Baiklah, ini merupakan kali yg. ke-3 saya menjerit AAAAARRGH!!! dlm. blog saya ni. Kali ni, saya nak ceritakan perkara-perkara yg. mengusutkan kepala otak saya ni pd. penghujung tahun 2010 ni. So, sit back, relax & cry with me, OK? Alkisah.....
Kekusutan 1
Masalah yg. satu ni berlaku di dlm. satu komuniti kecil & saya merupakan salah seorang ahli komuniti itu. Apa yg. saya maksudkan dgn. komuniti itu, Biarlah Rahsia.... Baiklah, ada 2 org. individu di dlm. komuniti ini yg. amat menyakitkan cerebellum & medulla oblongata otak saya ni. Nama mereka, cukuplah saya gelar sbg. Q (bukan nama sebenar) & jugak R (bukan nama sebenar). Q berasal dari bhg. sentral, begitu juga dgn. R. Apa yg. menyakitkan hati saya ialah sikap & atitud mereka berdua yg. langsung tak bertamadun & tak beradab, lebih-lebih lagi bila berada di dlm. komuniti tu. Tengok muka mereka berdua pun boleh buat saya termuntah darah.
Q merupakan seorang yg. paling gemar menuturkan bahasa yg. kasar/kesat dlm. komuniti tu, malah di depan org. yg. lebih matang drpd. dia pun dia berani bercakap sedemikian rupa. Dia juga suka membuat bising dgn. membuat bunyi menggunakan tangan, lebih-lebih lagi, ketika di surau. That is such an inappropriate act. R pulak terlalu menjadikan tempat komuniti tu berkumpul sbg. rumahnya sehinggakan sampah yg. dia buang pun kadang-kala saya yg. terpaksa kutip; memang dia tak kisah akan soal kebersihan kerana baginya, akan ada org. yg. membersihkan sampah-samoah tu. Dia juga selalu memaparkan wajah berlagak yg. buat saya rasa nak tampar je muka dia. AAARGH!
Kekusutan 2
Hal yg. ini pula melibatkan 2 org. insan yg. dah lama sgt. saya kenal. Kali ni, saya panggil mereka sbg. Y (bukan nama sebenar) dgn. Z (bukan nama sebenar). Saya amat rapat dgn. kedua-dua mereka ini. Mereka berdua juga rapat antara satu sama lain. Senang cerita, kami bertiga amat rapat. Namun, seseorang yg. bernama I (bukan nama sebenar) telah mencetuskan krisis yg. menyebabkan hubungan Y dan Z menjadi renggang.
Segala-galanya berpunca drpd. kelakuan I yg. Y rasa begitu menjengkelkan. Yalah, mereka berdua pulak sekelas. Masalahnya pula bertambah apabila I mula merapati Z utk. tujuan yg. saya tak tahu. Saya sememangnya tahu yg. prinsip Z ialah dia berkawan dgn. semua org. Tapi, apabila mereka berdua bersama, I seakan-akan melebih-lebih dlm. merapati Z. So, saya tak boleh salahkan Z. Dalam kes ni, I merupakan dalang yg. patut saya tangani bg. memastikan keakraban Y dan Z sentiasa berkekalan. I sepatutnya mengubah kelakuannya supaya menjadi seseorang yg. lebih solid (kalau tak faham solid tu apa, tak apalah). Apa yg. penting bg. saya dlm. hal ini ialah tak kira apa jua yg. berlaku, Y dan Z harus kekal sbg. sahabat karib.
Nasib baiklah masalah yg. saya hadapi kali ni tidak sebanyak yg. sebelum ni. Apa-apa pun, saya harapkan anda semua dpt. mendoakan kesejahteraan, ketabahan & kekuatan saya dlm. menghadapi segala kekusutan ini. Saya cuma berdoa agar segala masalah ni dpt. diselesaikan secara efisien & tidak merugikan sesiapa pun. Sekian, wassalam...
Isnin, 25 Oktober 2010
AAAAARRGH!!! Lagi...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan