Baiklah, spt. yg. saya dah uar-uarkan sblm. ni, saya akan perkenalkan seorang jejaka yg. saya anggap sbg. BFF (Best Friend Forever) di SAMURA & jugak di 4 Cekap.
Dlm. pelajaran, dia seorang yg. pintar (yalah, kalau tak, macam mana boleh masuk SAMURA, kan?). Saya perhatikan, dia amat mengambil berat aspek ni, especially bila tiba waktu peperiksaan. Buku teks & jugak rujukan habis dihighlightnya, semata-mata utk. mengingati isi-isi penting yg. ada dlm. buku tu. Tapi, dia mudah gelabah & jadi tak tentu arah bila tak faham sesuatu perkara yg. dia baca, sampai kadang-kala boleh kena migrain. Jadi, peranan saya ialah membantu dia memahami walau sekelumit pun (cewahh..) informasi agar dia dpt. mempersiapkan diri. Tapi, kadang-kadang saya terlepas pandang masalah yg. dia hadapi sampai pernah sekali dia pernah rasa putus asa & apa yg. dia baca langsung tak masuk dlm. otak dia. Masa tu, saya memang rasa bersalah yg. amat sgt. kt. dia, tapi Alhamdulillah, dia menjadi normal semula.
Dlm. kehidupan harian pula, kami berdua bagaikan adik-beradik. Sepanjang masa saya rasakan saya merupakan abang dia (although he is older than me..). Boleh dikatakan setiap masa kami bersama-sama ke mana jua; ke surau, dewan, mahu pun ke DM (dewan makan). Saya jugak selalu belanja dia.. nak kata macam-macam tak adalah, tapi bila ada rezeki lebih tu, dialah antara org. yg. akan terima 'tempias'nya. Bagi saya, itu merupakan salah satu cara utk. saya menghargai sesiapa jua yg. saya anggap sbg. kawan saya. Jamhuri, sudah semestinya.
Secara totalnya, ada beberapa sebab saya rasakan Jamhuri begitu istimewa di minda saya. First of all, karakternya yg. agak nakal & bersahaja. Biasanya, sayalah yg. akan menjadi 'mangsa' kenakalannya. Yalah, dah la duduk sebelah dia kt. dlm. kelas, so macam-macamlah yg. akan dia buat utk. buat diri dia rasa gembira. Tapi, saya tak kisah semua tu, sbb. bila lihat dia tersenyum & ketawa, ia memberi saya satu semangat utk. meneruskan kehidupan di SAMURA. Believe me, without him & his smile, I'll just 'die' in SAMURA.
Selain daripada itu, ketabahan & kekuatan dia dlm. mengharungi liku-liku hidupnya memberi inspirasi buat saya. Sebagai bakal pengerusi Biro Seranta (P.A. System), dia sentiasa sibuk dgn. kerja-kerja yg. agak berat, sampai selalu jugak dia tidur di dlm. kelas. Bila dia lepak seorang diri kt. belakang pentas dewan, apa yg. selalu saya lihat ialah dia tertidur sambil terbaring kt. atas deretan kerusi. Bila lihat riak wajahnya yg. amat kepenatan, saya tak sanggup nak kejutkannya drpd. tidur, walaupun masa tu dah 10.35 malam. Tapi, dia tetap kuat menjalani kehidupan sbg. seorang warga SAMURA. Walaupun kepenatan, dia masih mampu membuat kerja rumah yg. saya sendiri pun tak buat. Melihatkan keadaan itu, saya amat kagum dgn. usaha yg. dia tunjukkan semata-mata demi 9A+.
Kisah hidupnya di SAMURA bagaikan sebuah drama. Bagi saya, 'drama'nya di sini sudah memasuki musim ke-8. Drama apa..? Hanya Allah, saya & Jamhuri saja yg. tahu. Hehehehe... Apa yg. buat saya respek dgn. dia ialah kemampuannya utk. menghadapai 'drama' ini, walaupun kadang-kala saya lihat dia bersedih dgn. 'drama' itu. Tak apalah, setiap benda itukan "ada hikmahnya...". Saya selalu memberi nasihat kpd.nya agar sentiasa melakukan sesuatu perkara yg. sebetul-betulnya. Alhamdulillah, kebanyakan masa nasihat itu diikutinya.
Wow, panjangnya blog post kali ni. Kalau diikutkan hati, rasanya saya perlukan setahun utk. bercerita ttg. dia. Tetapi, konklusinya, Jamhuri merupakan antara individu yg. amat penting buat saya di SAMURA agar saya dpt. terus bertahan sehingga selesainya SPM, selain drpd. Abah & Umi di rumah. Sememangnya, tiada siapa pun yg. dpt. menggantikan Jamhuri walau apa cara sekali pun kerana bagi saya, dialah seorang kawan yang sebenarnya. To Jamhuri, I just want to say that I love you like I love my brother & I hope that we can be best friends until the end of the time. Mengakhiri blog post saya ni, buat Jamhuri, cuba hayati bait-bait lirik lagu True Friends dendangan Miley Cyrus ni. Wassalam...
You're a true friendYou're here till the end
You pull me aside when something ain't right
Talk to me now and into the night
Till it's alright again
You're a true friend...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan