's a very long period of time. Abah & Umi just got married at that time.
16 years. I was too little to remember what had happened in the arena during SUKOM '98.

So to be there once again after that long, it's just.. Wow.

I guess I don't have to explain just how high my statehood spirit is. Most people around me know it. I'm proud to show it in a moderate yet fashionable manner.
When this opportunity came, I told myself, "This is one of only few ways to make me connected with sports." As a superbly passive person (who only knows how to jog), what else can I do to show my sportsmanship spirit?
The answer: Be supportive whenever I can.

We lost. That's an undeniable reality. Plus, it came down to penalty shootout. Luck was definitely not on our side that night. But every time they score, an unexplainable feeling just made me enthralled with the atmosphere.
It's a bittersweet defeat to be honest. All 11 players have done their best, but the 12th player just takes it up a notch: B.O.S.
I dare to say, we have the best group of supporters in Malaysian football history (I defy those who denies that). Of course there are some hooligans here & there (which is totally unacceptable & intolerable). But still, they transform the way I see my home state, & for sure they transform the whole nation.
 .
The above pictures say it all. I rest my case.

In this matter, there's no such thing as 'menang sorak, kampung tergadai.' What have we lost? The trophy? Neh, that's just a bonus. The main thing here is that in a short amount of time, we went from zero to hero (thanks to TMJ). The whole world knows us. We make deals with world class soccer clubs. Our stadium is recognized as one of the best in the country. The list just goes on and on and on.

So, congrats Pahang. Some how you deserve it.
But I shall give a standing ovation & utmost respect to those whom it may concern with these three letters:
J.D.T.

I walked away from the arena with a great satisfaction, knowing that for a tinee tiny moment in my life at least, I've done what I should do: staying up close and personal behind the tiger, and having its back.

Setia Bersamamu.
Namun akhirnya, Selamanya hitam kuning.
Kerana mungkin ada sang belang di tanah selatan,
tetapi cuma ada satu harimau yang rangkaknya menjunjung harga nusa.

Khamis, 30 Oktober 2014

Ellen dan Russell

Haluu..

Baiklah, seperti biasa saya terpaksa terburu-buru untuk memenuhi kuota '3 pos sebulan' kt blog ni. Tak ada masa kateko.. Ha gittew! *gaya-diva-AA*

OK, ada dua individu yang ada sedikit kaitan & menjadi tumpuan saya menjelang akhir Oktober ni.

Her catchphrase every time during the end of the show:
"Be nice to one another."
Pertama sekali, Ellen DeGeneres. Hmm, tak ada apa-apa yang gempak sangat pasal dia. Orang lama dalam industri hos TV di Amerika. So what's the big deal? Ha, apa yang bestnya ialah bila rancangan bual bicaranya kini disiarkan di Malaysia dalam tempoh 12 jam selepas siaran di AS (thanks to Astro's 'Same Day as the U.S.' campaign). Haa.. Dah lama tak tengok rancangan macam ni lepas Oprah dah pencen.
I know what you girls thinking: "Saia ta kuaaad...!"
Ini pula namanya Russell Howard. Seorang komedian Britain yang saya baru kenal selama seminggu setengah (by the time this post is written). Semuanya gara-gara 9Gag yang berkongsi videonya berkaitan perbandingan laporan Ebola di AS dan Britain pada minggu lepas. Seriously hilarious, that's what I can say. Video itu adalah sebahagian daripada rancangan komedi stand-upnya (seperti yang dapat dilihat pada latar belakang gambar di atas). Jadi saya pun tonton rancangan penuhnya tu di YouTube. I tell you, it's been a while since I had extreme laughter. Sementelah itu merupakan episod pertama bagi musim ke-9, saya cari musim dan episod yang lalu. Sakit jiwa dibuatnya bila gelak tak henti-henti dalam kesemua episodnya.

OK, mungkin akan ada yang timbulkan isu di sini. Kenapa? Well obviously Ellen is a lesbo, & Russell pula dalam kebanyakan masa apabila mengulas tentang isu LGBT dalam rancangannya menunjukkan 'ke-tidakkisah-an' tentang golongan itu (kinda like, "biarlah, asalkan tak kacau hidup orang lain"). Yes, sebagai seorang Muslim & pendukung aspirasi budaya masyarakat Timur *cewaah*, dah jadi kewajipan untuk saya bersikap anti-LGBT. Namun, ada satu prinsip yang perlu kita ingat: Hate the sin, not the sinner. Bencilah kepada sesuatu dosa, bukan orang yang membuat dosa itu. Kenapa? Sebab orang itu boleh saja kita dekati & dedahkan kepada perkara yang sepatutnya (tarbiah & dakwah).

Lagi pun, saya tonton kedua-dua rancangan ini hanya untuk menambahkan lagi kemahiran & kefasihan BI saya. Trust me, to be honest it's WAY more fun to learn English through this way than being in class. Cara sebutan, penggunaan perkataan menarik, kaedah komunikasi.. semuanya ada. Lagi berkesan daripada belek nota yang kita sendiri tak faham (padahal kita sendiri yang tulis nota tu). :3

So what's been happening? Just me having some English fun. :)

Rabu, 29 Oktober 2014

5 Anti-Smoke Principles (the Syafiq's Way)

1) I'd rather die from inhaling too much air freshener than cigar smoke.
At least my lungs would smell like lavender, not tar.

2) If you want to smoke, go to suitable places (or places you deserve).
May you smoke in peace.
Maybe this will help you to understand the above pic.
Get it?

3) If you still keep on smoking even though you're suffering from heavy cough, then I'm surely have doubt about your intelligence (if you have one lah).
"Uhuk uhuk! I have bad cough. I know! Let's fill my lungs with more 'asap'!"

4) If you're a smoker, the countless hours you spent at the gym would be useless. I repeat, USELESS.
Perfect caption for this pic: Sado. Low sperm quality.

5) The rising oil price? GST is coming? Heh, you won't be bothered with it right (& of course you have no right to complain about it).
"I have so much money, I burn it for fun."

P.S: I seriously loathe people who smoke. *sorry-not-sorry*

P.P.S.: If you're my friends/relatives, you read this, & you get mad about this, just don't.
If you're offended, just stop this habit.
'Coz I love you guys. :'|